Ibupejabat Parti Maju Sabah (SAPP) di Kota Kinabalu menerima kunjungan mengejut pihak polis semalam - semuanya kerana terdapat perkataan tabu "Bersih" pada papan tandanya.
Perkataan tersebut adalah sebahagian daripada slogan "Bersih, Berani dan Benar".
Polis memberitahu kakitangan parti itu yang mereka tidak suka dengan perkataan "Bersih" pada papan tanda tersebut dan ingin tahu mengapa ia digunakan.
Mereka bagaimanapun tidak mempunyai bantahan terhadap dua lagi perkataan.
"Polis juga ingin tahu mengapa latar belakangnya warna kuning dan mengapa kita memilih 9 Julai untuk memulakan saluran radio dan TV online," kata ketua Pemuda SAPP, Chester Pang dalam satu kenyataan petang semalam.
Ketua Wanita SAPP, Melanie Chia (kanan) - yang bergegas ke ibupejabat parti selepas dimaklumkan bahawa kira-kira 20 anggota polis sedang menyoal ahli pemuda sejurus selepas tengah malam - berkata ia adalah satu gangguan.
Beliau dimaklumkan oleh Pang bahawa seorang pegawai polis telah menyoalnya berhubung rekabentuk dan slogan pada papan tanda yang dipasang di luar ibupejabat sebagai menandakan majlis pelancaran pada jam 1 tengahari semalam.
Kumpulan anggota polis itu beredar kira-kira sejam kemudian apabila Chia dan suaminya tiba.
"Mengapa BN begitu paranoid dengan perkataan Bersih dan warna kuning?" soalnya.
Sunday, July 10, 2011
Polis siasat ibupejabat SAPP kerana perkataan 'Bersih'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




tiada apa yang berlaku..mereka cuma disoal, tidak perlu risau jika tidak melanggar peraturan.
ReplyDeleteTidak boleh dinafikan bahawa SAPP sememangya menyokong Bersih.
ReplyDeleteSebelum ini mereka juga menyata sokongan mereka terhadap perjuangan Bersih 2.0. Kenapa SAPP? Berani buat, tak berani aku?
ReplyDeletepolis hnya menyoal sahaja, polis hnya ingin memastikan tiada gerakan Bersih 2.0 di Sabah.
ReplyDeletebaju kuning, perkataan 'Bersih' pun sensitif buat pihak polis. entah apa lagi selepas ni.
ReplyDeletePolis hanya menjalankan tugas mereka lah.
ReplyDeleteAura Bersih begitu kuat dan mana2 yang ada kaitan dengan Bersih telah menimbulkan kesangsian.
ReplyDeleteBERSIH itu untuk radio mereka. Tapi kenapa juga SAPP mahu mengunakan perkara bersih itu?
ReplyDeletebukankah warna kuning warna yang mulia kepada Raja?
ReplyDeletesaya sokong pihak polis mengambil tindakan terhadap apa sahaja yang berpotensi mencetuskan huru hara di negeri ini..
ReplyDelete