Sunday, July 10, 2011

Tarif Baru Elektrik Di Sabah & Labuan

KERAJAAN meluluskan penyusunan semula elektrik bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 15 Julai.

Semasa mengumumkan perkara itu Sabtu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyusunan semula tarif perlu bagi merapatkan jurang antara kos bekalan elektrik dan tarif.

Ini, katanya juga, bagi membolehkan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) menyediakan bekalan elektrik yang terjamin dan tanpa gangguan di Sabah dan Labuan.

Beliau berkata tarif elektrik sekarang di Sabah telah lama sejak 25 tahun lalu, manakala bagi Labuan, ia berasaskan kepada tarif elektrik TNB bagi sektor perindustrian dan komersil sejak 1994.

"Dengan penyusunan semula itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Labuan akan dinaikkan sebanyak 3.75 sen/kWh atau 15 peratus daripada tarif yang disusun semula daripada 25.50 sen/kWh kepada 29.25 sen/kWh.

"Penyusunan semula tarif elektrik ini perlu bagi memcerminkan kos sebenar bekalan elektrik dan juga menggalakkan penggunaan cekap elektrik sejajar dengan dasar tenaga negara sekarang.

"Kepentingan pengguna telah diambil kira sebelum melaksanakan tarif baharu itu," kata Chin kepada pemberita di Wisma SESB, di sini.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Chin berkata kira-kira 75 peratus pengguna domestik, terdiri 275,276 pengguna di Sabah dan Labuan yang penggunaan elektriknya dalam jajaran 1 hingga 350 kWh/month, tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan selepas kadar tarif baharu ini dikuatkuasakan.

"Ini bermakna pengguna dengan penggunaan bulanan tidak melebihi RM77, tidak akan mengalami sebarang kenaikan dalam bil mereka," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, rebat elektrik bagi pengguna domestik dengan penggunaan bulanan tidak melebihi RM20, akan diteruskan sehingga 31 Disember, tahun ini.

"Rebat ini akan memberi faedah kepada kira-kira 70,000 pengguna di Sabah dan Labuan," katanya.

Chin berkata kerajaan Persekutuan juga menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran atau pinjaman rendah faedah berjumlah RM2.872 bilion untuk membangunkan prasarana elektrik di Sabah dan Labuan sejak 15 tahun lalu.

Setakat ini, katanya, jumlah subsidi bahan api diberikan kepada SESB berjumlah RM2.663 bilion.

Sementara itu, Tan berkata kerajaan Sabah telah memberikan pandangannya berkaitan dengan penyusunan semula tarif elektrik kepada kerajaan Persekutuan sebelum pelaksanaan tersebut.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana mengambil kira kepentingan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, dan akan bekerjasama untuk menambah baik lagi bekalan elektrik di negeri ini," katanya. (BERNAMA)

15 comments:
Write comments
  1. Kita hanya perlu memastikan bahawa bil kita tidak melepasi RM77. Berjimat-cermatlah kita menggunakan elektrik.

    ReplyDelete
  2. Yang penting memastikan bahawa bekalan elektrik tidak lagi terganggu.

    ReplyDelete
  3. pengguna dengan penggunaan bulanan tidak melebihi RM77, tidak akan mengalami sebarang kenaikan dalam bil mereka.

    ReplyDelete
  4. harap gangguan bekalan elektrik akan dapat diatasi...

    ReplyDelete
  5. kita kenalah lebih berjimat dalam menggunakan elektrik.

    ReplyDelete
  6. harap pengguna akan lebih beringat dan berjimat cermat menggunakan tenaga elektrik selepas ini.

    ReplyDelete
  7. Tiada kenaikan tarif sejak 25 tahun yang lalu. Jadi kenaikan baru ini mungkin boleh diterima. Diharapkan agar masalah bekalan elektrik di negeri Sabah dapat diatasi.

    ReplyDelete
  8. Beruntunglah bagi mereka yang penggunaan elektriknya tidak melebihi RM77.

    ReplyDelete
  9. Jadi pandai-pandailah kawal penggunaan elektrik.

    ReplyDelete
  10. bil letrik saya tidak pernah sampai rm77.. agaknya selamat la ni..

    ReplyDelete
  11. dapatkah SESB jamin selepas ini tiada lagi gangguan eletrik kerana minggu lepas sebanyak 2 kali di kawasan saya 'black out'.

    ReplyDelete
  12. syukurlah naik lagi tarif elektrik yang kaya tambah kaya yang miskin semangkin tertekan kepada rayat sabah suka anguk ok atau yes tuan BN pasti gembira dan berharap GST kerajaan akan kenakan selepas PRU13 nie baru kita happy.Yes thanks 1 Malaysia Najib naikan lagi tarif ASTRO dan Air we Sabahan support u.

    ReplyDelete
  13. Betul air lagi patut dinaikan tarif RM10.00 seliter baru selaras dgn pendapatan rayat sanah.

    ReplyDelete
  14. jika ini tak membebankan rakyat baru dikata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan selaras dengan 1malaysia.

    ReplyDelete
  15. Harap tarif elektrik diselaraskan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.