Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan Sabtu lalu.Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.
Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.
“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.
Ramai dikasari
Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.
Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.
“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.
Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.
“Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat,” kata Guest lagi.




Ayam masak merah ada di masak oleh kedutaan Malaysia di UK? Kah, kah, kah...
ReplyDeleteterpulnglah pada UK nak bentang permaidani merah atau tidak, yang penting lawatan Najib berjaya.
ReplyDeletenampaknya tindakan polis dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini telah tersebar ke seluruh dunia. bagaimana Najib akan menghadapi para pemimpin yang mengutuk tindakan pencabulan hak asasi manusia ini?
ReplyDeleteperhimpunan yang berlaku telah menjejaskan imej Malaysia di luar negara.
ReplyDeleteapa pun, semua pihak perlu terus berusaha untuk meningkatkan imej Malaysia.
ReplyDeleteEkoran daripada isu Bersih ini, pelbagai reaksi timbul terutamanya yang negatif.
ReplyDeleteNampaknya Najib kurang mendapat sambutan kat sana.
ReplyDeleteKerajaan harus bijak tangani masalah ini.
ReplyDeletelagi la kejam tindakan sesetengah pihak yang menghasut rakyat mengadakan demonstrasi jalanan.. bukan setakat menjadikan rakyat sebagai perisai, malah menggangu aktiviti orang awam, peniaga2 dan menjejaskan ekonomi negara semata2 mahu berkuasa..
ReplyDeletePerhimpunan sebegini tidak perlulah dibuat. Tengok sekarang dimerata dunia menceritakan keburukkan yang berlaku dinegara kita. Memang pembangkang sangat bijak merancang semua ini.
ReplyDelete