Friday, October 7, 2011

Untungnya kakitangan awam, bonus setengah bulan

Kerajaan hari ini mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 berkata bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember ini.

azlan“Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 ringgit dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan,” katanya.

Menurut Najib, beliau yakin ganjaran itu akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan.

Sebelum ini, pada bulan Ogos lalu, kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara. Tindakan itu bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat dan sempena meraikan Aidilfitri.

“Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak empat bilion ringgit,” katanya. -MK

18 comments:
Write comments
  1. harga barang akan naik berlipat ganda, bonus + kenaikan gaji akhirnya akan ke longkang juga...

    ReplyDelete
  2. Bagusnya menjadi kakitangan awam, Hari Raya dapat Bonus, bajet dapat bonus...

    ReplyDelete
  3. Patutlah semua orang pun mahu bekerja di sektor awam.

    ReplyDelete
  4. indah khabar dari rupa..

    ReplyDelete
  5. Bonus tidak dibayar tiap bulan hanya sekali sahaja sampai manalah ia dapat meringankan keperitan seperti menelan panadol tahan sakit sementara habis bisa sakit kembali. PM menayangkan bahawa mereka pemimpin UMNO/BN berbudi kononnya.

    ReplyDelete
  6. bonus tersebut sedikit sebanyak dapt juga kurangkan beban mereka.

    ReplyDelete
  7. Ramai yang mahu masuk kerja kerajaan, banyak juga yang dapat kerja melalui orang dalam, jadi sila tingkatkan mutu kerja anda. Jangan banyak masalah birokrasi.

    ReplyDelete
  8. Untunglah yang kerja kerajaan ni..

    ReplyDelete
  9. Betul, pastikan bayaran lebih perkhidmatan juga harus lebih "beyond expectation"...

    ReplyDelete
  10. Pastikan juga bayaran itu berbaloi dengan usaha dan kerja keras yang dilakukan oleh kakitangan awam kerajaan.

    ReplyDelete
  11. Gembiralah penjawat awam ni. lepas ni bolehlah kamu berseronok.

    ReplyDelete
  12. Yang penting penjawat awam tidak makan gaji buta dan semangat kerja itu semakin meningkat. bukan pula lalai dan leka dengan kesenangan yang sudah diberi oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  13. penjawat awam perlu pastikan mereka meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka..

    ReplyDelete
  14. Ya. Perkerja awam memang untung, yang swasta untung di kwsp saja.

    ReplyDelete
  15. Beruntung sekejap, kemudian Nobuntung

    ReplyDelete
  16. Benar juga. Tapi biarlah pejawat awam dapat. Memang diorang pun berkerja dikerajaan juga. Jadi itu kita duit lebih untuk merekalah nanti.

    ReplyDelete
  17. Kakitangan awam perlulah berterima kasih atas bonus yang akan diberikan kepada mereka pada hujung tahun ini.

    ReplyDelete
  18. terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada penjawat awam, tapi masih ada juga yang salahguna kuasa. saya lebih suka jika pengumuman itu hanya dibuat jika mana2 jabatan kerajaan dapat menunjukkan penambahbaikkan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.