Friday, October 7, 2011

Anwar : Bajet 2012 tak realistik

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

NONE"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun hadapan.

Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.

“Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.

"Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.

Jumlah pelaburan luar negeri Malaysia mencatat kadar paling kukuh di rantau Asia dengan RM21.2 bilion direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu tidak diiktiraf," kata Anwar.

Pakatan sebelum ini mengumumkan bajet berjumlah RM220 bilion untuk mengurangkan defisit ke kadar 4.4 peratus.

"Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani," kata Anwar.

Anwar juga berkata pengumuman Najib untuk menaikkan gaji dan elaun ahli parlimen juga tidak disokong oleh ahli dewan pembangkang.

Jelasnya kerajaan tidak sepatutnya memilih waktu rakyat mengalami kesusahan untuk menaikkan gaji dan elaun tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa pengumuman oleh perdana menteri hari ini akan menggembirakan rakyat, namun ianya perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, kata Anwar. -MK

18 comments:
Write comments
  1. Masalah defisit belanjawan ini haruslah ditangani, diharapkan kerajaan akan membuat apa yang perlu untuk mengurus kewangan negara dengan baik.

    ReplyDelete
  2. Kewangan negara perlulah diurus dengan cara yang terbaik untuk memastikan ia berfaedah kepada negara dan rakyat.

    ReplyDelete
  3. ramai penganalisis ekonomi x tepuk tangan dgn bajet ini. malaysia berpotensi utk menghampiri status ekonomi spain, ireland, italy n negara bankrap greece...tahniah BN!

    ReplyDelete
  4. wang yang diperuntukkan itu harus dibelanjakan dgn sebaiknya untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Apa relevan nak naikkan gaji dan elaun ahli parlimen?

    ReplyDelete
  6. Kali2 Belanjawan dibentang, ada yang suka ada yang tidak.

    ReplyDelete
  7. Kalau rakyat termakan gula-gula ini, katakan BN menang, nanti PM cakap diparlimen BN sudah bagi kamu serba kesenangan kini giliran kamu mengenang budi kepada BN samalah juga masuk angin keluar asap.

    ReplyDelete
  8. belanjawan ini sudahpun dibentangkan. rakyat terima saja..

    ReplyDelete
  9. Anuar ni mana2 yang dilakukan oleh kerajaan ada saja yang beliau ingin suarakan, tetapi selalu sahaja ke arah negatif.

    ReplyDelete
  10. kita lihat apa yang mampu pembangkang lakukan jika mereka benar2 menjadi pemerintah. mampukah mereka lakukan yang lebih baik dari apa yang kerajaan lakukan.

    ReplyDelete
  11. Kepada rakyat, mana yang baik kita ambil dan mana yang buruk kita buang jauh2. Pastikan anda memikirkan sesuatu yang positif agar semua yang berlaku ke arah positif dan bukannya nehatif.

    ReplyDelete
  12. memang ada pelbagai reaksi berhubung dengan bajet ini..apa pun, bajet ini perlu diuruskan dengan baik agar semua rakyat mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete
  13. soalan samada pembangkang mampu melakukan lebih baik x akan terjawab sekiranya PR x diberi peluang utk memerintah. soalan seterusnya ialah adakah kita akan bertahan dgn rejim yg telah berjaya membuktikan kegagalannya selama 54 tahun?

    ReplyDelete
  14. Jadi apa kata Bajet PR adakah ia realistik??

    ReplyDelete
  15. Biarlah kalau tidak realistik bagi PR sendiri. Semua itu akan dinilai oleh rakyat juga. Cakap pun tidak ada guna juga.

    ReplyDelete
  16. kalau Anwar, dia hanya cakap realistik bila kerajaan pinjam dengan IMF.. Anwar pun apa kurangnya, banyak pelihara kroni masa dia jadi menteri kewangan..

    ReplyDelete
  17. ada negara yg mengikuti formula IMF, bangkit semula n mencapai prestasi ekonomi yg jauh lebih baik drpd malaysia pd masa ini. TDM bukanlah tuhan n anwar bukannya totally wrong!!!

    ReplyDelete
  18. sejak ditubuhkan pada tahun 1945, jarang negara yang mendapat bantuan IMF mampu keluar daripada kepompong kemiskinan atau masalah yang membelenggu mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.