Monday, October 10, 2011

Empat pelajar rogol rakan sekolah

Empat pelajar tingkatan tiga dan empat di sebuah sekolah menengah di Gurun dekat sini ditahan reman semalam dipercayai terlibat dalam kes rogol melibatkan seorang pelajar perempuan dari sekolah sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, keempat-empat mereka berusia 15 dan 16 tahun itu didapati telah merogol rakan sekolah mereka di sebuah rumah salah seorang suspek di Gurun.

“Mangsa yang berusia belasan tahun dikatakan baru sahaja berkenalan dengan ahli kumpulan lelaki terbabit sebelum dibawa ke rumah salah seorang suspek.

“Mangsa kemudiannya dipercayai dirogol oleh keempat-empat suspek ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Hashim berkata, penahanan suspek dilakukan bagi meneruskan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku ini.

“Suspek dan mangsa masih dibawah umur dan kita menahan suspek untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan .

“Kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menyalurkan ke balai polis berhampiran atau ke IPD Kuala Muda,” katanya. -GB

8 comments:
Write comments
  1. jgn mudah mengikut seseorang jika baru sahaja kenal.

    ReplyDelete
  2. Harap mereka yang terlibat akan berjaya diberkas.

    ReplyDelete
  3. Remaja sekarang semakin sosial dan berani.

    ReplyDelete
  4. harap mereka akan dikenakan hukuman yang sewajarnya..

    ReplyDelete
  5. Remaja sekarang semakin liar.

    ReplyDelete
  6. jika mereka berani melakukan jenayah berat seperti ini, bermakna mereka juga telah bersedia menerima hukuman berat tanpa sebarang pengecualian hanya kerana mereka masih dibawah umur..

    ReplyDelete
  7. Inilah akibatnya kerana disekolah dan dirumah kurang pendedahan agama akhlak dan moral

    ReplyDelete
  8. Harap mereka yang terlibat ini akan diberikan sedikit tindakkan undang-undang atas kesalahan pelajar-pelajar ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.