TAWAU: Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yakin parti itu berupaya memberi perkhidmatan lebih berkesan jika calonnya diberi peluang bertanding di kawasan Tawau pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata dua wakil rakyat sedia ada di kawasan Tawau yang diwakili parti pembangkang dan bebas, gagal memberi perkhidmatan berkesan seperti yang diharapkan rakyat.
"Sebenarnya, di Tawau sejak (hampir) tiga tahun ini, di bawah pembangkang dan pembangkang bebas sudah terbukti tidak begitu berkesan (berkhidmat kepada rakyat).
Jadi sudah sampai masanya rakyat Tawau berubah untuk menyokong parti Barisan Nasional (BN) dan menukar wakil rakyat yang tidak berkesan itu.
"Kita memang bersedia untuk berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat di kawasan ini. Kita bersedia untuk membantu Barisan Nasional memenangi kerusi-kerusi di kawasan Tawau dan di sekelilingnya.
"Oleh itu, memang kami berharap supaya diberi pertimbangan sebab kita ada organisasi dan kita juga ada seorang bakal calon yang popular di kawasan ini dan haruslah diberi pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Perwakilan Gerakan Negeri Sabah ke-15 di sini, Ahad.
Menurut Koh wakil rakyat BN berupaya memberi khidmat lebih berkesan kerana mereka mampu mendapat dan menguruskan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat.
Mengenai pendirian parti itu berhubung tiga wakil rakyatnya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah sekarang, beliau berkata ketiga-tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gerakan berkenaan terus memberi khidmat terbaik di kawasan masing-masing.
Sehubungan itu beliau yakin sekiranya ketiga-tiga Adun berkenaan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang, mereka mempunyai peluang tinggi untuk memenangi kerusi masing-masing.
"Sememangya sejak SAPP (Parti Maju Sabah) keluar daripada BN, seperti juga parti lain, kita juga menuntut supaya Gerakan diberi peluang (bertanding di kawasan SAPP).
Kita mempunyai organisasi dan bakal calon yang dapat memenangi kawasan berkenaan.
Bagaimanapun kata Koh, selaras dengan semangat BN, parti itu akan menggunakan saluran parti berkenaan untuk membincangkan perkara tersebut dan tidak ingin mengheboh-hebohkannya melalui banyak kenyataan. -BERNAMA
Monday, October 10, 2011
Tsu Koon Yakin Gerakan Mampu Beri Khidmat Di Tawau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya gerakan bersungguh2 untuk bertanding kerusi di Tawau. Kenapa tidak beri peluang calon gerakan untuk kerusi di Tawau.
ReplyDeleteBeri peluang kepada mereka dan lihat apa yang akan berlaku. Adakah andaian gerakan benar2 terjadi atau sebaliknya. Tapi nampaknnya kesungguhan gerakan amat meyakinkan.
ReplyDeleteRakyat kena memilih parti yang akan membawa banyak kebaikkan kepada mereka. Pastikan calon yang bertanding, rakyat kenal dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.
ReplyDeleteTerpulanglah sama ada rakyat Tawau memberi sokongan kepada Gerakan.
ReplyDeleteBaik tunggulah dan lihat sama ada mereka mampu mendapat sokongan rakyat bila PRU-13.
ReplyDeleteSusah untuk dinilai. Semua parti membuat janji manis sebelum PRU, tetapi banyak tidak ditunaikan. Ini menyebabkan banyak yang melompat parti. Walaubagaimanapun, rakyat harus menilai dan mengundi parti yang betul-betul sanggup berjuang yang terbaik untuk semua orang Sabahan.
ReplyDeleteWe believe action more than nice promises. We urge all parties could really do something to proven themself that they prioritized the people. Young educated generation is coming in PRU13, they know well about what they want, they will surely vote for changes, vote for better tomorrow.
ReplyDeleteAdakah gerakan berpeluang di Tawau, susah nak dijangka. Jika gerakan menang, adakah ini mebukti bahawa Tawau akan lebih berkembang berbanding dengan parti pembangkang, memang susah nak diramal. Cuma usaha dan masa boleh membuktikannya.
ReplyDeleteWhat can gerakan giving to people if people give them their votes? Chances are equaly to all parties, the difference only what do people earn in return?
ReplyDeleteAll parties aiming for seats now. Bare in mind, do not forgte their responsibilities and role for the people. We work them to strike and voice out for us.
ReplyDeletegerakan sdh kena reject di penang, boleh pakai lagi di sabah????????????
ReplyDeleteitu bergantung pada rakyat Sabah samada boleh menerima Gerakan atau tidak.
ReplyDeleteGerakan kena berusaha untuk membuktikan bahawa mereka boleh berkhidmat dgn baik di Sabah.
ReplyDeletesetuju dengan kili..itu bergantung dengan rakyat Sabah sama ada mahu menerima gerakan atau tidak.
ReplyDeleteGerakan masih belum begitu diterima di Sabah.
ReplyDeleteNi terserah kepada rakyat untuk mengundi mana2 parti yang dipercayai dapat membela nasib dan menyuarakan keluhan mereka.
ReplyDeleteJika mereka begitu bersungguh2 pasti perjuangan mereka bukan tertumpu di kawasan Tawau saja.
ReplyDelete"Sebenarnya, di Tawau sejak (hampir) tiga tahun ini, di bawah pembangkang dan pembangkang bebas sudah terbukti tidak begitu berkesan (berkhidmat kepada rakyat)."
ReplyDeleteTertanya juga apakah tindakan dan perancangan jika Gerakan memenangi kerusi di Tawau kali ini? Adakah berkeupayaan menbawa perkembangan yang lebih bermanfaatkan rakyat Tawau?
Susah nak diramal sebenarnya, masing-masing membuat janji, tetapi berapa banyak diantaranya yang betul-betul menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat? Kebanyakan janji cuma untuk memenangi kerusi sahaja, rakyat tetap hidup bersusahan.
ReplyDeleteAll parties in Malaysia were eying for seats now. At the same time, please don't forget their job and responsibilities to the people. We vote you, you work for us, fair enough.
ReplyDelete"Sememangya sejak SAPP (Parti Maju Sabah) keluar daripada BN, seperti juga parti lain, kita juga menuntut supaya Gerakan diberi peluang (bertanding di kawasan SAPP)."
ReplyDeleteSetiap parti diberi peluang yang adil, adakah parti ini memberi peluang untuk rakyat menikmati kehidupan yang lebih stabil dan perkembangan ekonomi yang lebih pesat?
"Menurut Koh wakil rakyat BN berupaya memberi khidmat lebih berkesan kerana mereka mampu mendapat dan menguruskan peruntukan daripada kerajaan pusat untuk disalurkan kepada rakyat."
ReplyDeleteJika benarnya kata Koh peruntukan lebih berkesan dari persekutuan, maka, seharusnya Sabah lebih berkembang dan bermaju. Sehingga kini, Sabah masih termiskin, sentiasa dalam kesusahan dan perkembangan ekonomi yang lembap.
Setuju dengan Peng Sen. Generasi baru sekarang lebih banyak terdedah dengan maklumat2 politik dan mereka lebih agresif daripada pengundi2 sebelum ini.
ReplyDeleteGerakan macam tak popular di Sabah rasanya.
ReplyDeleteWahai, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bukan kah N. Sabah ini diperintah oleh BN/UMNO, pengeluar minyak utama Malaysia tapi masih juga negeri yang termiskin diMalaysia. Kali ini kami mahu undi parti tempatan parti import nampaknya tidak sesuai. Kami akan cuntuhi N. Sarawak
ReplyDeleteikutlah trend rakyat Sabah masa kini.. mereka lebih berminat dengan parti tempatan berbanding dengan parti luar.. lain la jika pemimpin2 gerakan banyak melaksanakan aktiviti turun padang membantu rakyat Sabah sebelum ini..
ReplyDeleteSetiap orang ada kebolehan mereka sendiri. Harap peluang akan diberikan kepada mereka yang benar-benar bekelayakkan untuk menjadi calon.
ReplyDeleteKalau Gerakan selalu mendekati rakyat rasanya tidak ada masalah untuk peluang diberikan sebagai calon. Tapi kalau langsung tidak pernah mungkin peluang untuk dicalonkan agak tipis. Tambahan lagi gerakan masih belum begitu popular untuk Sabah.
ReplyDelete"Kita memang bersedia untuk berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat di kawasan ini. Kita bersedia untuk membantu Barisan Nasional memenangi kerusi-kerusi di kawasan Tawau dan di sekelilingnya.
ReplyDeleteNampaknya GERAKAN berusaha untuk memastikan mereka akan dapat memberikan yang terbaik untuk calon yang mereka percayai. Jadi harap peluang akan diberikan, tapi pastikan kaji dan siasat dulu latar belakang calon yang dicalonkan.
Mana2 saja bah...yg penting lantik la orang yg memang native di kawasan tersebut...
ReplyDeleteBeri peluang dan kita lihat sajalah apa yang akan berlaku nanti.
ReplyDeleteJadi kalaupun calon dorang kalah tak ada lah alasan kononnya mereka tak diberi peluang bertanding. hehe
ReplyDeleteApapun bagi saya semuanya terpulang pada undian rakyat. Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka.
ReplyDeleteSaya tak kisah parti apa yang bertanding dan juga yang bakl menang nanti. Yang saya kisah adalah calon itu haruslah yang terbaik dan layak jadi pemimpin.
ReplyDeleteDalam politik, sukar nak buat ramalan jadi harap PRU13 nanti berjalan lancar dan sempurna.
ReplyDelete