Friday, October 7, 2011

Wardina Nasihat Rakan Artis Rujuk Pakar Sebelum Komen Hudud

“Saya sarankan kepada rakan artis supaya tidak memberikan pandangan mengenai hukum hudud berbentuk peribadi, sebaliknya rujuk kepada pakar (ulama) terlebih dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” kata pengacara TV3, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32.

Itu antara luahan hati Wardina berhubung laporan sebuah akhbar bertarikh 25 Oktober lalu, apabila beberapa selebriti tempatan memberikan pandangan peribadi mengenai hukum hudud sama ada wajar atau tidak dilaksanakan di negara ini.

Antara artis memberikan pandangan mereka adalah Datuk Aziz Sattar, Ayu Raudhah, Enot, Alif Satar, Cat Farish dan Heliza AF.

Menurut Wardina, hukum hudud satu perkara sensitif yang seharusnya dirujuk kepada ulama dan pengamal undang-undang bukannya boleh dikeluarkan pandangan sesuka hati saja.

“Kita (artis) perlu tahu bahawa analogi hudud adalah perkara yang sangat teknikal dan sensitif yang mana sekiranya pendapat yang dikeluarkan salah, maka ia boleh menyinggung hati banyak pihak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, artis dan selebriti sewajarnya memberikan fokus hanya pada bidang yang diceburi mereka seperti pengalaman, seni, filem, muzik dan lakonan. -hm

17 comments:
Write comments
  1. Ya, pastikan diri sendiri faham dengan isu Hudud ini sebelum membuat sebarangn komen mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  2. Isu ini sangat sensitif dan boleh menyebabkan kontroversi jika tidak ditangani dengan baik.

    ReplyDelete
  3. sejak bila ada halangan utk bercakap / memberikan pendapat? perbezaan / kepelbagaian pendapat adalah kekuatan sebenar modal insan. menerima sesuatu tanpa sebarang pertimbangan bukannya sifat normal homo sapiens...

    ReplyDelete
  4. tak salah mereka memberi komen, tapi mereka kena faham hudud terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  5. Wartawan tanya, mereka pun jawab sajalah.

    ReplyDelete
  6. Dari cara komen kadang2 boleh dapat tahu sejauh mana ilmu agama seseorang itu.

    ReplyDelete
  7. Hukum Hudud adalah hukum yang diturunkan oleh Allah, berhati-hatilah bila mengeluarkan pendapat.

    ReplyDelete
  8. Bagi saya tidak ada masalah untuk menyuarakan pandangan peribadi kita tentang sesuatu perkara. Itu hak kita memberi pandangan, mahu terima atau tidak itu terpulang.

    ReplyDelete
  9. Pada masa yang sama saya juga berpendapat, jika tidak mengetahui maksud dan memahami secara mendalam tetang sesuatu perkara itu, sebaiknya anda tidak mengeluarkan sebarang pendapat. Boleh lah berikan pendapat jika anda seoarng yang tidak tahu malu jika tersalah membuat perhitungan.

    ReplyDelete
  10. Lebih baik pakar (ulama) memberikan penjelasan secara terbuka kepada rakyat tentang maksud sebenar hukum hudud ni. rakyat bukan Muslim memang tidak tahu tentang hukum ni.

    ReplyDelete
  11. saya pun rasa kalau setakat bagi sedikit komen atau pandangan peribadi tidak salah pun.

    ReplyDelete
  12. jika ingin memberikan pandangan pun, pastikan kita benar-benar faham dengan pekara itu...

    ReplyDelete
  13. x payah komen klu tak tahu ...

    ReplyDelete
  14. Jadi biarlah PAS sendiri melakukannya dahulu kerana jika kita lihat sendiri Kelantan yang berada dibawah kerajaan PAS masih mempunyai kadar yang tinggi dalam kes HIV dan AIDS di Malaysia.

    ReplyDelete
  15. ada tak antara mana2 rakan artis tu yang membuat pandangan bertentangan dengan pandangan ulama? atau pandangan yang menimbulkan kontroversi??

    ReplyDelete
  16. ulamak zaman dulu bila orang tanya fatwa atau minta hukum mengenai sesuatu perkara yang mereka tidak pasti atau tidak tahu, maka mereka akan jawab tidak tahu. itu alim ulamak. kita kalau orang tanya atau mintak komen tentang sesuatu benda, kalau kita x tahu secara mendalam, maka jangan pandai2 jawab ikut kepala kita sahaja, kiamat nnt lidah kita ni mungkin menyebabkan kita masuk neraka walaupun benda tu pada tanggapan kita kecik sahaja (sbb kita xtahu sbb tu kita anggap kecik). kalau anda nak membincangkan tentang kebebasan, sesungguhnya kebebasan manusia itu pun sebenarnya ada hadnya, manusia ada undang2, dengan undang2 inilah yang membezakan antara manusia dengan undang2, dengn undang2 ini juga membezakan antara manusia yang bertamadun dan yang tidak bertamadun, undang2 juga membezakan antara manusia yang beragama dan yang tidak beragama, undang2 juga membezakan antara manusia yang beragama islam dan yang tidak beragama islam.
    contohnya macam broadband, kononnya unlimited, sebenarnya ada juga ada limit, tanyalah pakar teknologi, semua benda ada limit.
    kalau manusia dah tak malu, maka buatlah apa yang anda suka
    "iza lam tastahyi, faf alu ma shiktum"
    sbb tu ada manusia yang pakai baju, sbb dia malu, ada juga manusia yang tak pakai baju sbb dia tak malu, atau dengan alasan lain adalah 'kebebasan manusia'. binatang pon tak pakai baju, adakah itu juga kebebasan manusia?. jangan salah tafsir kebebasan, kalau nak bercakap, tolong perhatikan undang2 yang telah tuhan tetapkan kerana manusia adalah makhluk yang bersistem dan bertamaddun, jika tidak, anda tidak ada beza dengan binatang2 dan makhluk lain yang yang melolong dan melalak dengan penuh kebebasan kerana mereka tidak mendapat kemuliaan sepertimana kemuliaan yang telah diberikan kepada manusia.

    ReplyDelete
  17. Pembangkang dengki rekod cemerlang Musa Aman

    Laporan Ketua Audit Negara juga mengakui bahawa Sabah sebagai salah satu negeri yang memiliki rekod terbaik dalam pengurusan kewangan serta berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut. Selain itu, Sabah juga berjaya mengekalkan penarafan tertinggi ‘AAA’ oleh RAM Rating Services Berhad selama 4 tahun berturut-turut kerana kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan, serta mendapat persijilan ISO 9001:2008 oleh Moody International untuk pengurusan bajet negeri yang efisien dan teratur bagi tempoh 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.