Monday, October 10, 2011

UMNO Guna Pelajar PLKN Ganggu Demo Lynas

Kuantan, - Orang ramai yang hadir ke Himpunan 109 di Taman Gelora dekat sini terkejut bila hampir 50 orang anggota polis dikerahkan berkawal pada program itu pagi tadi.

Ramai yang tidak menyangka pihak polis begitu prihatin mengawal keadaan yang langsung tidak mencemaskan dan mengganggu keselamatan itu sebenarnya.

"Saya datang sejak awal pagi untuk sokong program ini. Pada awalnya keadaan terkawal dan acara dapat berjalan dengan lancar. Cuma sekitar jam 7.30 pagi, anggota polis dilihat menghampiri kawasan ini. Ia menakutkan kami yang datang ke sini untuk berhimpun secara aman. Apapun saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana tidak melakukan apa-apa tindakan yang memudaratkan. Mereka hanya berkawal sahaja", kata seorang peserta himpunan dari Indera Mahkota.

Tinjauan PDO mendapati, hampir dua ribu rakyat Kuantan telah hadir menyokong program tersebut. Difahamkan perhimpunan terbabit pada mulanya mendapat permit kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Namun ia ditarik balik atas arahan seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang lewat malam tadi. Malah, ditapak terbabit juga turut diarahkan program yang melibatkan ratusan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berhimpun.

Kesemuanya bertujuan untuk mengganggu kelancaran Himpunan Hijau 109. Ia terbukti dengan tindakan mereka mengguna alat pembesar suara yang bersaiz besar dengan bunyi yang kuat bagi tujuan demikian.

Ditambah lagi dengan kehadiran beberapa orang pemimpin dan penyokong UMNO serta ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) ke lokasi terbabit.

Tindakan berkenaan jelas sekali mengecewakan orang ramai, malah mereka hairan kenapa senario seperti ini boleh berlaku. Persembahan senamrobik dan hiburan dilakukan pada dua tempat di kawasan berkenaan dari awal pagi sehinggalah ke tengahari.

Terdapat juga beberapa orang wakil Kerajaan Negeri Pahang termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar, yang dilihat mundar-mandir di kawasan terbabit.

Mungkin dek kerana bilangan peserta yang agak ramai, maka provokasi melampau seperti yang berlaku di Hotel Hyatt, Teluk Chempedak sebelum ini tidak berlaku.

Semua yang hadir jelas cuba melakukan sesuatu untuk menggagalkan perhimpunan aman berkenaan. Namun segalanya tidak menjadi dan mereka hanya menyaksikan ia dari jauh sahaja.

Mungkin dek kerana melihat begitu ramai kehadiran media antarabangsa termasuk Astro Awani yang berada di situ agaknya. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO dilihat hadir beramai-ramai memberikan sokongan.

Antara mereka ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain pemimpin NGO serta kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Perhimpunan yang sepatutnya berakhir pada jam 9.00 pagi itu terpaksa disuraikan akibat tindakan pihak polis mengarahkan pemimpin tertentu berucap degunakan alat pembesar suara.

orang ramai pada awalnya, enggan berganjak dan membina perisai manusia untuk menghalang tindakan tersebut. Namun akibat ditolak oleh beberapa orang anggota polis yang merempuh akhirnya mereka terpaksa akur.

Sebelum bersurai laungan "Hidup Rakyat" disuarakan beberapa kali oleh orang ramai yang kecewa dengan sikap pihak polis itu. Arahan bersurai telah dibuat oleh Ketua Polis Daerah Kuantan sendiri, ACP Mohd Jasmani Yusof.

Selepas program berakhir di Taman Gelora, satu sidang media khas telah diadakan di Restoran Mexica, Seri Dagangan Kuantan (berhadapan dengan Megamall Kuantan) selepas itu.

Antara pimpinan yang hadir ialah YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Tan Bun Teat (Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas), Andansura Rabu (Pengerusi BADAR), Dato' Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersih 2.0) termasuk juga wakil Ahli Parlimen Australia (Green) iaitu Robin Chapple, Wong Tat, See Ping (SEPA's) dan lain-lain lagi. Media antarabangsa turut hadir.

[Apa yang jelas dapat disaksikan Himpunan Hijau 109 yang diadakan hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Biar pun ada gangguan dan tidakan provokasi pihak-pihak tertentu, namun kebijaksanaan anggota polis dibawah pimpinan OCPD Kuantan, ACP Jasmani Yusof haruslah dipuji.

Rakyat perlu tahu, mereka mendapat arahan dan tekanan daripada pihak atasan yang takut gelombang suara rakyat terus bergema menentang projek berisiko tinggi termasuk Lynas di negeri ini.

Sokongan rakyat dari pelbagai bangsa dan agama jelas membayangkan Kerajaan Negeri Pahang masih gagal mendapat sokongan penuh rakyat dalam isu Lynas sebenarnya.

Langkah menghantar beberapa orang pemimpin UMNO dan NGO terbabit dengan membawa bersama acara hiburan yang melibatkan pelatih PLKN jelas sekali sesuatu yang tidak wajar sebenarnya.

Kerajaan boleh gunakan Stadium Darul Makmur jika mereka mahu mengadakan program yang serupa dengan mengajak rakyat menyokong Lynas. Kenapa perlu gunakan pasukan polis untuk menghalang suara rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini.

Bantahan rakyat kini semakin memuncak menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Jika tersilap langkah BN pasti akan kecundang di Pahang] -PDO




Pelatih PLKN Kem Hijrah Pekan diangkut bagi menganggu program itu
Ia telah mengganggu peserta Himpunan Hijau 109 untuk berhimpun secara aman.


Sidang media yang diadakan di Restoran Mexica selepas program tersebut. Kehadiran Ahli Parlimen Australia Mr.Robin Chapple mendapat perhatian

Pengerusi Bersih 2.0, Dato' S. Ambiga juga turut hadir memberi sokongan

Tindakan pihak polis mendapat bantahan daripada orang ramai yang hadir
Kelihatan OCPD Tuan Jasmani arahkan tan Bun Teat berhenti berucap







13 comments:
Write comments
  1. Harap pendapat rakyat akan diambil berat mengenai isu Lynas ini.

    ReplyDelete
  2. Sudah ada kajian bahawa projek Lynas ini akan menyumbang kepada pencemaran. Harap kerajaan akan memberhentikan projek ini.

    ReplyDelete
  3. Lynas telah disahkan selamat, lagipun projek ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  4. projek lynas ada pro dan kontranya. apa yang tidak baik tu ialah keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 sahaja.

    ReplyDelete
  5. selain itu, Pengecualian cukai selama 12 tahun. negara terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore juga memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas juga dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

    ReplyDelete
  6. Don't harm the environment and people's health just to fulfill your self-interest.

    ReplyDelete
  7. Kalau lebih banyak keburukannya, baik jangan diteruskan.

    ReplyDelete
  8. apa saja yang ingin dilaksanakan pasti ada yang mengkritik. apa pun, sebaiknya jika ianya diteliti agar kepentingan dan pendapat semua pihak diambilkira.

    ReplyDelete
  9. Jangan cepat buruk sangka.

    ReplyDelete
  10. sykt australia, end products akan pergi australia...knp kilang pemprosesan di malaysia? labour cost? @ 1 kemungkinan ialah faktor risiko kemalangan / kebocoran radioaktif n kos penyelenggaraan / pelupusan sisa radioaktif di mana keupayaan teknikal kerajaan dlm perkara ini adalah meragukan...

    ReplyDelete
  11. Apa yang berlaku di Jepun perlu diambil pengajaran. Sedangkan Jepun sendiri negara maju tidak dapat menangani radiasi yang berlaku disebabkan kebocoran tenaga nuklear itu.

    ReplyDelete
  12. Mungkin bantahan demi bantahan akan berlaku untuk pembinaan sumber tenaga ini. Tapi perlulah buat penyelesaian sepakat untuk meredakan keadaan seperti ini.

    ReplyDelete
  13. lagi bagus jika Pakatan dan ngo yang menjayakan perhimpunan ini turut menganjurkan perhimpunan seperti ini di Australia..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.