Monday, October 10, 2011

Mampukah Bajet 2012 bantu BN rampas P Pinang?

Meskipun pelbagai pihak memberi pujian yang melangit ke atas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun pemimpin-pemimpin BN Pulau Pinang masih tidak pasti segala janji yang ditaburkan itu mencukupi bagi mereka merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

gerakan teng hock nan Penang AGMPengerusi jawatankuasa kerja BN Datuk Dr Teng Hock Nan berkata bajet itu adalah untuk semua rakyat, sama ada mereka pengundi ataupun bukan dan menafikan dakwaan bahawa ia adalah bajet pilihan raya.

"Ia bukan untuk memenangi pilihan raya semata-mata. Ia adalah untuk semua orang, termasuk kanak-kanak yang belajar di sekolah rendah dan remaja di sekolah menengah, yang belum boleh mengundi lagi," katanya kepada pemberita di ibu pejabat BN di Bayan Baru hari ini.

Pengerusi jawatankuasa negeri MIC perhubungan Senator Datuk PK Subbaiyah pula berkata bajet itu adalah jawapan kepada kos sara hidup yang meningkat.

"Bajet ini bertujuan membantu mereka untuk mengurangkan kesusahan mereka," katanya.

Ketua Penerangan BN Pulau Pinang Loga Bala Mohan pula berpendapat bajet yang dibentangkan kerajaan persekutuan itu telah meletakkan kepentingan rakyat dahulu manakala memenangi pilihan raya adalah perkara kedua.

NONE"PM telah berjanji bahawa rakyat akan menikmati kekayaan negara, dan beliau telah menunaikan janji-janjinya," kata Loga Bala yang juga pengerusi PPP negeri.

"Bajet sahaja tidak boleh memenangi pilihan raya itu, terdapat masih banyak perkara yang perlu kita lakukan."

Bagi Ketua Umno Bukit Mertajam Musa Sheikh Fadzir (kiri), bajet itu adalah untuk semua, tanpa mengira status mengundi mereka.

"Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang akan memastikan bahawa orang-orang yang mendapat manfaat daripada dana negeri adalah pengundi yang sebenar," dakwa senator Umno itu. -MK

13 comments:
Write comments
  1. Itupun terpulang kepada rakyat Pulau Pinang sama ada mengekalkan kerajaan DAP ataupun mengundi kerajaan BN.

    ReplyDelete
  2. Kita tunggulah PRU-13 untuk melihat sokongan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  3. apapun, semoga ia dpt membantu BN dalam merampas Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  4. apapun, ia terpulang pada rakyat pulau Pinang untuk memilih.

    ReplyDelete
  5. Rasanya Pakatan pun berusaha untuk terus kekal di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  6. kalau rakyat PP rasa mereka diperintah dengan baik setakat ini pastinya majoriti masih menyokong pemerintah dari Pakatan.

    ReplyDelete
  7. jika BN menunjukkan prestasi yang baik mungkin sokongan rakyat di P. Pinang akan meningkat. apa pun, terserah kepada rakyat sendiri untuk membuat pilihan.

    ReplyDelete
  8. BN boleh teruskan nightmare, inda salah bah itu kan....

    ReplyDelete
  9. Rakyat mahukan pemimpin dan parti yang benar2 mahu perjuangkan nasib rakyat. Bukan nasib kocek sendiri. Jadi tepuk dada, tanya selera.

    ReplyDelete
  10. Rasanya rakyat sudah lebih bijak untuk mengundi sekarang. Kalau BN nak menang, Pakatan nak kekalkan kemenangan, berusaha untuk raih undi rakyat. Tapi jangan ambil jalan singkat dengan memberi janji2 kosong.

    ReplyDelete
  11. macam mana sekalipun, pengumuman bajet itu tetap akan memberi kesan kepada hala tuju sokongan rakyat..

    ReplyDelete
  12. Mampu atau tidak rampas pulau pinang itu tidak pasti lagi. Biarlah kita tunggu saja apa penilaian bagi rakyat pada PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  13. Nampaknya Kerajaan BN perlulah lebih bersungguh-sungguh jika benar-benar mahukan Negeri yang kalah dulu diambil kembali.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.