Monday, October 10, 2011

MP Pakatan Selamatkan RM30 Juta Wang Rakyat

http://aws.mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/10/bajet-copy-565x376.jpgAKHIRNYA Putrajaya terpaksa menarik balik cadangan untuk menyemak semula kemudahan untuk Ali Parlimen seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2012 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini.

Kata Nazri beliau telah menarik balik cadangan itu selepas mendapati ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan cadangan untuk menyemak kemudahan untuk ahli Parlimen itu. Cadangan itu katanya membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta.

Nasib baik juga ahli Parlimen pembangkang membuat bising kononnya tidak bersetujuan dengan cadangan berkenaan. Syabas kepada ahli Parlimen pembangkang, penolakan itu menunjukkan mereka tidak pelahap untuk menambahkan kemudahan untuk diri sendiri dan berpadan dengan apa yang ada.

Peruntukan itu mebabitkan RM30 juta ringgit. Dengan perkiraan mudah seorang ahli perlimen akan mendapat RM135,000 seorang di mana dengan wang itu membolehkan mereka mendapat sebuah kereta Honda Civi 1.8 untuk diberikan kepada anak gadis atau kekasih atau isteri muda yang berbaju hijau.

Penolakan ahli Pembangkang itu menjelaskan akan keikhlasan mereka. Apa yang mereka perjuangkan bukan untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat. Inilah perbezaan sikap di antara ahli parlimen pembangkang dengan ahli pembangkang UBN yang selamanya ketidakcukupan wang.

Sekiranya Menteri Kewangan atau Nazri bermurah hati untuk membantu ahli Parlimen bukan menambahkan kemudahaan saraan hidup tetapi berikan hak kepada mereka untuk sama mengagihkan wang kepada rakyat yang diperuntukan RM1 juta untuk satu parlimen. Selama ini peruntukan diberikan kepada ahli parlimen UBN saja, manakala ahli parlimen Pakatan Rakyat dikecualikan.

Rasanya kalau menteri kewangan mencadangkan mekanisme itu ahli parlimen pembangkang - tidak termasuk enam orang ahli parlimen hantu, tentu akan bersetuju kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Dengan tindakan Nazri itu - menarik balik peruntukan bererti semakan untuk saraan tambahan ahli parlimen tidak akan jadi kenyataan ini menyebabkan ahli parlimen UBN yang tidak kecukupan wang termasuk enam orang hantu juga akan kebuluran. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada ahli parlimen pembangkang - Pakatan Rakyat yang tidak mengutamakan perut tetapi lebih melihat masalah rakyat

-http://msomelayu.blogspot.com/

14 comments:
Write comments
  1. Bagus jugalah kalau kerajaan sanggup menerima cadangan daripada Pihak Pembangkang. Mereka patut saling memberi pandangan supaya boleh menjaga kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Harap masalah negara dan isu harga barang naik akan ditangani selepas ini supaya boleh meringankan bebanan rakyat.

    ReplyDelete
  3. bgs jg tu, wang tersebut lebih baik digunakan untuk pembangunan rakyat.

    ReplyDelete
  4. diharap gaji bagi pekerja swasta dpt dinaikkan dgn pelaksanaan gaji minimum.

    ReplyDelete
  5. berikan keutamaan dulu dengan kepentingan dan kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  6. pihak pembangkang berpuas hati sekarang??

    ReplyDelete
  7. semoga semua peruntukan akan memberikan keutamaan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  8. memanglah puas.Mana boleh MP saja naik gaji ratus ribu,rakyat??????? Bodohlah kalau tak nampak kebaikan ini.

    ReplyDelete
  9. Saya pun tidak faham apa relevan nak bagi elaun tambahan kepada ahli2 parlimen.

    ReplyDelete
  10. betul la itu LAN, c shana sj yg too naive or d***!!!!!

    ReplyDelete
  11. Banyaknya Rm30 juta. Salurkan kepada perkara yang lebih penting.

    ReplyDelete
  12. dalam jawatankusa yang membuat kajian mengenai kenaikan itu yang turut dianggotai Ahli Parlimen parti pembangkang mengesyorkan agar elaun dinaikkan. tapi atas nama politik, nampaknya mereka terpaksa berkorban pasal nak jaga hati bos.

    ReplyDelete
  13. Berikan satu keputusan yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete
  14. Itu terpulanglah mahu tarik balik atau tidak. Tapi jika peruntukkan itu digunakan ditempat lain mungkin lebih baik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.