Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sememangnya mampu termasuk daripada segi kewangan untuk melaksanakan Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Parlimen semalam.
"Kalau tak ada duit tak kan saya berani bentang semalam. Saya akan melakukan satu perbuatan membunuh diri dari segi politik kalau saya buat, saya bentang satu bajet yang tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada kerajaan mampu melaksanakan Belanjawan 2012.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dan melawat cadangan jalan pintas menghubungkan Kampung Baru Kundang dengan Bandar Tasik Puteri Rawang, di sini Sabtu. Katanya kerajaan memang berkemampuan dan rakyat hanya perlu menunggu pelaksanaannya.
Mengenai Belanjawan Bayangan Pembangkang berjumlah RM220 bilion yang berbeza hanya kira-kira RM10 bilion dengan Belanjawan Kerajaan RM232.8 bilion, Najib berkata soalan mengapa nampaknya nilai belanjawan pembangkang dengan kerajaan semacam hampir sama hendaklah diajukan kepada pembangkang.
"Itu kena tanya dia sebab bajet kita ni cara telus orang tahu, orang tahu bajet kita, barangkali dia tahu bajet kita. Jadi apa yang kita buat dalam lingkungan kemampuan kita dan kemampuan kita pun, kita telah bagi tahu daripada segi apa kita mampu lakukan," katanya.
Mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa pengumuman beliau untuk mengkaji dan menaikkan elaun dan kemudahan anggota parlimen jika disetujui kedua-dua pihak, tidak disokong oleh anggota pembangkang, seperti yang dilaporkan oleh laman Malaysiakini.
Najib berkata beliau difahamkan anggota-anggota Parlimen pembangkang mahukan kajian semula elaun mereka dan beliau hairan Ketua Pembangkang berkata sebaliknya.
Anggota-anggota Parlimen pembangkang apabila berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) sering meminta supaya kerajaan mempertimbangkan kajian semula elaun wakil rakyat. - BERNAMA
Monday, October 10, 2011
Kerajaan Mampu Laksana Belanjawan 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap semuanya berjalan lancar, rakyat berhak mendapatkan apa yang dijanjikan itu.
ReplyDeletePastikan kerajaan menunaikan janji-janjian mereka terhadap rakyat.
ReplyDeletebajet2 tersebut dibentangkan berdasarkan kewangan negara kita, ia pasti dpt dilaksanakan.
ReplyDeletesatu bajet yang memakan belanja begitu besar. jika pembangkang yang memerintah, adakah mereka mampu?
ReplyDeletesemoga belanjawan 2012 akan dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberikakan hasil yang baik.
ReplyDeleteJangan saja belanjawan yang dibentang itu sekadar mengaburi mata rakyat. harap ia terlaksana sepenuhnya.
ReplyDeleteSemoga belanjawan 2012 ini bukan sekadar indah khabar dari rupa.
ReplyDeleteNama pun pembangkang, tentu ada saja yang mereka mahu bangkang atau kritik.
ReplyDeletetiada keraguan ttg kemampuan kerajaan utk melaksanakan bajet 2012 ttp persoalan besar ialah brp sebenarnya yg sampai kpd rakyat? banyak janji pilihanraya yg mungkin sehingga kiamat pun x akan ditunaikan...
ReplyDeleteHarap apa yang Najib kata kerajaan mampu laksanakan bajet 2012 tu benar2 dilaksanakan. Jika tidak kepincangan ekonomi akan berlaku sekali gus akan mempengaruhi politik dan sosial negara.
ReplyDeleteBaguslah kalau mampu melaksanakannya. Tapi pastikan juga Ekonomi negara kita stabil.
ReplyDeleteRasanya apa yang dibentangkan oleh PM dalam belanjawan 2012 ini sudah memadai untuk penjawat awam. Harap PM dapat juga memberikan kelebihan kepada penjawat swasta pula.
ReplyDeletebercakap soal janji pilihanraya, PR juga berada dikedudukan yang sama. kenapa masih ada janji2 PRU12 belum ditunaikan?
ReplyDelete