Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.
"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.
Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.
"Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.
"Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat."
Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka.
"Saya fikir amat berjaya kerana hampir dua minggu rintangan, tapi saya terperanjat lihat ribuan, hampir 50,000. Dari segi itu, masyarakat memang berjaya," katanya. -MK




Ini perkara yang biasa berlaku dalam mana-mana perhimpunan di negara ini.
ReplyDeleteperhimpunan yang seperti ini akan menyebabkan pelbagai pekara boleh berlaku.
ReplyDeletediharap apa yang dituntut oleh rakyat telah dicapai.
ReplyDeletejika nak hantar memorandum kepada Agong pun, tak perlulah nak buat perhimpunan dan berarak ramai2.
ReplyDeleteGunakan saluran yang betul, jangan salah guna kuasa.
ReplyDeleteDiharap perhimpunan sebegini tidak lagi diadakan.
ReplyDeleteMungkin BERSIH satu perjuangan yang baik, tapi yang tidak baik bila dipolitikkan oleh parti yang bertopeng dalam BERSIH itu.
ReplyDeleteBiarlah BERSIH menjadi pengajaran kepada kita. Harap tidak ada apa-apa perhimpunan haram lagi diadakan. Hasutan yang kurang baik ini akan menjahanamkan negara kita.
ReplyDeletekenapa tidak diserahkan saja memorandum tersebut kepada Agong pada masa BERSIH bertemu dengan Agong sebelum 9 julai? mengapa perlu demonstrasi?
ReplyDeletetidak payah salahkan polis kerana itu memang tugas mereka..
ReplyDeleteadakah Agong juga bersetuju supaya rakyat diheret sama berarak dijalan raya menghantar memo?? berat sangat ka memo tu sampai perlu 300 ribu orang menghantarnya?
ReplyDeletekalaupun pihak polis bertindak kejam, bagi saya memang sesuai dengan situasi yang terpaksa mereka hadapi.
ReplyDeleteHarap selepas ini tidak ada perarakan haram lagi. Semuanya boleh memusnahkan keharmonian negara.
ReplyDeleteapakah cerita selanjutnya?
ReplyDelete