Wednesday, July 13, 2011

BERSIH 2.0, akhbar Cina ditegur?

chinese newspapers bersihEditor kanan tiga akhbar Cina dipanggil ke Kementerian Dalam Negeri semalam, dipercayai berhubung liputan media yang didakwa memihak penganjur perhimpunan BERSIH 2.0.

Menurut sumber yang membuat dakwaan itu surat tunjuk sebab akan menyusul tidak lama lagi.

Berita mengenai mesyuarat itu tersebar apabila editor berkenaan pulang ke pejabat masing-masing dan mengadakan mesyuarat dalaman mereka.

Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran mengesahkan mesyuarat memang berlangsung tetapi menganggapnya hanya sebagai 'mesyuarat biasa'.

Tiada amaran


"Kami memang bermesyuarat dengan (editor) akhbar Cina, Melayu dan Inggeris dari semasa ke semasa bagi membincangkan laporan yang kita tidak senang hati,” kata ketua unit itu, Abd Aziz Md Nor ketika dihubungi hari ini.

Beliau pada mulanya menafikan mesyuarat seumpama itu berlangsung tetapi mengakuinya setelah disahkan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam.

Abdul Aziz juga enggan mendedahkan jika mesyuarat itu ada kaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu tetapi hanya berkata mereka membincangkan “pelbagai isu”.

Menurut beliau tidak ada amaran lisan diberikan.

Apabila ditanya sama ada surat tunjuk sebab akan dikeluarkan, beliau berkata: “Saya dah beritahu, tiada amaran”.

Beliau juga enggan mendedahkan akhbar Cina mana yang diminta menghantar perwakilan mereka ke mesyuarat berkenaan.

Adalah difahamkan akhbar berkenaan adalah Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan China Press.

Ketiga-tiga akhbar dimiliki oleh jutawan media Tan Sri Tiong Hiew King melalui Media Chinese International Ltd.

22 comments:
Write comments
  1. Mereka hanya melaporkan fakta, bukan salah mereka.

    ReplyDelete
  2. Media cuma melaporkan fakta. Bukan salah mereka.

    ReplyDelete
  3. menjadi tanggungjawab media menyiarkan fakta sebenar.

    ReplyDelete
  4. macam-macam isu yang timbul akibat daripada perhimpunan bersih.

    ReplyDelete
  5. Pada hemat saya, media cina lebih transparent.

    ReplyDelete
  6. Yang penting siarkan fakta benar.

    ReplyDelete
  7. kenapa anti sangat dengan perhimpunan Bersih ni?

    ReplyDelete
  8. bagaimana sudah pula dengan akhbar utusan yang sudah berkali2 membangkitkan isu perkauman?

    ReplyDelete
  9. inipun boleh dijadikan point untuk Pakatan meraih undi rakyat..

    ReplyDelete
  10. jangan ingat media yang lain memihak kat BN. kena terima kenyataan rakayt dah bosan putar belit macam akbar utusan

    ReplyDelete
  11. Media cuma menjalankan tanggungjawab & peranannya sebagai medium media.

    ReplyDelete
  12. Sebaiknya janganlah lagi kita membangkitkan kembali perhimpunan BERSIH ini.

    ReplyDelete
  13. Walaupun laporan itu tidak meyenangkan hati pegawai-pegawai berkenaan, jika ia benar dan bukan dicipta, rakyat berhak mengetahuinya dan media harus diberi kebebasan untuk membuat liputan.

    ReplyDelete
  14. Pegawai ini rasa tidak senang hati dengan liputan suratkhabar tersebut maka mereka memanggil mesyarat dan menegur akbar?
    Kenapa mereka berkuasa berbuat demikian? Bukankah negara kita ada kebebasan dalam media?
    Kenapa mereka diberi kuasa demikian?

    ReplyDelete
  15. Sebenarnya mesyarat ini tidak perlu kerana akhbar-akhbar tersebut tidak memaparkan berita yang palsu atau direka-reka.

    ReplyDelete
  16. Tiada pihak yang patut ditegur atau diberi amaran kecuali Perkasa yang mengugat mahu menutup lalulintas di Jambatan Penang.
    Perkasa patut didakwa.

    ReplyDelete
  17. Apa sebab mereka dipanggil? Minum-minum teh berborak?

    ReplyDelete
  18. Bukan mudah tugas akhbar-akbar tempatan terutamanya akhbar-akhbar Cina.
    Masyarakat Cina memang bepermintaan sangat tinggi terhadap kualiti akhbar mereka terutamanya berkenaan dengan laporan yang telus dan adil.
    Malangnya akhbar-akhbar ini turut dikawal oleh Akta Media dan Cetakan yang tidak memberi kebebasan secukupnya untuk mereka menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  19. inilah yg d perjuangkan oleh bersih.....soal media....

    ReplyDelete
  20. media karajaan TV dan paper utusan dan sekaum dgn nya semua baut takbetul laporan bersih atau tak tepat itulah rayat meluat 100% bias kerajaan.

    ReplyDelete
  21. kan negara kita ini negara berdemokrasi? kenapa tak bagi peluang rakyat bersuara?

    ReplyDelete
  22. hanya ditegur sahaja bukannya ada amaran..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.