Wednesday, July 13, 2011

Apakah Patriot UMNO Juga Akan Didakwa?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTMXMvnzSeVhW0rK6vgPQ9_89iw02XGuqLggQSeA_31En-M4YIB09ssmDkYGH_ry0iXgAI94Q4Fcz1Zw-3VOi5TekpzNq2SN7hF0u750k1OSH6ptKGe5_UXXLAtJJzWo-G9HVx24ss_PU/s320/bersih2.0lagi38.jpg Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menunggu kenyataan Jabatan Peguam Negara (JPN) sepertimana dakwaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang menjelaskan semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran himpunan pada 9 Julai yang lalu akan diambil tindakan oleh proses Undang-Undang Negara.

Jika berpandukan kenyataan Datuk Seri Hishammuddin tersebut, adakah Umno juga terlibat di dalam menyertai perhimpunan haram dan mewujudkan satu pertubuhan haram yang menjadi bukti yang akan memastikan semua akan didakwa?

Kami yakin kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam Majlis Penerangan Isu Semasa yang dianjurkan oleh Penerangan Umno mengikhtiraf penubuhan Himpunan Patriot (Patriot) oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di bawah Ketuanya, Khairy Jamaludin. Pengakuan Datuk Seri Najib tersebut memang mengesahkan bahawa Umno telah mengarah Patriot untuk berhimpun juga pada 9 Julai yang lalu. Ini bermakna siapa yang terlibat dengan Patriot juga perlu didakwa termasuk Datuk Seri Najib serta Khairy.

Jika diambil kira pertemuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dengan beberapa kumpulan yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai yang lalu, ini bermakna Patriot yang di wakili Khairy adakah sebuah pertuhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9NXOXiAVXuAZQHNY2prxQyly549_gl3KpRxGDbhRrA0VY5dID3_uDyhlqZIcwwojBYfHpHduBQo9HU6vvfsaTMcWaIVeRoD3-Dy4bldPNTc9s51nV-PsFGv0YZVGcbaSrdHmSi-722J4/s400/GAMBAR+MAT+BAGLA+Patriot+bersih+2.0.jpgbuhan yang telah bertemu dengan pihak Polis selain Dato’ S. Ambiga (BERSIH) dan Datuk Ibrahim Ali (Perkasa). Ini bermakna bahawa Patriot yang diwujudkan oleh Umno juga akan berdepan dengan tindakan sepertimana penegasan terhadap BERSIH 2.0 oleh Datuk Seri Hishammuddin.

Jika Umno tidak diambil tindakan oleh JPN, kami merafak sembah KeBawah Duli Yang Teramat Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong agar campur tangan berikutan kegagalan pihak yang berwajib bertindak mengikut profesional mereka kerana tunduk atas desakan Umno bagi menyelamatkan diri dan menolak amalan sistem demokrasi yang berpandukan Undang-Undang Negara. Kami yakin Yang DiPertuan Agong mampu menyelamatkan keadaan sepertimana keperihatinan Tuanku yang mengadakan pertemuan dengan BERSIH 2.0 dahulu sebagai satu tindakan yang berlandaskan prinsip demokrasi Raja Berperlembagaan.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

20 comments:
Write comments
  1. Patriot juga terlibat dalam perhimpunan, mmg wajar mereka dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  2. siapa pun yang bersalah perlu didakwa...

    ReplyDelete
  3. Hahaha...tak kan penyokong2 kerajaan didakwa oleh Kerajaan. Lucu...

    ReplyDelete
  4. Dakwa, jangan tak dakwa. Nanti naik meluat rakyat dengan kerajaan. Timbullah isu berat sebelah etc.

    ReplyDelete
  5. Dakwa sajalah. Barulah adil.

    ReplyDelete
  6. nampaknya ramailah yang akan didakwa ni nanti. bukan setakat 10 atau 20 orang ja tapi mungkin beratus2.

    ReplyDelete
  7. untuk lebih adil, memang patut semua yang terlibat dikenakan tindakan. tapi lagi patut kalau tindakan lebih berat dikenakan terhadap penganjur Bersih..

    ReplyDelete
  8. Semua akan didakwa kepada mereka yang diberi amaran tapi berdegil.

    ReplyDelete
  9. PATRIOT juga harus didakwa...

    ReplyDelete
  10. jika tidak didakwa, maka ianya membuktikan bahawa kerajaan adalah korup dan tidak adil..

    ReplyDelete
  11. tiada pengecualian..inilah masanya kerajaan tunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan adalah adil dan tidak korup..

    ReplyDelete
  12. Patriot UMNO tidak akan didakwa kerana Bersih juga tidak didakwa.

    ReplyDelete
  13. Kalau mau dakwa, dakwa semua, jangan pilih kasih. Semua pihak sama didepan undang-undang negara.

    ReplyDelete
  14. Patriot mengatakan mereka tidak setuju dengan cara Bersih mengadakan perarakan jalan, kenapa mereka turut berarak?

    ReplyDelete
  15. Orang mahu berhimpun dia orang pun mahu ikut. Baguslah pasal tuntutan mereka mungkin berbeza ayat tetapi membawa makna yang serupa.

    ReplyDelete
  16. Patriot patut bergabung dengan Bersih. Tuntutan mereka sama saja.

    ReplyDelete
  17. Tindakan terhadap Patriot harus sama dengan Bersih.

    ReplyDelete
  18. Pihak berkuasa tidak seharusnya ada fahaman pilih-kasih.

    ReplyDelete
  19. dakwa sahajalah..kan yang ini pun satu perarakan namanya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.