Monday, July 4, 2011

BERSIH mohon mengadap Agong

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini, bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong.

NONEPengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata gabungan itu yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan hari ini untuk mengadap Seri Paduka.

"Kami mahu menyampaikan keputusan kami kepada Seri Paduka dan kemudian kami akan mengumumkan (keputusan kami)," kata Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Buat masa ini, katanya, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang dikeluarkan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran keputusan jawatankuasa tersebut, sehinggalah mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ambiga berkata, gabungan itu menyambut baik titah Seri Paduka dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dan 'campurtangan' yang perlu ekoran semakin meningkatnya ancaman dari penentang BERSIH 2.0.

NONEWalaupun terus ditekan oleh pemberita, Ambiga mengelak menjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan "mematuhi", dan berkali-kali menyatakan adalah lebih adil perkara itu dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu daripada mengulasnya sekarang.

Apabila ditanya sama ada mereka akan membatalkan perhimpunan jika Seri Paduka menasihatkan demikian, dengan ringkas beliau menjawab "ya".

15 comments:
Write comments
  1. Harap ada berita baik daripada mereka.

    ReplyDelete
  2. Semoga mereka mengotakan kata mereka bila menyatakan bahawa mereka akan membatalkan perhimpunan jika Agong menasihatkan untuk berbuat demikian.

    ReplyDelete
  3. Mungkinkah mereka akan dibenarkan untuk berhimpun di stadium Bukit Jalil?

    ReplyDelete
  4. Statement by Agong on Illegal Rally.

    KUALA LUMPUR, July 3 (Bernama) -- Istana Negara tonight issued a special
    statement by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin on the planned
    illegal rally by Bersih.
    Below is the translated full text of the King''s statement.
    "I am following closely the developments of the proposed illegal gathering
    and procession by Bersih with the aim of handing over a memorandum to me as the
    Yang di-Pertuan Agong, and how the government, particularly the agencies and
    departments concerned, is handling the issue.
    "However, I believe that the nation''s leadership under Yang Amat Berhormat
    Dato'' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak is capable of handling this problem in
    the best possible way.
    "I urge that amid the political fervour of a section of the people to
    bolster democracy in our country, it must also be ensured that this demand on
    democracy does not bring destruction to the country.
    "Generally, we cannot be following too much the practices in other
    countries, as harmony and stability are vital foundations for a country and
    which all quarters must protect.
    "I also urge the government to carry out everything that is entrusted to it
    by the people in a just and wise manner, and it is important that I as the Yang
    di-Pertuan Agong do not want to see this country with a plural society in a
    situation where there is animosity among them or a section of the people being
    enemies with the government, on whatever grounds.
    "When any problem arises, we as a civilised society must resolve it through
    consultations and not follow our emotions, as the Malay saying goes, "Yang
    Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran (Not getting what we chaste and
    spilling what we carry).
    "The fact is, street demonstrations bring more bad than good although the
    original intention is good. Instead, we should focus on our main objective to
    develop this country, and not create problems that will cause the country to lag
    behind.
    "Remember that there is no land where the rain does not fall, there is no
    ocean that is not turbulent. That is how important moderation and compromise is,
    which has been long been in practice by our nation''s administration."
    -- BERNAMA

    ReplyDelete
  5. Hentikan sebarang aktiviti yang boleh menimbulkan kekecohan.

    ReplyDelete
  6. sebarang tindakan yang boleh memberikan kesan negatif harus dielakkan. semoga penyelesaian akan diperoleh melalui cara yang sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. selepas menghadap Agong barulah rakyat akan tahu samada Ambiga dan gabungan lebih 60 NGO itu akan tetap meneruskan Bersih 2.0 atau sebaliknya. kelihatan ini adalah pilihan terakhir mereka.

    ReplyDelete
  8. Baguslah kalau BERSIH mohon menghadap agong. Pasti Agong melarang perkara yang memusnahkan keaman.

    ReplyDelete
  9. Rakyat haruslah memikirkan sendiri baik dan buruk perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  10. harap jika mereka jmpa Agong, penyelesaian dpt ditemui dan prhimpunan bersih takkan berlangsung.

    ReplyDelete
  11. semoga perhimpunan sedemikian tidak akan mencetus keharmonian negara.

    ReplyDelete
  12. let's hope there will be an amicable solution...

    ReplyDelete
  13. Which or who has more power, the YDPA or the government???

    ReplyDelete
  14. Hopefully there be solution for this matter. Its better to sit down and discuss rather than to held a demonstration or something like that.

    ReplyDelete
  15. kononnya titah itu keluar tepat pada masanya ketika ancaman dari penentang Bersih semakin meningkat, sedangkan titah itu bagi saya turut sama membantah perhimpunan Bersih..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.