Pucuk pimpinan tertinggi PAS akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat dipercayai untuk membincangkan isu berkaitan Himpunan Bersih 9 Julai ini.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata, parti itu telah menghantar surat memohon menghadap Seri Paduka dan menjangkakan untuk menerima keputusan mengenainya pada Isnin atau esok.
Beliau berkata PAS akan diketuai Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penolong Setiausaha Agung Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi bersama beberapa lagi pimpinan tertinggi serta beliau sendiri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.
“Pandangan Yang di-Pertuan Agong hari ni amat baik, baginda meminta (rakyat) menjaga ketenteraman awam, menjaga keselamatan dan jangan menimbulkan sebarang bentuk (perlakuan) merosakkan harta benda dan keamanan.
“Inilah raja perlembagaan yang betul, betul menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut yang ada sekarang ini,” katanya ketika berucap pada majlis “PAS Ganti Umno” di kawasan Ladang Ahad malam.
Dipetik Bernama Online, beliau berkata, PAS menyambut baik titah khas Seri Paduka yang dikeluarkan Istana Negara semalam, menasihatkan rakyat mengelakkan kemusnahan negara dengan menyelesaikan setiap permasalahan melalui rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Semalam, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah agar setiap permasalahan yang timbul – dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
“Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik,” titah baginda dalam satu kenyataan.
Malah Tuanku Mizan bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
“Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora,” titah baginda.
“Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara,” titah baginda lagi.
Titah baginda muncul sehari selepas Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram manakala enam pemimpin dan ahli Parti Sosialis Malaysia ditahan di bawah Ordinan Darurat.
Sehingga kini lebih 150 orang yang dikaikan dengan Himpunan Bersih 2.0 telah ditahan.
Tuanku Mizan berkata baginda sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Istana Negara dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. -TMI
Monday, July 4, 2011
PAS akan hadap Agong bincang isu Bersih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semua orang mahu jumpa Agong pasal isu Bersih.
ReplyDeleteSemoga hasil perbincangan tentang isu Bersih membawa kepada keputusan yang positif.
ReplyDeleteAgong juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keamanan negara sentiasa dipelihara.
ReplyDeleteAgong tidak akan berteloransi terhadap sesuatu yang akan mengancam keamanan dan akan melakukan kekecohan di jalanan.
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, July 3 (Bernama) -- Istana Negara tonight issued a special
ReplyDeletestatement by Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin on the planned
illegal rally by Bersih.
Below is the translated full text of the King''s statement.
"I am following closely the developments of the proposed illegal gathering
and procession by Bersih with the aim of handing over a memorandum to me as the
Yang di-Pertuan Agong, and how the government, particularly the agencies and
departments concerned, is handling the issue.
"However, I believe that the nation''s leadership under Yang Amat Berhormat
Dato'' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak is capable of handling this problem in
the best possible way.
"I urge that amid the political fervour of a section of the people to
bolster democracy in our country, it must also be ensured that this demand on
democracy does not bring destruction to the country.
"Generally, we cannot be following too much the practices in other
countries, as harmony and stability are vital foundations for a country and
which all quarters must protect.
"I also urge the government to carry out everything that is entrusted to it
by the people in a just and wise manner, and it is important that I as the Yang
di-Pertuan Agong do not want to see this country with a plural society in a
situation where there is animosity among them or a section of the people being
enemies with the government, on whatever grounds.
"When any problem arises, we as a civilised society must resolve it through
consultations and not follow our emotions, as the Malay saying goes, "Yang
Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran (Not getting what we chaste and
spilling what we carry).
"The fact is, street demonstrations bring more bad than good although the
original intention is good. Instead, we should focus on our main objective to
develop this country, and not create problems that will cause the country to lag
behind.
"Remember that there is no land where the rain does not fall, there is no
ocean that is not turbulent. That is how important moderation and compromise is,
which has been long been in practice by our nation''s administration."
-- BERNAMA
perundingan untuk mencari penyelesaian adalah cara yang lebih baik.
ReplyDeleteharap bila mereka sudah menghadap Agong, perhimpunan ini tidak akan diteruskan. jika sebaliknya biarlah ia dibuat di tempat2 tertutup dan bukan di jalan2 raya dan tempat2 awam.
ReplyDeleteKenapa pula PAS yang harus mengadap Agong? Perhimpunan ini bukan anjuran PAS. Jadi jika mahukan keamanan tidak perlulah perhimpunan haram ini. PAS sendiri tahu perkara ini akan membawa kepada kemusnahan. Kenapa PAS menyokong? Ini kerana ada kepentingan diri disini berlaku. PAS lebih mengutamankan kepentingan diri berbanding kemanan negara.
ReplyDeleteharap jika mereka jmpa Agong, penyelesaian dpt ditemui dan prhimpunan bersih takkan berlangsung.
ReplyDeletehopefully something will come out from the discussion.
ReplyDeletebetter not to have any demonstration. Sit down and discuss the problems so no commotion will take place.
ReplyDeletedengan munculnya titah YDPA ini, adakah PAS dan penganjur Bersih akan membatalkan perhimpunan Bersih??
ReplyDelete