Thursday, July 7, 2011

Bila Fuad Mahu Penggal Leher?

EKORAN sikap bibiran (lepas cakap) Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ketika melawat Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya Isnin lalu, Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun tampil membuat penjelasan berhubung penafian Puad, bahawa beliau bukan buat janji kosong; merujuk kepada isu Pembinaan SMK Nabalu, Tuaran.

“Saya menerima dengan hati terbuka kritikan Puad terhadap saya. Saya tidak akan melenting seperti beliau. Kritikan membina membantu kita menjadi pemimpin yang lebih baik dan matang,” ujar Masidi yang menjelaskan bahawa kenyataan beliau baru-baru ini mengundang kemarahan Puad; tetapi sekadar satu peringatan kepada Puad agar menunaikan janji membina SMK Nabalu sepertimana yang beliau nyatakan pada bulan Ogos 2009.

Masidi yang juga Exco Pelajaran Negeri Sabah, memberitahu Sabahkini.net bahawa Puad dalam keadaan penuh sedar dan waras, telah berjanji di hadapan hampir 100 pemimpin tempatan di Pekan Nabalu pada perjumpaan itu bahawa; “Saya ingin beri jaminan bahawa pembinaan SMK Nabalu akan dimulakan pada tahun hadapan (2010). Penggal leher saya kalau saya bohong".

Sehubungan itu, Masidi dan juga rakyat Sabah yang merasakan diri mereka dibohongi mendesak Puad memastikan isu pembinaan SMK Nabalu dapat diselesaikan tahun ini dalam kenyataannya bertajuk ‘Isu SMK Nabalu Selesai Tahun Ini?’; namun tidak mendesak Puad memenggal lehernya kerana bertentangan dengan ajaran Islam.

“Saya telah memperingatkan beliau dan pemimpin-pemimpin lain dari luar Sabah agar tidak membuat janji yang sukar mereka tunaikan. Ini ialah kerana yang memikul tanggung jawab politik akibat kegagalan menunaikan janji ialah pemimpin-pemimpin BN Sabah,” kata Masidi lagi yang meminta Puad bermuhasabah diri sebelum melenting kepada media.

Menurut Masidi, pemimpin dan rakyat Sabah adalah manusia yang jujur dan tulus; oleh itu mereka mengharapkan setiap pemimpin juga memiliki kejujuran dan ketulusan menunaikan janji.

“BN mendapat kepercayaan rakyat kerana kejujuran dan amanah pada janji untuk melaksanakannya. Pemimpin-pemimpin BN harus ada kualiti amanah dan kejujuran kerana kita mengharapkan sokongan berterusan daripada rakyat,” ujar Masidi yang agak kesal kerana pemimpin persekutuan sering mengheret rakyat Sabah dalam polemik janji yang tidak berkesudahan.

Tegas Masidi, beliau tidak faham dan terkesima kenapa Puad menuduh beliau bermentaliti kolot dan kolonial; hanya kerana menegur pemimpin-pemimpin mungkar dan mungkir janji daripada luar Sabah, agar mengelak menabur janji yang sukar mereka tunaikan.

“Yang menghairankan, respon Puad kepada cadangan Pengarah Pelajaran memperkasakan pentadbiran Jabatan Pelajaran Sabah lebih kepada ancaman terhadap Pengarah kerana membuat kenyataan tersebut,” ujar Masidi yang menyifatkan kenyataan Puad sebagai respon yang lebih mirip kepada mentaliti kolot dan kolonial.

Sepatutnya kata Masidi, Puad meneliti rasional dan merit cadangan Pengarah tersebut yang kalau dipersetujui, mampu menyelesaikan banyak masalah pentadbiran dan pelestarian pendidikan di Sabah.

“Malah Timbalan Perdana Menteri sendiri, menyambut baik cadangan ini semasa taklimat pelajaran di Sandakan pada 2 Mac 2011 oleh Pengarah Pelajaran Sabah. Cadangan melibatkan penurunan kuasa kepada Jabatan Pelajaran Sabah bagi membolehkan keputusan segera dibuat ke atas perkara-perkara kecil. Pada masa ini, semuanya dirujuk ke Kementerian Pelajaran Malaysia, di Kuala Lumpur,” ujar Masidi yang menyokong niat suci Pengarah Pelajaran untuk mengurangkan karenah birokrasi dan menjamin keputusan dapat dibuat dengan tepat dan cepat.

Masidi menekankan betapa para pemimpin BN harus mencontohi sikap keterbukaan Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa bersifat terbuka kepada teguran-teguran dan kritikan membina daripada pemimpin dan rakyat Sabah termasuk ‘Hari Malaysia’.

“Suasana politik tanah air sudah jauh berubah. Bukan lagi sezaman dengan Puad. Zaman janji Laila Majnun atau Mat Jenin. Rakyat mengharapkan keterbukaan pemimpin untuk mendengar rintihan rakyat,” kata Masidi yang berbangga kerana Perdana Menteri sendiri menjadi peneraju kepada perubahan atau transformasi cara kita mengurus Kerajaan dan politik kita.

Sehubungan itu kata Masidi, pemimpin BN yang berada di bawah naungan Perdana Menteri harus mencontohi sikap prihatin beliau dan tidak mudah melenting apabila dikritik.

“Kini tiba masanya para pemimpin harus dilihat bukan sekadar sebagai pemimpin, tetapi sebagai sahabat karib rakyat jelata. Secara peribadi saya tidak penting, yang penting ialah apa yang kita buat atau gagal buat kerana impaknya kepada kehidupan rakyat,” tegas Masidi yang menggesa agar setiap pemimpin menganggap tugas dan tanggung jawabnya lebih penting daripada dirinya sendiri; semoga menjadi pemangkin kepada usaha membina Malaysia yang lebih maju dan cemerlang.

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

24 comments:
Write comments
  1. harap sesiapa saja pemimpin yang sudah berjanji tu kenalah mengotakan janji mereka.

    ReplyDelete
  2. Ministers should be able to accept criticism and learn to improve.

    ReplyDelete
  3. baguslah Masidi berfikiran terbuka dan bersikap profesional walaupun menerima kritikan yang pedas dari Puad.

    ReplyDelete
  4. setiap janji yang diberikan perlulah dipenuhi..sikap Masidi yang berfikiran terbuka juga baik dan wajar dicontohi.

    ReplyDelete
  5. setiap kritikan harus diterima dgn positif dan jadikan sebagai pendorong untuk menjadi pemimpin yang lebih bak.

    ReplyDelete
  6. Kerana kata, badan binasa. Jangan terlalu bongkak bila mengatakan sesuatu yang belum pasti dapat ditunaikan.

    ReplyDelete
  7. Para pemimpin perlu lebih bersikap terbuka dalam menerima kritikan dan memandangnya dari sudut positif. Nampaknya pemimpin Sabah semakin berani memberi teguran. Baguslah. Semoga nasib rakyat Sabah terbela.

    ReplyDelete
  8. "tegas Masidi yang menggesa agar setiap pemimpin menganggap tugas dan tanggung jawabnya lebih penting daripada dirinya sendiri"

    Tugas dan tanggungjawab kepada rakyat lebih penting daripada hanya memfokuskan agenda tersendiri.

    ReplyDelete
  9. Harap janji yang diberikan akan dilaksanakan. Jangan hanya dengan kata-kata. Terima Kasih kepada Masidi untuk memperjuangkan SMK Nabalu ini.

    ReplyDelete
  10. What's happening is beyond our thing.

    ReplyDelete
  11. cakap jer berani, bila nak penggal leher takut gak, jadi buat janji kalau tak ditepati

    ReplyDelete
  12. Ini UMNO memang sombong! Kacian org Sabah...suruh junta jilat pelir UMNO pasti dia mau.

    ReplyDelete
  13. Zon 5 Bravo Datuk Masidi Haji Manjun,jangan takut pemimpin dari malaya kasi telanjang habis habis dorang kita ini kerbau.

    ReplyDelete
  14. lepas ni confirm Fuad tidak berani buat kenyataan balas..

    ReplyDelete
  15. Menteri KL memang gitu dong. Asal cakap sikit terus nak melenting.

    ReplyDelete
  16. There must be an alternative.

    ReplyDelete
  17. Paling penting kuasa autonomi pelajaran harus diberi untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  18. Education system in Sabah should change.

    ReplyDelete
  19. Sombong dan ego itulah menteri kita. Pandai buat janji tetapi tidak berani mengaku.

    ReplyDelete
  20. Kita menyaran kepada PM supaya tidak menurunkan pemimpin sebegini pada PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  21. Sokongan BN semakin merosot disebabkan adanya YB/menteri yang seperti Puad.

    ReplyDelete
  22. Mudah lupa, lupa siapa majikannya. Dia diberi mandat oleh rakyat, lupa pula dia.

    ReplyDelete
  23. Pendidikan amat penting bgi rakyat tetapi diabai dan dipandang ringan oleh seorang menteri yang angkuh dan sombong.

    ReplyDelete
  24. Seorang yang alim tidak mungkin membuat janji seperti ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.