Tuesday, July 5, 2011

Bongkar: "Pengundi Klon" Ganti "Pengundi Hantu"

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) didakwa gagal mengesan berlakunya penipuan dalam daftar pemilih sehingga mewujudkan fenomena seorang individu yang mempunyai dua identiti berbeza.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, trend pengundi hantu menjelang pilihan raya kini dilihat sudah berubah apabila muncul trend baru yang juga dikenal pasti sebagai pengundi klon.

Beliau juga mendakwa dalam semakannya di laman web SPR berjaya mengesan perkara itu.

“Semakan hampir satu jam yang dibuat semalam berjaya menemukan lebih 60 data mewakili seorang pengundi yang mempunyai dua identiti berbeza, berdaftar dalam daftar pemilih SPR.

“Saya yakin, jika terus melakukan semakan, masih banyak lagi pengundi klon yang berjaya dikesan.

"Justeru, saya mengambil keputusan untuk tampil menunjukkan bukti terdapat penipuan dalam daftar pemilih,” katanya ketika ditemui semalam.

Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata, taktik ini merupakan satu perkara baru yang diketahui serta SPR kini terpaksa berdepan dengan isu yang lebih mencabar.

“Dari segi kelayakan, mereka memang layak untuk mengundi kerana mempunyai butiran diri lengkap yang telah didaftarkan.

“Saya tidak terkejut mengapa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) masih diteruskan biarpun mendapat tentangan daripada parti pemerintah. Bersih dijalankan bukan untuk tuntutan politik, sebaliknya untuk mencari kebenaran,” katanya.

Beliau mahu SPR tampil membuat pengakuan bahawa wujudnya penipuan dalam daftar pemilih serta mahu pihak berkenaan membersihkan data-data pengundi klon bagi memastikan pilihan raya akan datang berjalan secara adil.

“SPR perlu melakukan sesuatu kerana saya bimbang jika perkara ini tiada penyelesaian segera, ia akan mengelirukan rakyat dan pengundi. Hanya SPR sahaja yang mempunyai hak untuk membersihkan pendaftaran pengundi klon.

“Sekiranya pihak SPR mengesahkan perkara tersebut dengan segera dan mendedahkan kepada masyarakat, ia adalah peluang keemasan untuk redakan ketegangan berikutan perhimpunan Bersih yang semakin hebat diperkatakan.

“Jika tidak, saya yakin pasti ada pihak yang akan terus mempertikai perhimpunan Bersih,” katanya. -SH

18 comments:
Write comments
  1. harap trend pengundi klon ni tidak akan wujud pada pilihan raya umum akan datang. pihak SPR perlu bertindak lebih efektif

    ReplyDelete
  2. tidak pasti pekara ini benar atau tidak. apa pun harap perhatian akan diberikan.

    ReplyDelete
  3. Mana buktinya? Tunjukkan saja. Berani kerana benar, takut kerana salah.

    ReplyDelete
  4. Kalau benar berikan bukti yang kukuh dan menguatkan dakwaan..

    ReplyDelete
  5. Hope that the truth will be revealed.

    ReplyDelete
  6. Kalau benar dakwaan ini, SPR kena bertindak awal untuk menghapuskan pengundi klon. Inilah masanya kalau SPR nak buktikan yang SPR ini adil dan bersih.

    ReplyDelete
  7. siasat dakwaan ini dan ambil tindakan agar tidak wujud pengundi klon.

    ReplyDelete
  8. Jangan ulangi kesalahan seperti ini dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  9. SPR kena memikirkan cara terbaik untuk memperbaiki dan mengukuhkan lagi sistem mereka.

    ReplyDelete
  10. buktinya ada di infodppsa.blogspot.com Dewan pemuda pas berjya kesan 17000 kes di selangor (belum dinegeri2 lain)...bukti bergambar telah didedahkan dan bole check dalam semakan daftar pemilih...atau kunjungi facebook lajnah penerangan dppsa

    ReplyDelete
  11. SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin tiada seorang pun yang mendaftar sebagai pengundi mempunyai atau menggunakan 12 digit nombor Mykad yang sama walaupun mungkin ada persamaan pada nama.

    Timbalan pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata, jika terdapat nama sama pada daftar pengundi ia adalah perkara biasa sebab jika hendak mencari nama Ahmad banyak sangat nama itu akan terpampang.

    “Siri 12 digit yang tertera pada Mykad setiap warganegara adalah milik seorang individu sahaja. Sekiranya terdapat pengundi klon seperti yang didakwa Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, kemukakanlah bukti dan kami akan siasat.

    “SPR menghargai usaha Ahli Parlimen itu mengesan wujudnya pengundi klon terbabit, tetapi tuduhan SPR melakukan penipuan adalah tidak wajar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

    Menurutnya, jika mereka benar-benar yakin adanya pengundi hantu seperti yang didakwa, senaraikan na�ma, nombor Mykad individu yang terlibat dengan segera, SPR akan menyiasat bersama-sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    “Selama ini SPR melakukan daftar pengundi dengan menggunakan satu nama dan satu nombor yang tertera pada Mykad setiap rakyat yang layak mendaftar, mustahil akan terdapat kesilapan sebegitu.

    “Jika Yang Berhormat berkenaan menuduh SPR menipu, tuduhan terbabit juga ditujukan kepada JPN kerana SPR mendaftar pengundi menggunakan Mykad sahaja.

    “Hantar surat maklum balas secara bertulis seberapa segera untuk kami lakukan siasatan kerana mengikut JPN tidak akan ada orang yang mendapat dua Mykad dan JPN juga akan melakukan siasatan berhubung perkara itu,” katanya.

    Wan Ahmad berkata, JPN juga bertanggungjawab sekiranya ada individu yang mempunyai dua Mykad dan bukan SPR tersalah daftarkan dua nama sekali gus dapat membantu SPR memastikan ketulenan pengundi terbabit.

    ReplyDelete
  12. jpn sabah apa cam.....ramai yg x sepatutnya ada tapi ada..sendiri tahu lah kawan....

    ReplyDelete
  13. Gagal mengesan atau segaja tidak mengesan?
    Kalau iklas buat sesuatu, tiadak yang tidak jadi.

    ReplyDelete
  14. Masalah seperti ini sudah berlanjutan sekian lama. Jika is sudah selesai, tiada alasan bagi Bersih turun padang membantah.

    ReplyDelete
  15. Dahulu zaman tanpa computer masalah ini boleh dimaafkan. Kini zaman IT yang canggih dan SPR tidak dikedekut diberi perutukan yang banyak masih berlaku cerita lama, sungguh mengecewakan.

    ReplyDelete
  16. Macam-macam kerja kotor dilakukan. Klon pengundi pula.

    ReplyDelete
  17. Terimalah cadangan dan kutukan secara rendah diri dan hati terbuka. Buatlah pembetulan keatas kesilapan yang tidak adil.

    ReplyDelete
  18. Betulkan senarai pemilih dengan segera. Jangan lagi memberi peluang kepada pembangkang membuat isu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.