Monday, July 11, 2011

Jari bayi rosak satu demi satu

MACHANG – Hati ibu bapa mana tidak luluh dan kecewa apabila jari tangan kiri anak kesayangan yang dilahirkan sempurna tiba-tiba mengalami kerosakan satu demi satu berpunca daripada kelalaian orang lain.

Bagi Ismail Lee Abdullah dan isterinya, Zuhariana Baharum, kedua-duanya, 30, masalah tersebut sangat merisaukan apatah lagi apabila memikirkan bahawa anak mereka akan membesar tidak seperti kanak-kanak lain.

Dakwa mereka, jari dan tangan kiri Nur Ayreen Imanie, 6 bulan, tiba-tiba menjadi hitam dan mengecut selepas tiga minggu anaknya itu menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kerana mengalami masalah pernafasan pada Mac lalu.

Ismail berkata, pada mulanya tangan kiri anaknya berubah menjadi hitam dan kebiru-biruan dari paras siku hingga ke jari.

Beliau kemudian terus merujuk anaknya itu ke HRPZ II sekali lagi sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan selanjutnya.

Menurutnya, ketika di HRPZ II, doktor menjalankan ujian imbasan dan mengesahkan terdapat saluran darah tersumbat pada bahagian bekas suntikan.

Bayi itu kemudian diberikan ubat pencair darah bagi mengatasi masalah tersebut namun tidak berkesan.

Menurutnya, setakat ini tiga batang jari tangan kiri sudah tanggal dan hilang akibat masalah tersebut manakala dua lagi batang jari sedang menghadapi masalah yang sama.

9 comments:
Write comments
  1. Harap penyiasatan menyeluruh akan dibuat supaya mengetahui punca sebenar. Sama ada itu disebabkan kelalaian orang, jangkitan ataupun penyakit yang ada pada bayi itu.

    ReplyDelete
  2. kesian bayi tu. pasti amat sukar jika bayi tu kehilangan jari2 dan tangannya. diharap siasatan dibuat kepada pihak hospital yang telah menjalankan rawatan ke atas bayi tersebut dan bertanggugjawab ke atas kelalaian mereka.

    ReplyDelete
  3. sungguh kasihan bayi tersebut, harap masalah bayi tersebut dpt diselesaikan. bayi tersebut harus membesar sempurna seperti orang lain.

    ReplyDelete
  4. sungguh kasihan...pekara ini perlu disiasat, jika benar disebabkan kelalaian maka pihak yang bersalah perlulah bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. Kesian sungguh bayi itu. Lebih2 lagi bila dia sudah besar. Hati ibu bapa mana yang tidak berkecai bila kejadian ini disebabkan kelalaian orang lain. Semoga ada hikmah disebalik kesusahan ini.

    ReplyDelete
  6. peritnya hati memandang bayi ini menderita...

    ReplyDelete
  7. rasanya beliau ada hak untuk saman HRPZ II..

    ReplyDelete
  8. Inilah kadang-kadang kelalaian sesetengah pihak berlaku sedemikian.

    ReplyDelete
  9. kelalaian atau kesilapan pengamal perubatan kerap terjadi, beberapa kes pula pemberian ubat yang tidak betul, pembedahan yang salah. kenapa boleh berlaku? kemungkinan doktor yang merawat kurang berpengalaman? kecuaian? tidak terlatih? tidak mempunyai perasaan 100% menyelamat/menyembuhkan? atau hanya sekadar makan gaji sahaja? fikir2 kan la....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.