Monday, July 11, 2011

Menang Cara Bersih : BN Perak Paling Kotor

http://media1-cdn.malaysiakini.com/165/6a6394916a23eb2895100d1d0dc6c11a.gifDewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat ucapan paling tidak bermoral Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang membuat pengakuan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang dalam Pilihanraya dengan cara bersih amat memalukan kerana terlupa ketika menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak pada tahun 2009 dahulu menggunakan kaedah kotor untuk menjayakan misi BN merampas semula pentadbiran Kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah dilupai oleh rakyat Perak.

Cara paling kotor BN yang diketuai oleh Datuk Seri Najib bukan perkara baru buat BN, malah banyak berlaku pembunuhan demokrasi di bawah BN. Sebenarnya BN yang sudah terlalu lama menyebabkan kerakusan bagi mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun.

Himpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai yang lalu membuktikan bahawa BN perlu ditukar kerana kekotoran amalam mereka selama memerintah negara.

Disebabkan itulah pelbagai lapisan masyarakat hadir bagi menuntut satu sistem demokrasi yang berpaksikan Perlembagaan Negara yang perlu diperbaiki dan dipertahankan dengan sebaik mungkin oleh rakyat.

Bukan cara rakyat Malaysia sepertimana yang digambarkan oleh Datuk Seri Najib bahawa rakyat yang berada di dalam Himpunan BERSIH 2.0 akan bertindak di luar kawalan.

Tanda tuntutan bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, dan tokoh-tokoh besar masyarakat yang menjelaskan pendirian mereka menuntut perkara yang sama oleh BERSIH 2.0.

Datuk Seri Najib sepatutnya tidak boleh lupa bahawa rampasan kuasa jahat oleh BN Perak tersebut adalah hasil kerja tangan beliau yang telah merekodkan kekotoran imejnya selama ini.

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

9 comments:
Write comments
  1. Baik tidak payah undilah kalau macam ni.

    ReplyDelete
  2. apa yang berlaku di Perak pada tahun 2009 adalah atas titah Sultan.

    ReplyDelete
  3. diharap pemimpin2 dapat bersaing dengan adil dan bersih. pastikan sokongan padu rakyat tidak berbelah bagi.

    ReplyDelete
  4. pada masa itu adun PR yang keluar dari parti disebabkan mereka hilang keyakinan terhadap PR.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni semua parti perlu berusaha untuk menjaga kepentingan rakyat. kemudian biarlah rakyat yang membuat pilihan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  6. Jadi ingat PR itu bersih sangatlah??

    ReplyDelete
  7. Sejak isu Bersih ini menjadi perhatian ramai, semakin ramai juga yang nak jadi 'tin kosong'.

    ReplyDelete
  8. rasanya lagi la kotor bila ada pihak yang mengupah rakyat supaya menyertai demonstrasi jalanan.. mengupah rakyat untuk menjadi perisai kepada pemimpin2 yang terlalu mengidam jawatan kabinet..

    ReplyDelete
  9. Tidak tahu sudah rakyat mahu buat apa. Biarlah rakyat membuat penilaian dan fikirkan sendiri semua ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.