Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.
“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.
Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.
“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”
“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?
“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.
Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.
“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.
“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.
Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.
“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata Nik Aziz lagi.
Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.
“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.
“Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.
Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi.
Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Jangan sangka gari, peluru boleh takutkan orang !
Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat Zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya Allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.
Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini. Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang.
Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap Umno. Sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno. Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?
Bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan? Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300 ribu orang dibalas dengan gari dan semburan gas? Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat di dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?
Saya yakin, apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno. Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah SWT. Kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah SWT nanti. Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa.
Saya menyeru kepada semua umat Islam agar marilah bersama-sama berdoa di dalam sujud kita kepada Allah SWT agar dilaknat kezaliman yang dilakukan pada hari ini. Yakinlah, perjuangan menuntut keadilan ini pasti akan berjaya. Umno pasti akan jatuh tersembam juga akhirnya. Tentangan dan penindasan ini hanyalah tanda perjuangan keadilan akan berjaya. Umpama layang-layang yang tidak akan terbang melainkan dengan melawan angin, begitu juga dengan perjuangan, tidak akan berjaya melainkan dengan menghadapi tentangan!
Allahu Akbar!!!
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah.
Sunday, July 10, 2011
Nik Aziz: Polis tindas, rakyat akan tambah benci Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Baik kita menyelesaikan masalah ini bila PRU-13.
ReplyDeletekebanyakan rakyat pasti tahu apa yang baik dan apa yang tidak patut dilakukan..kita boleh menilai sendiri sama ada yang telah berlaku itu wajar atau tidak patut dilakukan.
ReplyDeletediharap keadaan negara yang kecoh akibat perhimpunan Bersih tidak akan berlarutan.
ReplyDeleterakyat sendiri perlu menilai samda perhimpunan bersih ini baik atau tidak.
ReplyDeleteBiasalah dalam politik. Saling 'tembak-menembak'. Tunggu saja PRU 13.
ReplyDeleteTerpulang kepada rakyat untuk menilainya. Ahli2 politik dikurniakan kepetahan untuk berhujah. Tepuk dada tanya selera.
ReplyDeleteHairan betul dengan masalah2 yang timbul di negara kita ni. Nampak mcm negara kita ni terlalu bermasalah pula. huhu
ReplyDeleteApapun, pandai2lah rakyat membuat penilaian.
ReplyDeleteMasalahnya ini angkara siapa sebenarnya perhimpunan haram ini? Demi politik PR sendiri.
ReplyDeleteIni pendapat Nik aziz sendiri, tapi difikiran rakyat kita tidak pasti lagi. Jadi PAS tidak perlulah risau kerana rakyat sendiri pasti tahu apa yang mereka fikirkan.
ReplyDeletemasih waraskah Nik Aziz apabila menyamakan program sejuta belia dengan demonstrasi jalanan?? program sejuta belia banyak memberikan manfaat kepada golongan belia terutamanya pelajar.. demonstrasi jalanan?? bagi saya hanya memberi manfaat kepada pemimpin2 pakatan untuk mendapatkan jawatan kabinet.. rakyat yang jadi perisai kekal sebagai rakyat biasa..
ReplyDeleteNik Aziz menyokong perhimpunan ini dan turut sama menghasut rakyat untuk turun ke jalanraya.. tapi beliau bersenang lenang pergi ke luar negara.. kenapa?? selepas selesai menghasut rakyat untuk menjadi perisai mereka, dia pula melarikan diri.. patutnya Nik Aziz berada dibarisan hadapan perhimpunan, bukannya di luar negara..
ReplyDelete