Sunday, July 10, 2011

Parlimen Malaysia Bubar Isnin Ini?

BERNAMA hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.

Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong (sisipan) berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka."

"Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya.

Yong berkata Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu. (BERNAMA)

19 comments:
Write comments
  1. Jangan mudah terpedaya dengan kabar2 angin.

    ReplyDelete
  2. Rakyat harus tahu menilai sesuatu secara logik. Apa pasal pula tiba2 ada pembubaran parlimen. Belum apa2 lagi sudah buat pembubaran, tidak logik langsung.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggulah dan lihat sama ada Parlimen Malaysia akan dibubarkan hari ini ataupun tidak.

    ReplyDelete
  4. jangan percaya dengan khabar angin yang maklumatnya tidak benar.

    ReplyDelete
  5. tiada pengumuman rasmi yang dibuat...maksudnya ini hanyalah khabar angin yang tidak patut dipercayai

    ReplyDelete
  6. harap rakyat tidak akan menerima bulat2 setiap maklumat yang diterima apalagi dengan hanya melalui sms.

    ReplyDelete
  7. ini mmg cerita palsu, tak logik nak bubar parlimen tiba-tiba.

    ReplyDelete
  8. Hari dah Isnin pun. Tiada pembubaran pun. Siapalah yang 'bijak' betul menyebarkan khabar angin ini?

    ReplyDelete
  9. Mereka yang terlibat dalam memulakan kontroversi ini tidak bersikap matang.

    ReplyDelete
  10. iyaba, kan hari ini hari isnin, tiada pun bilang ada pembubaran.

    ReplyDelete
  11. Khabar angin semata-mata untuk kepentingan diri mereka sendiri.

    ReplyDelete
  12. Rasanya tidak ada pengumuman pun dari PM untuk membuat pembubaran.

    ReplyDelete
  13. khabar angin yang jauh sekali dari menjadi kenyataan...

    ReplyDelete
  14. parlimen tidak akan bubar selagi belum ada keputusan dari PM dan perkenaan dari Agong..SMS palsu seperti ini hanya untuk menakut-nakutkan rakyat berikutan demonstrasi BERSIH..

    ReplyDelete
  15. harap pihak yang bertanggunjawab akan ditangkap segera.

    ReplyDelete
  16. u ingat kerajaan akan membubar parlimen begitu sajakah? jangan harap..

    ReplyDelete
  17. Susah juga ni kalau gosip mengalahkan artis. hahhaa

    ReplyDelete
  18. Apapun, sabarlah...semuanya akan diketahui juga nanti.

    ReplyDelete
  19. selain menjadi perisai, rakyat juga seringkali menjadi mangsa pembohongan oleh pihak tertentu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.