BERNAMA hari ini menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin ini.
Ketua Pengarang Bernama, Datuk Yong Soo Heong (sisipan) berkata: "Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS (khidmat pesanan ringkas) untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka."
"Teknologi mempunyai dua maksud dan adalah lebih baik untuk menggunakannya dengan bijaksana. Ini bukanlah kali pertama pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas saluran penyebaran yang meluas dan nama baik Bernama," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
"Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen pada Isnin ini supaya mengabaikannya sama sekali," katanya.
Yong berkata Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu. (BERNAMA)
Sunday, July 10, 2011
Parlimen Malaysia Bubar Isnin Ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Jangan mudah terpedaya dengan kabar2 angin.
ReplyDeleteRakyat harus tahu menilai sesuatu secara logik. Apa pasal pula tiba2 ada pembubaran parlimen. Belum apa2 lagi sudah buat pembubaran, tidak logik langsung.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat sama ada Parlimen Malaysia akan dibubarkan hari ini ataupun tidak.
ReplyDeletejangan percaya dengan khabar angin yang maklumatnya tidak benar.
ReplyDeletetiada pengumuman rasmi yang dibuat...maksudnya ini hanyalah khabar angin yang tidak patut dipercayai
ReplyDeleteharap rakyat tidak akan menerima bulat2 setiap maklumat yang diterima apalagi dengan hanya melalui sms.
ReplyDeleteini mmg cerita palsu, tak logik nak bubar parlimen tiba-tiba.
ReplyDeleteHari dah Isnin pun. Tiada pembubaran pun. Siapalah yang 'bijak' betul menyebarkan khabar angin ini?
ReplyDeleteMereka yang terlibat dalam memulakan kontroversi ini tidak bersikap matang.
ReplyDeleteiyaba, kan hari ini hari isnin, tiada pun bilang ada pembubaran.
ReplyDeleteKhabar angin semata-mata untuk kepentingan diri mereka sendiri.
ReplyDeleteRasanya tidak ada pengumuman pun dari PM untuk membuat pembubaran.
ReplyDeletekhabar angin yang jauh sekali dari menjadi kenyataan...
ReplyDeleteparlimen tidak akan bubar selagi belum ada keputusan dari PM dan perkenaan dari Agong..SMS palsu seperti ini hanya untuk menakut-nakutkan rakyat berikutan demonstrasi BERSIH..
ReplyDeleteharap pihak yang bertanggunjawab akan ditangkap segera.
ReplyDeleteu ingat kerajaan akan membubar parlimen begitu sajakah? jangan harap..
ReplyDeleteSusah juga ni kalau gosip mengalahkan artis. hahhaa
ReplyDeleteApapun, sabarlah...semuanya akan diketahui juga nanti.
ReplyDeleteselain menjadi perisai, rakyat juga seringkali menjadi mangsa pembohongan oleh pihak tertentu.
ReplyDelete