Dua pejabat Umno bahagian - Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur - telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.
Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot, ketua bahagiannya, Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi tadi.
Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Dalam blog itu juga, Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Syed Ali menasihatkan ahli akar umbi supaya tidak melatah kerana perbuatan itu bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara.
Beliau menyifatkan insiden tersebut sesuatu yang serius dan meminta polis segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.
Sementara itu, menurut blog riziqin.blogspot.com, Pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan berhubung kejadian yang sama ke atas pejabat bahagian itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih di kedua-dua bangunan itu.
Dalam kenyataan media, ketua pemudanya, Kamaruzaman Mohamad berkata perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.
Minggu lalu, kejadian yang hampir sama berlaku di Kangar, Perlis apabila berlakunya insiden cat hijau disembur pada sebuah kereta dan dinding bangunan, antaranya mengajak orang ramai turun menyertai perhimpunan BERSIH.
Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri membuat laporan polis berhubung insiden tersebut. -MK
Friday, July 1, 2011
Pejabat Umno disimbah cat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa yang mulakan kekasaran dahulu? Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?
ReplyDeleteKesiannya ayam dan kereta itu. Tidak pasal2 jadi mangsa keadaan. Kalau beginilah kejadiannya, baik tidak payah nak berhimpun. Nak perubahan tapi sikap diri sendiri tak nak ubah.
ReplyDeleteTengoklah apa sudah jadi dengan BERSIH?? Sudah keterlaluan. Siapa yang bertanggungjawab??Presiden BERSIH mahukah bertanggungjawab? Sudah pasti dia tidak akan. Inikah yang BERSIH mahukan? Kekecohan dan kerosakkan? Mana kata-kata Presiden mahu melakukan perhimpunan AMAN? Sekarang sudah timbul kekecohan ini bukan dikatakan AMAN.
ReplyDeleteDiminta bersabar dengan apa yang terjadi. Biarkan saja pihak berkuasa menyiasat dan menangani kes ini.
ReplyDeletesebelum perhimpunan dah terjadi macam2 perkara yang tidak bermoral. jika perhimpunan berlangsung nnti, entah apa pula akan terjadi.
ReplyDeleteperbuatan tersebut adalah tidak bertanggungjawab. biarlah pihak polis yang menjalankan tugas mereka untuk menyiasat pekara ini.
ReplyDeletebudaya apa yang diamalkan oleh rakyat hari ni?
ReplyDeleteHarap Bersih dapat mencapai matlamat tanpa menggunakan kekerasan.
ReplyDeletenampaknya misi Bersih sudahpun bermula.. tidak perlu tunggu 9 Julai.. inikah yang dikatakan aman oleh penganjur2 Bersih?? minta Ambiga bertanggungjawab sepenuhnya...
ReplyDeleteIni kerja pihak yang ingin memburukan reputasi Bersih.
ReplyDeletePolis, tangkap orang ini. Orang yang ingin menimbulkan masalah.
ReplyDeleteWalau tidak mencapai matlamat yang ditetapkan, Bersih tetap tidak setuju dengan kekerasan..
ReplyDeleteJangan tuduh sesuka hati. Cari siapa yang membuat demikian dan dakwa mereka ke mahkamah
ReplyDeleteKenapa pejabat disalahkan pula? Pejabat itu tidak berdosa atah salah.
ReplyDeleteApa yang mereka dapat atas kelakuan mereka? Kena tangkap nanti menyesal pula.
ReplyDeletekesiannya ayam yang tidak bersalah jadi mangsa..
ReplyDeleteini mesti ada yang cuba nak mencetuskan isu perbalahan antara kaum.
ReplyDelete