Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu.
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.
“Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.
“Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.
Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.
"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.
Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu.
Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.
Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.
“Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku),” katanya.
Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.
“Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu,” katanya. -mk
Friday, July 1, 2011
PAS tetap sertai perhimpunan 9 Julai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang patut diambil tindakan tegas ke atas mereka yang melakukan keganasan pada hari perhimpunan itu.
ReplyDeleteTuntutan Bersih 2.0 ini relevan tetapi apabila penyokong2nya bertindak di luar batasan, itu yang mengundang kebimbangan bukan saja kepada kerajaan malah orang awam.
ReplyDeleteItu terpulang dengan PAS mahu menyertai BERSIH atau tidak. Tapi jika seorang itu pemimpin dia pasti tidak mahu terjadi apa-apa dengan orang bawahannya. BERSIH merupakan perhimpunan HARAM bukan satu perhimpunan yang terbaik.
ReplyDeletebelum perhimpunan pun sudah macam-macam pekara yang berlaku. kalau masa perhimpunan entah apa yang akan terjadi.
ReplyDeleteMemang relevan apa yang BERSIH perjuangkan. Tapi yang kurang menyenangkan cara orang-orang BERSIH bertindak sekarang ini.
ReplyDeletekenapa jg mereka nak adakan juga perhimpunan tersebut, alasan untuk menuntut pilhanraya bersih. tapi mereka ada bukti bahawa pilihanraya selama ini tidak bersih? jika tidak bersih bagaimana Pakatan boleh menang di 5 buah negeri?
ReplyDeleteSelamat berjuang kepada semua. Marilah mendapatkan sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
ReplyDeleteniat untuk adakan Bersih 2.0 memang baik tapi ada pihak yang bersikap keterlaluan. bukan saja yang menentang malah yang menyokong Bersih. pihak yang anti dan pro masing2 saling menyerang. Ini yang menyebabkan kekecohan.
ReplyDeletePAS memang tidak pernah ada pilihan lain selain turun ke jalan raya membuat kacau. kalau ditakdirkan PAS berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara, habis semua rakyat diajaknya berdemo di luar negara jika ada apa2 masalah yang mereka tidak mampu selesaikan.
ReplyDeletesaya harap jika ada apa2 berlaku seperti kerosakan harta benda atau sebarang bentuk keganasan, minta Mat Sabu dan Ambiga bertanggungjawab sepenuhnya...
ReplyDeleteAdaapa cara lagi untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil? Salah satu masalah lama seperti pengundi hantu tetap berlaku.
ReplyDeleteTidak dapat berpatah balik lagi. Cuma samada ia dijalankan dijalanraya atau stadium yang dicadangkan oleh kerajaan.
ReplyDeleteMat Sabu expert dalam 'street protest'. Beliau tidak buat kacau, cuma naik di jalan menuntut sesuatu yang baik
ReplyDeleteKerajaan yang baik menarik sokongan yang kuat dari rakyat dan tidak risau akan tujuk perasaan yang kurang dosokong rakyat.
ReplyDeleteSaya rasa polis mampu mengawal keadaan sekiranya Bersih dibenarkan dijalankan.
ReplyDeleteJangan lagi menghalang perhimpunan awam. Rakyat cukup matang dan kerajaan tidak perlu terlalu risau
ReplyDeleteWalaupun tersenarai dalam senarai hitam tapi masih lagi mengikuti perhimpunan.
ReplyDelete