Datuk Seri Najib Razak berkata rancangan pihak tertentu mahu mengadakan Himpunan Bersih 2.0 kononnya bagi menuntut pilihan raya secara bersih tidak akan memberi tekanan kepadanya untuk memikirkan bila pilihan raya umum bakal diadakan.
“(Persoalan) pilihan raya, bila akan diadakan tidak tertakluk kepada (tuntutan penganjur perhimpunan) Bersih,” katanya dipetik Bernama Online.
Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Perdana Menteri (gambar) berkata sebenarnya perhimpunan itu bermotif politik dan tuntutan itu boleh diselesaikan tanpa mengheret rakyat untuk menyertai demonstrasi jalanan yang boleh menggugat ketenteraman awam.
Katanya tuntutan yang dikemukakan sepatutnya boleh dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Penganjur Himpunan Bersih 2.0 antara lain menyenaraikan tuntutan pembersihan senarai undi, mereformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal dan pengukuhan institusi awam.
Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkenalkan sistem biometrik sedang dilakukan bagi menolak dakwaan tentang kewujudan pengundi hantu sementara rakyat perlu diberikan penjelasan sepenuhnya tentang proses undi pos yang sebenarnya turut disaksikan sendiri oleh wakil-wakil daripada parti pembangkang.
Najib menyifatkan rancangan mengadakan Himpunan Bersih 2.0 itu sebenarnya bertujuan mengalih tumpuan rakyat terutama momentum sokongan rakyat terhadap usaha transformasi oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Mereka melihat satu dua hari ini momentum (sokongan) semakin meningkat kepada Barisan Nasional. Mereka nak buat (seolah-olah) Barisan Nasional kurang mendapat sokongan rakyat dengan menuduh kita sebagai kerajaan zalim dan kuku besi,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sikap kumpulan penganjur perhimpunan ini yang berdiam diri apabila pembangkang berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil dan menawan empat buah negeri dalam pilihan raya umum ke-12 sebelum ini.
Katanya, kerajaan telah diberi mandat oleh rakyat untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman di negara ini terjamin dan mengambil sebarang tindakan perlu untuk mengekang sebarang kegiatan yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara.
Najib berkata tindakan mengadakan demonstrasi jalanan ini merupakan ‘psikologi rusuhan’ yang bertujuan merangsang pengikutnya bertindak ganas dan tindakan ini tidak boleh dibenarkan berlaku di negara ini.
“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana sekiranya dibenarkan, ia sukar dikawal dan menjejaskan rakyat,” katanya.
Pengerusi BN ini menambah, sebarang keputusan sama ada untuk menguatkuasakan undang-undang darurat bagi mengekang kegiatan ini terserah kepada budi-bicara polis.
Katanya sebarang tindakan yang diambil terhadap kumpulan ini akan dilakukan dengan mengutamakan kepentingan dan ketenteraman rakyat. -TMI
Friday, July 1, 2011
PM: Bersih 2.0 tidak pengaruh tarikh PRU-13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kadang2 terfikir juga sama ada BERSIH ini benar2 bersih atau "bersih"? Adakah niat mereka ikhlas mahukan perubahan atau ia hanyalah permainan politik?
ReplyDeleteRakyat harus kena bijak menilai. Jangan sampai masuk ke perangkap golongan2 yang tidak bertanggungjawab yang saja mahu mengganggu keamanan negara kita.
ReplyDeleteTengok dan dengar kata PM Datuk Najib, BERSIH tidak akan mengugat tarikh PRU akan datang. BERSIH tidak akan menguasai minda PM.
ReplyDeletePerdana Menteri nampak tegas dalam PRU akan datang. BERSIH ini apa yang ada? Rakyat pasti tahu apa yang perlu dibuat sekarang. Tidak ada halangan untuk menyertai BERSIH tapi risiko ditangan anda sendiri. Presiden BERSIH tidaka akan menjaga anda pun kalau jadi apa-apa. Insuran tidak ditawarkan.
ReplyDeleteBersih bukan untuk mempengaruh tarikh PRU. Tapi bertujuan memperjuangkan sistem pilihan raya yang adil dan bersih.
ReplyDeletetidak nampak sangat hasil yang baik daripda perhimpunan bersih. yang dpt dilihat adalah kekecohan bakal berlaku dan nama baik negara kita akan terjejas. nak tuntut pilihanraya bersih, tapi tak ada bukti pun piliharya selama ini tidak bersih.
ReplyDeleteAdakah perjuangan BERSIH ini berbaloi, harap2 bukan sekadar gimik semata-mata.
ReplyDeleteperhimpunan jika diadakan akan memberikan pelbagai kesan termasuklah menjejaskan imej negara apabila dilihat pelancong asing.
ReplyDeleteBila tarikh PRU13, tu yang ditunggu tunggu
ReplyDeletePendirian Ambiga tetap. dia akan teruskan juga perhimpunan Bersih ni. macam mana nak halang, pengikut pun ramai.
ReplyDeletealasan Pakatan kononnya mereka bukan hanya mampu menawan 4 buah negeri malah mampu membentuk kerajaan baru jika spr adil.. bagi saya alasan ini cukup untuk menggambarkan tahap ego mereka.. patut la setiap kali pilihanraya mereka kalah, kerana mereka anggap mereka tidak mempunyai kelemahan dan tidak pernah memperbaiki kelemahan mereka..
ReplyDeleterasanya umno juga perlu turunkan 3 juta ahlinya untuk membantah demo Bersih..
ReplyDeleteJika BERSIH 2.0 berjaya dilancarkan pada 9 Julai ini terpaksalah PM menimbang untuk meletak jawatan kerana rakyat tidak lagi berminat dengan PM sekarang bukannya dengan UMNO dan BN. Sebenarnya UMNO dan BN masih lagi relevan di mata rakyat cuma PMnya saja yang tidak lagi relevan. Harap semua maklum akan tuntutan ini. Teliti dan hayati sedalamnya BERSIH ...
ReplyDeleteSudah tentu tiada apa-apa yang dapat mempengaruhi keputusan PM menentukan tarikh pilihan raya.
ReplyDeleteBila PRU 13 akan diadakan? Tak sabar lagi menunggu.
ReplyDeleteBersih cuma minta pilihan raya yang bersih dan adil, tidak pernah meminta pilihan raya itu dijalankan pada masa yang mereka tetapkan.
ReplyDeleteKenapa mesti beranggapan bahawa peserta Bersih akan bertindak ganas?
ReplyDeleteBersih kena berwaspada ada pihak yang membuat kecoh pada hari tu. Dan meyalahkan Bersih.
ReplyDeleteKejayaan Bersih kejayaan rakyat. Kerana pilihan raya yang adil dapat mengkukukan situasi negara.
ReplyDelete