Polis Malaysia dilihat terlalu ganas dalam memperlakukan para peserta perhimpunan aman pada Sabtu lalu (9/7/2011). Amnesty International menilai Malaysia sedang berada di jalur penindasan.
“Mereka menembak gas pemedih mata tepat ke muka kami. Saya nyaris tak dapat bernafas, bahkan untuk berdiri pun susah,” ujar pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim.
Rakyat Malaysia mengutuk tindakan polis tersebut. Dalam komentarnya di blog-blog dan lamanweb berita Malaysia, rakyat meluahkan kekesalan mereka terhadap tindakan ganas polis tersebut.
“Binatang liar yang ganas di hutan pun tidak akan memperlakukan sesama mereka seperti itu. Namun, polis Malaysia melakukannya, ia terlihat di foto-foto ketika srangan dilakukan,” ujar seorang warga menulis di Malaysia Today, Ahad (10/7/2011).
Lembaga perlindungan hak asasi manusia internasional, Amnesty International mengkritik keras tindakan polis tersebut.
“Tindakan ganas terhadap perhimpunan aman terjadi di Malaysia. Pemerintahan Najib telah memilih jalur penindasan, bukannya reformasi,” ujar Amnesty International sebagaimana dipetik BBC.
Polis dinilai lebih banyak melakukan intimidasi terhadap para peserta himpunan yang mendeklarasikan diri "Bersih 2.0" itu. “Mereka salah di dalam memilih cara yang tepat untuk menjaga keselamatan,” ujar pejuang hak asasi Malik Imtiaz Sarwar.
Pada aksi itu, sekitar 1.600 peserta ditangkap dan kebanyakan di antaranya yang diperlakukan buruk. Akibat perlakuan buruk polis itu, Anwar Ibrahim menderita luka di kepala dan kaki. Banyak peserta lain mengalami hal yang serupa. -inilah.com
PETALING JAYA: Perhimpunan Bersih di ibu negara pada hari Sabtu lalu turut dilaporkan oleh akhbar-akhbar Indonesia.
Akhbar Jawa Pos, Kompas, DetikNews.com dan Media Indonesia selain melaporkan bertita tetapi menyiarkan gambar orang ramai berkumpul dan berdemontrasi di Kuala Lumpur.
Media Indonesia melaporkan tentang kecederaan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selain ancaman pembangkang untuk mengadakan perhimpunan yang lebih besar.
DetikNews.com turut menyiarkan ulasan seorang pengamat politik Asean mengenai perhimpunan Bersih 2 itu.
Menurut Cecep Hidayat, perhimpunan Bersih itu mirip dengan gerakan di Indonesia pada tahun 1998.
Namun, katanya kerana tidak mempunyai keadaan yang sama dengan Indonesia, maka demonstrasi di Malaysia diramalkan tidak berakhir seperti Indonesia 1998.
Pada tahun itu demontrasi jalanan Indonesia berjaya menjatuhkan presiden Suharto.
Di tangan orang muda
“Harus melihat keadaan sebelumnya. Kerana tidak ada krisis ekonomi, lalu krisis kepemimpinan dan berakhir pada krisis legitimasi, maka perjuangan pembangkang amat susah,” ujarnya seperti tersiar hari ini.
Cecep menjelaskan, perubahan politik di Malaysia sekarang, berada di tangan orang muda.
Katanya, jika tidak direspons, maka perjuangan kelompok pembangkang hanya bersifat elitis.
“Orang muda Malaysia mahu berubah atau tidak. Ini boleh menjadi stimulus,” jelasnya.
Menurutnya, salah satu alat komunikasi politik untuk menarik orang muda Malaysia dengan mensosialisasikan perkara tidak demokratis.
“Banyak negara berubah kerana jejaring sosial merupakan alat komunikasi politik,” ujarnya.
Polisi menangkap lebih dari 1.600 orang, termasuk tokoh pembangkang terkemuka, namun mereka telah dibebaskan.
Baharuddin Ahmad meninggal terkena tembakan gas air mata. -FMT
Monday, July 11, 2011
Polis Malaysia Perlakukan Demonstran Seperti Binatang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Tidak berbeza dengan demonstrasi yang ada di negara-negara seperti Indonesia ataupun Thailand.
ReplyDeletekekecohan ini takkan berlaku jika peserta perhimpunan ini mengikut arahan pihak Polis.
ReplyDeletedari awal sudah dijangkakan perhimpunan seperti ini akan memberikan pelbagai kesan yang buruk.
ReplyDeletetindakan polis sepatutnya ada batas juga.
ReplyDeleteperhimpunan yang terlalu ramai boleh menyebabkan pelbagai pekara boleh berlaku seperti kekecohan dan sebagainya.
ReplyDeletejika sekiranya tiada pihak polis pada hari demonstrasi Bersih, mungkinkah tiada kekecohan dan huru-hara berlaku?
ReplyDeleteBerani ikut demonstrasi, berani tanggung akibatnyalah.
ReplyDeletePolis hanya ikut arahan dan jalankan tugas. Sudah dilarang tapi masih nak buat demonstrasi. Inilah padahnya. Kalau nak tuntut keadilan, gunakan cara yang betul. Bukan dengan demonstrasi yang akhirnya menyusahkan banyak pihak.
ReplyDeleteinilah masa yang ditunggu2 oleh para juru kemera Pakatan dan penganjur Bersih.. semua ini sudah dirancang termasuk menjadikan rakyat sebagai umpan atau mangsa.. mana negara yang polisnya tidak melakukan apa2 terhadap rusuhan seperti ini? kalau polis sudah keluarkan amaran tu berundur la..
ReplyDeletenegara Malaysia dan jalan raya di negara ini bukan penganjur Bersih yang punya.. Agong sendiri sudah nasihatkan jangan contohi negara lain, kenapa penganjur dan penyokong Bersih masih berkeras? saya harap selepas ini akan lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang menolak Pakatan kerana mereka la punca lahirnya budaya ganas..
ReplyDeleteJadi mahu seperti di Libya? Peperangan dan kehancuran yang dikecapi.
ReplyDeleterasanya mana2 negara yang ada pengalaman demonstrasi, polis negera tersebut turut melakukan tindakan serupa..
ReplyDeleterasanya perkara ini sudah lebih dipolitikkan oleh pembangkang mahupun kerajaan.
ReplyDeletekita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku pada PRU akan datang.
ReplyDelete