Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Kelantanyang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.
Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangkaberlangsung tidak lama lagi.
"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat)untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurangkemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.
"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buatstadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambutsorakan 15,000 rakyat. Perdana Menteri berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1 hari ini, yang turut dihadiri beberapa pemain skuad Kijang itu.
Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri MustapaMohamad, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Naib Presiden Umno, yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa.
Bagaimanapun, Najib berkata semua itu terpulang kepada rakyat Kelantan untukmenentukan sama ada stadium itu akan menjadi milik mereka.
"Kalau nak lakukan perubahan, harus tahu di mana suisnya. Suisnya bukan padasaya, suisnya ada pada rakyat Kelantan sendiri," katanya sambil memuji semangat juang pasukan bola sepak Kelantan yang mampu bangkit, walaupun sebelum ini tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata hanya dengan kepimpinan yang benar-benar berkebolehan,pasukan itu mampu melonjak walaupun berdepan kekangan kewangan berbanding negeri lain.
Mengambil contoh kejayaan pasukan itu, Najib menekankan betapa kepimpinanharus diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan mampu menunjukkanprestasi baik, begitu juga dengan politik.
"Pada pengamatan saya, soal paling penting ialah kepimpinan politik di manakita mahu meletak orang berkemampuan, barulah pasukan atau negara itu bolehmaju," katanya.
Pada majlis itu, Najib dinobatkan peminat nombor satu pasukan The RedWarriors.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan RM2 jutakepada Kafa.
Ini merupakan kali ketiga beliau memberi sumbangan kewangan kepadapengurusan Kafa bagi peningkatan The Red Warriors, yang kini antara pasukanterkuat negara.
Beliau turut merasmikan Akademi AlHamra Red Warrior yang melatih pelapisbaru sukan bola sepak Kelantan berusia 16 tahun ke bawah. - BERNAMA
Sunday, July 3, 2011
PRU 13 : Rasuah Politik Bermula?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
People must vote wisely.
ReplyDeleteHarap rakyat sendiri akan membuat pilihan terbaik.
ReplyDeleteUndian di tangan rakyat. Undilah dengan bijak nanti.
ReplyDeleteTunggu dan lihat saja nanti.
ReplyDeleteRakyat Kelantan pandai-pandailah menilai sendiri siapa yang layak diundi dalam pilihan raya nanti.
ReplyDeletekeputusan terletak pada pilihan rakyat. buatlah pilihan dengan bijak.
ReplyDeleteapa pun rakyat sentiasa memerhati dan membuat penilaian mereka. siapa yang sentiasa ikhlas dan benar-benar berkhidmat kepada mereka pasti akan mendapat sokongan.
ReplyDeleteSemoga apa yang dikatakan akan menjadi kenyataan kepada penduduk Kelantan.
ReplyDeletebukan rasuah politik pun..
ReplyDeleteterpulang kepada rakyat kelantan sama ada mahu terus hidup terbelakang atau bergerak maju..
ReplyDeleterakyat perlu bijak menilai dan memilih...
ReplyDeletekita tunggu dan lihat pilihan rakyat di kelantan.
ReplyDeletedilihat Kelantan nmmg perlukan stadium baru. tapi itu terpulang pada rakyat Kelantan sendiri.
ReplyDeleterasanya kerajaan persekutuan tidak akan rugi apa2 sekiranya mereka memulakan projek pembinaan stadium itu tanpa perlu menunggu pilihanraya atau menunggu Kelantan jatuh ketangan mereka. biasanya apa yang kita lihat itu lebih besar impaknya berbanding dengan apa yang kita dengar.
ReplyDeleteThe people must be wise in voting the best party. Don't get easily bought to vote for that certain party.
ReplyDeleteI hope all parties will play it fair.
ReplyDelete