Friday, July 1, 2011

BN Takkan Menang Jika SPR Berlaku Adil?

Pembangkang tidak ada peluang langsung untuk memenangi kerusi pilihan raya sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan telus dalam mengendalikan pilihan raya di Malaysia.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata semua pilihan raya umum dan kecil akan dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) sahaja jika SPR bertindak sedemikian.

“Kalau SPR tidak adil dan telus, bagaimana pembangkang boleh memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lepas . . . tak kan nak menang semua negeri, baru SPR dianggap adil dan telus,” katanya dipetik Bernama Online.

Dengan nada SPR yang seakan menyokong UMNO, menjadi persoalan apakah BN akan menang banyak atau dengan majoriti yang besar jika SPR sebenar-benarnya berlaku adil dalam semua pilihanraya yang dijalankan.

Beliau berada di sini sebagai pemerhati antarabangsa atas jemputan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand untuk memantau perjalanan pilihan raya umumnya yang akan diadakan Ahad ini. Malaysia adalah antara 13 negara yang dijemput.

Abdul Aziz berkata kemenangan atau kekalahan sesebuah parti atau calon pilihan raya bergantung kepada keadaan dan bukan kerana SPR memberi pertolongan atau tidak.

“Di Malaysia, parti atau calon akan menang jika pengundi suka. Buatlah apa apa pun, tidak akan mengubah keadaan tersebut,” katanya.

Abdul Aziz berkata memang sudah menjadi lumrah di mana-mana negara pun, bukan di Malaysia sahaja, parti yang kalah akan menjadikan badan pengendali pilihan raya sebagai sasaran mereka.

“Tidak bermakna bila (parti atau calon) kalah, SPR tidak adil,” katanya.

Beliau berkata dalam 16 pilihan raya kecil lepas, ada masa BN menang dan ada masa pula pembangkang yang menang — BN memenangi lapan kerusi manakala pembangkang pula lapan kerusi.

“Dalam pilihan raya Sarawak, kerusi BN berkurangan dan adakah ini bermakna SPR tidak adil dan telus?,” tanya beliau.

Abdul Aziz berkata pada penilaian beliau, SPR telah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya setelah mengendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus-ratus pilihan raya kecil.

Dalam mengumpamakan SPR seperti pengadil bola, beliau berkata: “Biasalah . . . pasukan yang kalah akan menyatakan mereka kalah kerana pengadil tidak adil.”

Beliau berkata isyarat yang cuba dihantar oleh cadangan mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai adalah kononnya SPR tidak adil dan dikongkong oleh parti pemerintah.

“Kalau SPR gitu, tak kan ia dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand ini,” katanya.

Beliau berkata para pemerhati antarabangsa dari 12 negara lain yang menyertai misi itu langsung tidak bertanyakan kepadanya perkembangan berhubung cadangan mengadakan perhimpunan haram itu.

“Ini kerana mereka iktiraf dan yakin SPR sebagai badan yang banyak mengendalikan pilihan raya. Mereka yakin pilihan raya Malaysia telus dan bebas,” katanya. -TMI / MUS

19 comments:
Write comments
  1. Kalau begitu, kenapa SPR tidak penuhi saja tuntutan Bersih? Biar mereka puas hati dan tidak adakan perhimpunan.

    ReplyDelete
  2. Ada tak bukti yang menunjukkan SPR itu tidak adil atau menipu? Jangan pula buat tuduhan tak berasas gara2 tak puas hati dengan SPR.

    ReplyDelete
  3. SPR perlu bersifat neutral. ia tidak berpihak pada BN mahupun PR.

    ReplyDelete
  4. Harap perkara ini akan diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Bersih jg perlu kemukakan bukti kukuh bahawa SPR tak adil. tapi bagaimana pembangkang boleh menang di 5 negeri jika SPR tak adil?

    ReplyDelete
  6. setuju dengan junta, jika SPR tidak adil tunjukkan buktinya. apa pun, sebarang isu yang timbul perlu dicari penyelsaian dengan baik.

    ReplyDelete
  7. Betulkah? Setahu saya SPR memang telah berlaku adil sejak dulu lagi. Jika tidak adil bagaimana Pulau pinang boleh jatuh ketangan DAP, Selangor begitu juga. Memang kita nampak SPR memang adil sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  8. Betul juga kata Imran itu. Kalau SPR tidak adil pasti semua negeri akan menjadi milik BN tapi ini tidak. Banyak tempat BN jatuh ketangan PR. Saya rasa juga SPR berlaku adil dalam kerja mereka. Cuma PR dan pembangkang yang lain saja tidak dapat menerima kenyataan.

    ReplyDelete
  9. PR tidak akan berpuashati selagi Putrajaya bukan milik mereka

    ReplyDelete
  10. Kalau SPR betul2 adil,kenapa satu Parti saja yg menang dr dulu sampai skrg?Negara2 lain berganti2 Parti juga yg menang?Peliklah..Fishy...

    ReplyDelete
  11. sebab SPR tak adil lah diadakan kempen bersih...itulah kita hanya dengar berita dan baca suratkhabar BN sahaja, kita tak tahu perkara yang sebenarnya berlaku... Kalau SPR adil pasti akan lebih banyak negeri yang dikuasai BN akan tumbang...itu yang kerajaan BN takut sangat...

    ReplyDelete
  12. kalau betul mahu SPR adil kenapa penganjur Bersih menolak pelawaan SPR untuk mengadakan perbincangan? kenapa rakyat juga yang diajaknya turun ke jalan raya? dari situ boleh nampak bahawa Bersih mempunyai agenda lain.. kalau SPR tidak adil, Kelantan tu patutnya sudah lama jadi milik BN.

    ReplyDelete
  13. bagi saya sebab SPR adil lah penganjur Bersih terpaksa buat perhimpunan. mereka tidak ada pilihan lain untuk membantu Pakatan merampas kerajaan selain mengajak rakyat berdemo dan cuba menarik perhatian orang luar supaya sama2 memberikan tekanan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  14. Kalau pengerusi SPR membuat andaian demikian, ada satu lagi kemungkinan berlaku jika SPR berlaku adil. Iaitu Pembangkang sudah menang dalam pilihn raya yang lalu.

    ReplyDelete
  15. Undi hantu dikatakan berlaku dan ada pihak yang menunjukan bukti. SPR perlu ditransformasikan.

    ReplyDelete
  16. Suara rakyat didengar dan dibalas dengan tindakan yang sewajar, tidak mungkin berlaku perarakan atau 'street protest'.

    ReplyDelete
  17. Jika SPR tegas bertindak terhadap segala salah laku semasa pilihanraya seperti pembelian undi dan janji 'lu tolong saya, saya tolong lu', kesudahan tidak mungkin sama.

    ReplyDelete
  18. Banyak puji sendiri. Orang tidak tanya tidak bermakna mereka setuju, mungkin mereka segan nak tanya.

    ReplyDelete
  19. Pengadil bola kadang kala tidak berlaku adil. Bnayak sebab tu. Sudah disogok, takut kehilangan kerja dan sebagainya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.