Friday, July 8, 2011

Puisi "Peludah Warna"



Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

9 comments:
Write comments
  1. Puisi yang sangat bermakna.

    ReplyDelete
  2. adakah puisi ini salah satu yang dikatakan sebagai puisi hasutan bagi mereka yang anti-Bersih?

    ReplyDelete
  3. satu lagi puisi dari A Samad Said..

    ReplyDelete
  4. Setelah apa yang kerajaan lakukan kepada A. Samad Said sekarang beliau menyokong BERSIH ini.

    ReplyDelete
  5. makna puisi ini amat mendalam.

    ReplyDelete
  6. Nukilan orang sastera ni dalam. Banyak yang tersirat daripada yang tersurat.

    ReplyDelete
  7. A. Samad Said bengang dengan kerajaan nampaknya. Alahai apa dah nak jadi. Yang menyokong Bersih tu, yakin sangatkah perjuangannya benar2 BERSIH?

    ReplyDelete
  8. "Kerana nikmat amat lama berkuasa,
    kuasa pun seolah menjadi hartanya."

    hmm..makna yang tersirat kepada pemimpin-pemimpin yang dah lama berkuasa..

    ReplyDelete
  9. kalau Ambiga dan NGO lain tu mungkin boleh la kita katakan bersih.. tapi Pakatan? bersih sangat ka Pakatan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.