Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
Friday, July 8, 2011
Puisi "Peludah Warna"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Puisi yang sangat bermakna.
ReplyDeleteadakah puisi ini salah satu yang dikatakan sebagai puisi hasutan bagi mereka yang anti-Bersih?
ReplyDeletesatu lagi puisi dari A Samad Said..
ReplyDeleteSetelah apa yang kerajaan lakukan kepada A. Samad Said sekarang beliau menyokong BERSIH ini.
ReplyDeletemakna puisi ini amat mendalam.
ReplyDeleteNukilan orang sastera ni dalam. Banyak yang tersirat daripada yang tersurat.
ReplyDeleteA. Samad Said bengang dengan kerajaan nampaknya. Alahai apa dah nak jadi. Yang menyokong Bersih tu, yakin sangatkah perjuangannya benar2 BERSIH?
ReplyDelete"Kerana nikmat amat lama berkuasa,
ReplyDeletekuasa pun seolah menjadi hartanya."
hmm..makna yang tersirat kepada pemimpin-pemimpin yang dah lama berkuasa..
kalau Ambiga dan NGO lain tu mungkin boleh la kita katakan bersih.. tapi Pakatan? bersih sangat ka Pakatan?
ReplyDelete