PIHAK berkuasa tempatan di Sabah disifatkan terlalu gentar untuk mengambil tindakan terhadap Pusat Hiburan yang dibuka melebihi waktu operasi yang ditetapkan kerana telah ‘membayar wang perlindungan’ atau ‘Ufti’ kepada pihak berkuasa, termasuk Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.
Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, bahawa Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan telah mengeluarkan amaran kepada pengusaha Pusat Hiburan termasuk pusat karaoke, bahawa mereka boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 dan lesen mereka dibatalkan, jika gagal mematuhinya.
“Operasi yang dilakukan di daerah Keningau baru-baru ini dibuat kerana lima pusat karaoke beroperasi di luar waktu yang dibenarkan tidak mampu lagi membayar wang saguhati kepada penguatkuasa kerana kekurangan GRO akibat serbuan Imigresen,” dakwa Citra yang memaklumkan bahawa kelima Pusat Karaoke berkenaan sudah lama beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan dalam lesen mereka.
Kata Citra, jika pihak berkuasa ingin menguatkuasakan Ordinan Hiburan Awam 1958, mereka boleh melakukannya semudah menonton rancangan Gusti di Restoran Mamak kerana semua pusat hiburan dibuka sehingga lewat pagi, antara jam 2 hingga 6 pagi.
“Salah satunya, Razz Ma Tazz dibuka sehingga jam 6 pagi sekalipun pintu utama ditutup, tetapi pelanggan masih berhibur di dalam dan menjadi salah satu pusat pengedaran dadah utama yang dilindungi pihak berkuasa,” kata Citra yang mencabar Unit D7 Bukit Aman dan DBKK menyerbu Pusat Hiburan berkenaan jika mereka tidak menerima rasuah daripada pemilik Razz Ma Tazz, yang juga salah seorang pemimpin UMNO.
Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN
Tuesday, July 12, 2011
Pusat Hiburan Kebal Kerana 'Ufti'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kegiatan pusat2 hiburan harus sentiasa dipantau.
ReplyDeleteharap pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas dengan amanah. gejala rasuah harus dihindari.
ReplyDeleteRasuah jika dibiarkan akan menjadi satu tabiat yang akhirnya meruntuhkan sistem keadilan.
ReplyDeletepemantauan harus sentiasa dilakukan berhubung dengan isu ini.
ReplyDeletepusat hiburan yang beroperasi melebihi waktu yang ditetapkan perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya.
ReplyDeleteRMT yang beroperasi di luar waktu memang sudah lama diketahui tetapi tiada tindakan diambil pun.
ReplyDeleteBeroperasi luar waktu pun kena ada pelanggan juga.
ReplyDeletekalau betul la pusat2 hiburan itu telah membayar 'ufti' kenapa masih perlu bersembunyi? tidak perlu tutup pintu depan.. buka saja luas2..
ReplyDeleteterlalu ramai pendatang tanpa izin di sabah yang dapay kad pengenalan dan layak mengundi.satu hari nanti kita jangan hairan kalau PATI lebih ramai dari orang tempatan di sabah.tak boleh tunggu lagi,harus di selesaikan dengan segra.kemana pergianya ahli ahli politik dari sabah terutama menteri,dah bertahun tahun masalah ini tak selesai juga.jangan sampai rakyat turun di jalanan kerna dah marah dengan kerajaan yang tak peduli dengan masalah ini.kami rakyat sabah kesabaran dah hampir kepenghujung.
ReplyDeleteAda duit, pihak (pegawai) berkuasa happy, pemilik bisnes happy, pelanggan happy, semua happy.
ReplyDeleteInilah bila kena suapan semua tanggungjawab pun tinggal.
ReplyDelete