Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memakai pakaian berwarna kuning setiap Sabtu untuk menunjukkan sokongan secara berterusan dalam usaha mereformasikan proses pilihan raya di negara ini.
Cadangan itu dikemukakan oleh Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di ibu negara hari ini.
"Sehingga reformasi pilihan raya dilakukan, kita meminta rakyat memakai warna kuning setiap hari Sabtu. Tak kiralah baju, atau sarung tangan atau apa-apapun yang berwarna kuning," kata beliau.
Sabtu lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di pusat bandar Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis bertindak ganas dalam menyuraikan mereka dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut di media arus perdana.
Lapan tuntutan tersebut adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.
Ambiga turut menyambut baik tawaran untuk berbincang dengan Pemuda Umno mengenai sistem pilihan raya di Malaysia.
Menurut Ambiga, ia satu perkara yang sihat dan menyatakan Bersih bersedia menjemput sesiapa sahaja untuk mengadakan perbincangan terbuka termasuk Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) mengenai tuntutan mereka.
"Kami bersedia untuk berbincang dan berdebat secara terbuka dengan sesiapa pun. Saya rasa ia perkara yang sihat," kata beliau.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya menjemput Bersih untuk berdebat mengenai tuntutan tersebut.
Khairy turut menyatakan beliau dijadualkan mengadakan dialog bersama SPR dalam masa dua minggu dan menyatakan ianya lebih berkesan dari apa yang dilakukan Bersih.
Khairy pada hari sama dengan Bersih, memimpin 500 pemuda Umno yang dinamakan Patriot berarak sejauh 200 meter di Bukit Bintang bagi membantah himpunan Bersih 2.0. -tvsnews
Wednesday, July 13, 2011
BERSIH Dengan Pakai Kuning Setiap Sabtu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagus jugalah, kalau begitu, polis akan lebih rajin keluar meronda, pendatang tanpa izin pun tidak berani keluar. Jenayah juga mungkin turun.
ReplyDeleteTeruskanlah perjuangan anda.
ReplyDeletenampaknya pakaian kuning akan menjadi trend baru sekrang ni.
ReplyDeleteterserahlah kepada masing-masing untuk menilai pekara ini...
ReplyDeleteJadi kalau pakai apa2 kuning pada hari Sabtu pun akan ditangkap kah? Bagaimana dengan mereka yang memang kena pakai uniform kuning? Takkan nak buat uniform baru? Tambah kos lagi.
ReplyDeleteLepas ni kalau pakai saja kuning hari Sabtu kena cop penyokong Bersih. Susahlah kalau begini.
ReplyDeletetak wajarlah kalau pihak polis menahan sesiapa saja yang mereka lihat memakai baju kuning pada hari sabtu.
ReplyDeletesebelum ini ketika SPR mempelawa penganjur Bersih mengadakan perbincangan, kenapa ditolak???
ReplyDeletepakaian dalam warna kuning boleh tak? takkan polis nak tangkap juga..
ReplyDeletesemoga kerajaan dan ahil BERSIH dapat menyelesaikan masalah ini secara aman.
ReplyDeletePilak pun bersih hujung minggu.
ReplyDeleteIni satu cadangan yang baik kerana ia merupakan satu tanda atau suara sunyi tetapi membawa massage yang terang keinginan rakyat.
ReplyDeleteCara yang paling bertamadun adalah melalui perbincangan. Harap perbincangan dan perdebatan antara Bersih dan Pemuda UMNO dapat dilangsungkan secepat mungkin.
ReplyDeleteJika SPR membuka pintu perbincangan dengan Bersih dari awal, perarakan di jalan dapat dielakan.
ReplyDeleteTindakan Khairy patut dipuji dan sokong terutamanya oleh UMNO sendiri.
ReplyDeleteBukan cakap kosong tapi bertindak. Berdebat dengan iklas demi kepentingan rakyat.
Tidak sabar nak lihat perdebatan ini diadakan. Barulah kita dapat menilai kualiti ahli pemuda UMNO.
ReplyDeleteMereka berpeluag menjadi pemimpin negara satu hari nanti.
Langkah Khairy cukup drastik tapi menyesuai keaddaan semasa. Tidak seperti orang yang berfikiran kolot, ketingaalan zaman, syok sendiri dengan illusi bahawa mereka pemimpin yang tidak boleh digantikan.
ReplyDeleteTerpulang kepada rakyat itu sendiri mahu memakai atau tidak setiap hari Sabtu.
ReplyDeletesoal debat tak akan diadakan
ReplyDeleteUp to the people whether they want to wear yellow every sat.
ReplyDeleteNow those who wants to remain neutral couldn't wear yellow on Sat even if they want to.
ReplyDeleteI don't see how is it possible for anything to be solved by wearing yellow every sat.
ReplyDelete