SABAH akan melaksanakan hanya lima perkara daripada Program 6P yang akan dilaksanakan di seluruh negara bulan ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman berkata Sabah tidak akan melaksanakan proses Pemutihan yang dilaksanakan sebelum ini tetapi mengundang lebih ramai kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati).
"Di Sabah ia dikenali sebagai 5P sahaja. Kita tolak proses Pemutihan yang kita sudah buat sebanyak empat kali pada 1997, 1998, 2008 dan 2009.
"Apa yang kita buat ialah untuk mendaftar dahulu Pati yang ada di Sabah selaras dengan keputusan di pihak persekutuan, iaitu untuk mendapatkan maklumat berapa ramai Pati yang kita ada dan apakah keperluan pekerja asing yang diperlukan oleh sektor-sektor ekonomi di Sabah," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
Pengarah Imigresen Negeri, Mohammad Mentek berkata, 5P yang akan dilaksanakan di Sabah ialah Pendaftaran, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran.
Beliau berkata dua minggu diperuntukkan untuk proses pendaftaran secara percuma mulai 18 Julai dan dua bulan diperuntukkan untuk tempoh pengampunan yang mana Pati dikehendaki pulang ke negara asal mereka secara sukarela.
"Jika dua minggu tempoh pendaftaran tidak mencukupi, kita akan lanjutkan dua minggu lagi," katanya.
Mohammad berkata empat kategori Pati yang perlu mendaftar ialah mereka yang masuk secara tidak sah, tinggal lebih tempoh pas lawatan sosial, melanggar syarat-syarat pas kerja dan mereka yang memiliki pasport yang dikeluarkan oleh kedutaan atau konsulat di negara ini.
Beliau berkata sembilan lokasi dikenal pasti untuk proses pendaftaran iaitu di dewan-dewan masyarakat di Kudat, Menggatal, Ranau, Keningau, Sipitang, Tawau dan Lahad Datu serta Balai Seni Inabah di Semporna.
Beliau juga berkata Pati yang telah melalui proses pemutihan di Semenanjung atau di Sarawak tidak dibenarkan masuk ke Sabah.(BERNAMA)
Friday, July 8, 2011
Sabah Tolak Pemutihan Pati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lepas ni harap2 warga asing yang datang ke Sabah dengan izin atau tanpa izin dapat dikurangkan.
ReplyDeleteharap usaha ini akan memberikan hasil yang positif dan dapat menyelesaikan masalah pati..
ReplyDeleteSaya sokong keputusan kerajaan untuk TIDAK menerima proses pemutihan PATI ini.
ReplyDeleteSudah beberapa tahun pemutihan dilakukan tapi tidak juga memberi kesan kepada PATI. Jadi apa yang kerajaan persekutuan cadangkan ini bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeletepemutihan mmg tak wajar dilasanakan di Sabah. apapun semoga usaha 5P akan berjaya.
ReplyDeleteSemoga usaha menyelesaikan masalah PATI ini bukan hangat2 tahi ayam.
ReplyDeleteBaguslah kerajaan Sabah ada pendirian dan caranya yang sendiri.
ReplyDeleteyang penting laksanakan setiap 'P' itu dengan teliti..
ReplyDeletesemoga masalah PATI ini dapat diselesaikan dengan berkesan.
ReplyDeleteBagaimana pula PATI yang telah berkahwin dan beranak-pinak dengan rakyat tempatan? Adakah mereka juga termasuk dalam 5P?
ReplyDeleteSudah cukup jumlah pati dalam negeri ini. Kini tiba masa untuk mengurangkan jumlah besar ini.
ReplyDeleteSelepas pemutihan, apa lagi? Hantar mereka pulang ke kampung halaman mereka?
ReplyDelete