Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, prasangka ke atas suruhanjaya itu sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan persepsi bahawa pilihan raya boleh ditipu.
"Ramai yang percaya, termasuk kakak-kakak saya sendiri," katanya lagi yang menambah, persepsi itu kemudiannya akan menyebabkan ramai pengundi memilih pembangkang seperti yang berlaku pada Mac 2008.
Antara prasangka itu melibatkan dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', seperti yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Gombak, Azmin Ali sebelum ini.
Wan Ahmad memetik kes 'pengundi hantu' di Kampung Klang Gate Baru itu, termasuk di rumah ibu wakil rakyat itu sendiri yang didakwa terdapat sejumlah pengundi yang tidak dikenali.
Jelasnya, perkara itu mungkin berlaku sebelum SPR menguatkuasa peraturan baru pada 2002 yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat di kad pengenalan masing-masing.
"Maka pendaftaran sebelum 2002 banyak tak ikut alamat dalam MyKad.
"Sebelum itu boleh daftar siapa saja, di bawah pokok, kedai kopi, di mana saja," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.
Sebagai langkah penyelesaian, Wan Ahmad berkata SPR akan memperkenalkan satu sistem baru bagi membolehkan setiap individu memeriksa senarai pengundi yang didaftarkan di alamat mereka.
Tegasnya, "hampir mustahil" terdapat pengundi yang mengundi dua kali kerana SPR menggunakan sistem nombor pengenalan 12 digit di MyKad, melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.
"Lagipun kita sendiri tak pernah tengok orang mengundi dua kali... Kalau dibawa ke mahkamah pun tak pernah menang.
"Adakah kita hendak pinda undang-undang sebab perkara yang tidak dibuktikan di mahkamah?," soalnya.
Jelasnya, SPR juga akan memperkenalkan sistem biometrik kerana "kita tidak mahu pusing balik sejarah untuk calit dakwat," kata Wan Ahmad lagi.
Tambahnya, penggunaan dakwat kekal yang mencetus kontroversi menjelang pilihan raya umum ke-12 itu perlu perlu melibatkan pindaan ke atas Fasal (1) Perkara 119 dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kelayakan seseorang pemilih.
Penggunaan dakwat kekal itu akan menafikan hak seseorang untuk mengundi, sedangkan undang-undang berkenaan menjamin hak pengundi untuk berbuat demikian, katanya.
Selain itu, Wan Ahmad antara lainnya turut mengulas mengenai tuntutan bagi pendaftaran automatik pengundi yang juga memerlukan pindaan dalam Perkara 119.
Jelasnya, undang-undang berkenaan pada masa ini tidak mewajibkan pendaftaran sebagai pemilih seperti di negara lain.
Katanya lagi, jumlah pengundi yang didaftarkan oleh parti politik juga merupakan saluran dengan jumlah pengundi paling tinggi buat masa ini. -mk
Ulasan GB
Sebelum pilihanraya 2008, SPR ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kekal dari India dengan kos RM1 juta untuk digunakan setelah parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.
Tiba-tiba beberapa hari sebelum pilihan, mungkin menyedari bahawa sudah tidak dapat melakukan penipuan, SPR membuat sidang akhbar membatalkan penggunaan dakwat kekal dengan alasan kononnya ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini.
Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.
Kalau ada pun yang diseludup masuk, siapa yang nak gunakannya? pengundi mana pula yang bodoh nak calitkan sendiri jarinya dengan dakwat kekal itu?
Tiada sebarang penemuan terhadap penyiasatan bahawa ada dakwat kekal yang diseludup masuk ke negara ini seperti didakwa tiga tokoh serangkai itu. Rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja oleh SPR, tanpa alasan kukuh, semata-mata untuk menyelamatkan BN daripada terjunam teruk dalam pilihan raya itu.
Terlokop duit rakyat beli dakwat kekal tetapi kemudian dibuang begitu saja. Sepatutnya Pengerusi dan Setiausaha SPR dibuang seperti mereka membuang dakwat kekal itu.
Ok, itu alasan dulu.
Kini alasan baru pula diberikan, kononnya penggunaan dakwat kekal ketinggalan zaman, tak standard, orang kini dah pakai biometrik. Hilang alasan dakwat diseludup masuk.
Mafrel telah menyatakan penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi.
Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.
Kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.
Malah menuurutnya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi.
Dan lebih ramai meragui kaedah biometrik yang tiba-tiba dijadikan saranan utama SPR kini:
Friday, July 1, 2011
SPR Tukar Alasan Baru Untuk Tipu Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya kita terpaksalah bergantung pada perjuangan Bersih 2.0 sajalah.
ReplyDeleteharap apa yang ada pada PRU 13 akan datang akan berjalan dengan adil dan SPR perlu memastikan tidak ada kesilapan seperti dakwaan pengundi hantu dan sebagainya.
ReplyDeleteRakyat hanya mahukan pengundian dijalankan secara adil dan bersih. Tolonglah jangan ada sesekali ada penipuan berlaku kerana ia menidakkan hak rakyat sebagai pengundi yang berdaftar secara sah.
ReplyDeleteEntah siapa yang bercakap benar, dan siapa yang menipu. Keliru dibuatnya.
ReplyDeleteSPR harus merancang yang terbaik untuk PRU 13 ini. Harap SPR dapat buat yang terbik.
ReplyDeletemasing-masing ada hujuh sendiri..tapi lebih baik mengadakan perbincangan untuk mencari penyelesaian terbaik....
ReplyDeleteSPR pasti akan menjalankan piliharaya dgn adil.
ReplyDeleteAdakah rakyat begitu bodoh terima saja apa diberi, didengar / dilihat tanpa menilai sesuatu tu.
ReplyDeletePRU akan datang SPR perlu lebih cekap dan kreatif menangani kes pengundi hantu dan isu2 berbangkit.
ReplyDeletewah!dakwat pun RM1 juta..?
ReplyDeleteSebelum pengundi hantu wujud di semenanjung, pengundi hantu di sabah lebih awal wujud, sehinggakan PBS kalah masa pilihanraya lalu. rakyat tahu kewujudan pengundi hantu ini, lebih2 lagi rakyat sabah. Undi pos pula 99% undi berpihak pada BN, ini disebabkan ketidaktulusan pada SPR.Mengundi 2x pada masa yang sama pun wujud, dan spesis ini juga awal wujud semasa PBS tumbang. Rakyat tahu akan teknik2 SPR yang lebih berat sebelah pada BN.
ReplyDeleteTerpulanglah [pada penilaian rakyat sendiri. Yang penting bagi saya ialah rakyat harus tahu apa yang patut dilakukan.
ReplyDeleteHarap p/raya akan berjalan secara telus demi memastikan semua pihak gembira dengan keputusan undian :)
ReplyDeleteproses pilihanraya negara ini adalah antara yang paling telus di dunia. Apa lagi yang mereka mahu? jika mahu penggunaan dakwat kekal, pihak SPR sudah lakukan lebih dari itu. jika mahukan pilihanraya yang telus, pembangkang sendiri punya pemerhati dalam setiap proses pengundian di setiap pusat mengundi. jika mahu pengundi pos dihapuskan, kemukakanlah mekanisme yang realistik untuk dikaji sebelum diimplimentasikan.
ReplyDeleteMahu apa lagi? Semuanya boleh dilakukan tanpa berdemo. jika sekadar mahu menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong, tak payah berdemo pun boleh diserahkan. mengapa perlu Pakatan Pembangkang ini menyusahkan pengguna jalanraya yang bakal berdepan dengan kesesakan lalulintas dan peniaga yang akan rugi ekoran premis perniagaan mereka terpaksa ditutup kerana keganasan para pendemo?
Alasan tu lucu dan tidak berasas. Tidak dapat diterima langsung. Carilah alasan yang munasabah.
ReplyDeleteTakut kalah kan? Golongan muda ini sukar diperdaya atau diumpan. Atau ditipu.
ReplyDeleteJuta ringgit dibelanjakan untuk beli dakwat kekal, tiba-tiba tidak digunakan. Patut potong gaji mereka yang memutuskan untuk membeli dakwat itu.
ReplyDeleteSPR selalu membuat cadangan dan keputusan yang sukar diterima.
ReplyDeleteSiapa yang membuat cadangan dan membuat keputusan yang ketinggalan zaman????
ReplyDeleteKita perlu orang yang lebih berkeupayaan dan adil untuk mengetui SPR.
ReplyDelete