Friday, July 1, 2011

Baju kuning salah, merah Patriot tak apa

NONETerpanggil saya sebagai mahasiswa yang melihat perkembangan politik tanah air sekarang apabila melihat sendiri polis yang laungkan "kami berintigeriti" "kami adil telus dan amanah" sudah lari dari motifnya.

maaf saya katakan sedemikian, sebagai anak muda yang melihat sendiri malah berfikir dengan perkembangan suasana Malaysia sekarang amatlah jauh berbeza dengan negara demokrasi yang lain.Malah boleh dikatakan polis Malaysia sama saja dengan pihak polis semasa pemerintahan Husni Mubarak di mesir sebelum terjadinya rusuhan.

Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haram tetapi juga melarang penggunaan kemeja kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

Dukacitanya, ramai dari pengikut Pakatan Rakyat yang memakai baju Kuning telah ditahan oleh pihak polis namun dalam akhbar hari ini yang dipetik dari Malaysikini atas tajuk "LOKMAN MAHU SAMAN SAIFUDDIN RM 500,000.99" terpampang gambar pemuda UMNO ini memasuki balai polis dengan pakaian rasmi perhimpunan 9 Julai akan datang yang tidak di kenakan sebarang tindakan atas pemaikaian mereka itu. adakah ini ADIL?

Sepekara lagi,mari kita rujuk kenyataan Menteri Dalam Negeri dalam akhbar Malaysiakini bertarikh 29 Jun atas tajuk "HISYAM: HARAM PAKAI BAJU BERSIH, BOLEH DITANGKAP." Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Jadi amatlah tidak berakhlak boleh saya katakan kepada pihak yang hanya menyerang sebelah pihak tanpa melihat pihak yang lai,n dalam masa yang sama menghukum mereka dan membebaskan yang lain.Contohnya pengikut Pakatan hanya memasuki pasar dengan pakaian Kuning telah ditangkap, tapi satu lagi pihak masuk kedalam balai polis dengan pakaian Merah PATRIOT. Sedangkan kenyataan polis mana-mana perhimpunan 9 Julai adalah HARAM.

Oleh Mohd Syuwari (tranungkite)

20 comments:
Write comments
  1. Adil, telus dan amanah. Kenapa baju merah Patriot tidak diberkas?

    ReplyDelete
  2. Ini kerana mereka yang berbaju merah tidak mengugat keamanan negara kita. Mereka menentang demi keamanan. Sedangkan BERSIH perhimpunan yang besar dan pasti akan mengudang kekecohan dan huru-hara. Itu sebab kenapa BERSIH ditentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  3. Pihak berkuasa haruslah adil bagi kes perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  4. perhimpunan tersebut dikhuatiri akan menimbulkan pelbagai masalah nanti.

    ReplyDelete
  5. polis harus bersikap adil.

    ReplyDelete
  6. Apalah akan terjadi pada 9 Julai ini?

    ReplyDelete
  7. Mungkin senario politik akan berubah kerana sentimen yang dimainkan pembangkang dapat mempengaruhi ramai orang.

    ReplyDelete
  8. Buta hati dorang tu. Kuman sana seberang boleh nampak, gajah depan mata buat macam angin sepoi2 bahasa.

    ReplyDelete
  9. Ada layanan special kot.

    ReplyDelete
  10. Janganlah bersikap berat sebelah..mana2 pihak saja pun samada dari pihak kerajaan mahupun pakatan, kalau sudah lakukan kesalahan tu wajar dikenakan tindakan juga.

    ReplyDelete
  11. memakai baju berwarna kuning merupakan haram dan akan di tangkap! undang2 mana atau akta mana memakai baju kuning haram? perhimpunan BERSIH hanya bertujuan memastikan SPR berlaku adil dan tulus dalam pilihanraya agar tidak dicemari dengan teknik kotor SPR selama ini yang memihak pada BN.Perhimpunan ini bukan menjatuhkan kerajaan, merampas kuasa atau menjatuhkan PM. Kenapa pemerintah sekarang takut dengan berbaju kuning, sehingahkan rakyat yang tidak berbuat salah ditangkap? sedangkan Perlembagaan tidak menentang perhimpunan aman. Adakah perlembagaan sedia ada sudah terkubur dan hanya undang2 berkuku besi yang terpakai?

    ReplyDelete
  12. Ini barulah... Hhmm, wahai rakyat buka mata besar2 dan nilailah sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  13. Memalukan betul oo.. Entah bagaimana hal ini boleh berlaku. kalau nak larang, larang semua sekali janganlah pula yg lain boleh, yang lain tak. huhu

    ReplyDelete
  14. kenapa perlu samakan individu yang memakai baju merah dan individu yang memakai baju kuning sedangkan matlamat mereka berhimpun tidak sama?? jika penganjur Bersih dan juga Pakatan benar2 adil, kenapa mengabaikan bantahan rakyat yang mahukan supaya demonstrasi jalanan ini dihentikan?? kasihan la dengan penyokong Bersih yang dengan rela menjadikan diri mereka sebagai perisai semata2 untuk menyediakan jalan pintas kepada pemimpin2 Pakatan bagi mendapatkan jawatan kabinet yang selama ini diidam2kan oleh mereka.

    ReplyDelete
  15. Baju kuning dengan perkataan Bersih adalah haram? Akta mana yang mengatakan itu satu kesalahan.

    ReplyDelete
  16. Apa pula baju merah? Menganas, mengugut....! Tiada tindakan terhadap mereka??

    ReplyDelete
  17. Pakai baju kuning yang bertulisan bersih cuma tanda sokong kepada bersih, sama seperti pakai baju yang ada gambar Osama,
    takkan nak tangkap.

    ReplyDelete
  18. Apakah pandangan dunia terhadap baju kuning yang diharamkan? Fikir sendiri.

    ReplyDelete
  19. Sila berlaku adil. Jika keadilan diabaikan, apa akan terjadi kepada negara? Sudah banyak contoh boleh dirujuk dari sejarah.

    ReplyDelete
  20. Setakat ini Bersih tidak pernah embuat kenyataan yang berunsur negetif.
    Lain pula puhak-pihak seperti Perkasa, sampai mereka mengugat menutup lalulintas jambatan P. Pinang. Kenapa tiada tindakan terhadap mereka??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.