Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.
"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya.
"Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor.
Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.
Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.
Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.
Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit.
Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, Azan berkata, ia tidak berasas.
Katanya, sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?.
"Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna," ujarnya.
Bagaimanapun, beliau mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah.
"Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal,"katanya.
"Soal kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,"tambahnya lagi. -tvsnews
Friday, July 15, 2011
Ura-ura Penutupan ESSO, Bukti 1M Gagal Yakinkan Pelabur Asing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap kita akan mengetahui punca mereka menarik diri daripada terus bertapak di Malaysia.
ReplyDeleteapa yang diharap Esso kekal melabur di malaysia dan kita harus tarik lebih ramai pelabur.
ReplyDeletetidak pernah dengar pun mengenai ura-ura penutupan Esso. tiba-tiba pula muncul isu ni.
ReplyDeleteTidak pernah pula saya isi minyak di Esso. Hmmm.
ReplyDeleteapa pun, harap Esso akan meneruskan operasi perdagangannya di Malaysia.
ReplyDeleteHarap kerajaan dapat tangani masalah ini dengan bijak.
ReplyDeletepasti Exxonmobil akan umumkan sebab dan masanya jika mereka benar2 menarik balik pelaburan tu.
ReplyDeleteharap tindakan mereka tidak memberi kesan yang besar kepada negara. kerajaan perlu lakukan sesuatu berhubung perkara ini.
ReplyDeletesemua itu adalah adat persaingan dalam perniagaan.. jangan la salahkan kerajaan yang telah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan.. tidak keterlaluan jika saya katakan penutupan esso ini ekoran daripada penganjuran demonstrasi jalanan baru2 ini.. disebabkan penganjuran demonstrasi ini, maka mereka rasa terancam.. semua ini adalah kejayaan penganjuran Bersih untuk menakut2kan pelabur.
ReplyDeleteApa yang akan jadi dengan ekonomi negara kita? Pelabur ingin tarik diri kerana keuntungan yang rendah. Benarkah Najib tidak dapat memimpin dengan baik? Harap Najib dapat buktikan yang beliau bukan penghancur Negara Malaysia.
ReplyDeleteEsso bukan syarikat petrol tunggal yang menarik pelaburanya dari Malaysia.
ReplyDeleteBP sudah lama meninggalkan Malaysia.
Syarikat yang tidak mendapat keuntungan di sini pasti akan meninggalkan sini. Pekara biasa.
ReplyDeleteAdakah Esso sudah membuat keputusan mutlak? Atau setakat desas-desus?
ReplyDeleteJika sukar dapat keuntungan di Malaysia, tidak hairan Esso nak tutup perniagaan runcit petrol mereka di Malaysia.
ReplyDeleteJika ini berita yang belum disahkan, baik kita tunggu dulu keputusan yang sah barulah buat rumusan.
ReplyDeleteKerajaan harus menilai kenapa Esso menarik palaburan mereka di Malaysia jika berita diatas adalah benar.
ReplyDeleteKerajaan sekarang lemah dan pertumbuhan fakta yg dikeluaan macam kurang tepat atau betul ini tidak digemari pelabur luar.
ReplyDeleteI don't think ESSO is that popular in Malaysia.
ReplyDeleteThere must be a good explanation on the sudden withdrawal.
ReplyDelete