Bukan sahaja ribuan rakyat membanjiri Kuala Lumpur kelmarin, pengguna internet juga mempunyai cara tersendiri menunjukkan bantahan mereka dengan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.Melalui laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Tun Razak berundur), sudah 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka),
Hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Sebahagian besarnya terdiri daripada penyokong BERSIH 2.0, berdasarkan lencana profil mereka.
Laman itu dimulakan pada Sabtu, hari yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0, sebagaiu landasan untuk pengguna internet menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung pencipta laman itu dipamerkan.
Penyokongnya yang rasa terkejut dengan sambutan luar biasa itu sekarang meletakkan sasaran baru untuk mencapai angka satu juta orang.
Laman itu juga memberi ilham dan merintis kepada beberapa laman lain yang menggunakan judul sama.
Ini bukan kali pertama tindakan politik menyebabkan kemarahan di alam maya. Tahun lalu pengumuman kerajaan untuk membina menara seratus tingkat juga meletus apabila mereka beranggapan tindakan itu bakal membazirkan wang rakyat.
Laman itu - "1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower" (1M rakyat Malaysia tolak menara seratus tingkat) - kini disukai 300,000 orang. -MK
Monday, July 11, 2011
Warga internet desak Najib undur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Tiada guna mendesak PM turun menerusi laman sosial seperti Facebook. Hanya ada satu cara saja, iaitu mengundi.
ReplyDeleterakyat semakin pandai meluahkan perasaan tidak puas hati mereka melalui saluran2 tertentu.
ReplyDeletetiada guna mendesak pekara seperti ini...kepimpinan sekarang ini adalah pilihan pengundi..
ReplyDeletehanya 110,192 yang mendesak Najib berundur, tapi ada jutaan rakyat lagi yang inginkan Najib terus menjadi PM.
ReplyDeleterakyat ada pilihan mereka masing-masing. apa pun, buatlah pilihan yang tepat...
ReplyDeleteJalankan kewajipan pada PRU 13 ini. Undilah mereka yang mampu membawa perubahan positif dan bukannya ikut emosi.
ReplyDeleteMacam2 cara untuk mempengaruhi rakyat. Contoh terdekat ialah melalui Facebook.
ReplyDeletehanya pilihanraya sahajalah yang boleh menentukan kedudukan Najib..jadi gunakanlah kuasa anda sebaik mungkin sebagai "pengundi bijak".
ReplyDeletetunggulah PRU nanti.. kalau betul ramai yang mahu Najib berundur, pasti BN kalah. jika tidak, maknanya semua ini hanya mainan politik pembangkang.. jangan2 yang request tu pun hanya ahli2 pakatan..
ReplyDeleteSiapa mereka itu??Mungkin juga orang Pembangkang dan juga upahan mereka.
ReplyDeletejangan lupa dunia arab bergolak sebab f/book...
ReplyDelete