Thursday, October 6, 2011

Bawa penyeksa tahanan ISA ke muka pengadilan

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Kerajaan BN digesa agar tidak menggubal akta baru yang mempunyai ciri-ciri yang bercanggah dengan prinsip keadilaan dan hak asasi manusia seperti tahan tanpa bicara, tiada semakan mahkamah dan kuasa yang melampau.

Kerajaan juga digesa membentangkan usul mansuhkan ISA di Parlimen pada sesi kali ini atau sebelum Parlimen dibubarkan untuk pilihanraya dan memansuhkan terus undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinat Darurat (EO) dan Akta Dadah Merbahaya (DDA).

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dalam desakannya turut menggesa kerajaan membebaskan semua tahanan ISA dan EO dengan serta merta atau mendakwa mereka di mahkamah terbuka.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, semua mangsa ISA perlu dibayar pampasan setara dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang telah dilalui oleh tahanan dan keluarga mereka.

Menurut beliau, semua pemuka yang terlibat dalam menyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, kerajaan, menteri berkenaan dan polis amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, bukan sekadar servis bibir.

"GMI menggesa kerajaan patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan dengan aktiviti anti pengganas dan melakar pelan jangka masa panjang untuk negara dalam membangun mekanisme untuk menangani keganasan tanpa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan.

"Kerajaan juga digesa patuh kepada piagam hak asasi manusia antarabangsa untuk menandatangani dan meratifikasi International Covenant on Civil and Political RIghts (ICCPR) dan Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (Cat)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

GMI, menurut beliau, turut menggesa pembangkang di Parlimen untuk mendesak kerajaan untuk melaksanakan kesemua tuntutan itu dalam membentangkan usul mansuhkan ISA dan EO dan seterusnya memansuhkan akta tersebut.

Kesemua gesaan itu terkandung dalam memorandum GMI yang diserahkan oleh beliau kepada Perdana Menteri di bangunan Parlimen hari ini.

Memorandum tersebut turut diserahkan oleh beliau kepada Ketua Pembangkang yang diterima oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi pihak Ketua Pembangkang.

Dalam memorandum tersebut, beliau antara lain berkata, GMI yang dianggotai lebih 80 NGO menyambut baik perkembangan dalam Kerajaan BN seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA dan E0.

"Kami berpendapat ini sebagai kejayaan di atas kesedaran dan desakan rakyat serta usaha mangsa dan keluarga tahanan ISA sendiri yang berterusan membela diri mereka, walaupun berdepan dengan cabaran dan ancaman kerajaan dan polis yang mempertahankan kezaliman ISA," katanya. -hd

15 comments:
Write comments
  1. Tahanan tanpa bicara sememangya tidak adil dan tidak menghormati hak asasi kemanusiaan.

    ReplyDelete
  2. Semoga ISA ini akan dimansuhkan dan tiada akta baru yang akan menggantikannya.

    ReplyDelete
  3. pasti ada akta baru yang akan digubal jika ISA dimansuhkan tetapi biarlah akta tersebut tidak menggunakan elemen2 yang terdapat dalam ISA seperti penahanan tanpa bicara.

    ReplyDelete
  4. Akta Dadah Merbahaya ni perlukah dimansuhkan?

    ReplyDelete
  5. Mereka semua ditahan ketika ISA belum dimasuhkan. Apabila ISA dimansuhkan, adakah relevan untuk membayar pampasan?

    ReplyDelete
  6. Yang penting lepas ini tidak ada lagi akta yang ala-ala ISA.

    ReplyDelete
  7. langkah memansuhkan ISA memang wajar dan sesuai dengan keperluan.

    ReplyDelete
  8. kira bgs sudah ISA dah dimansuhkan, mcm2 lagi permintaan mereka.

    ReplyDelete
  9. pemansuhan ISA diterima baik oleh kebanyakan pihak..

    ReplyDelete
  10. akta dadah tu tak perlulah nak dimansuhkan, ia akta untuk membanteras pengedaran dadah.

    ReplyDelete
  11. Sudah2 la ba tu. Mahu apa lagi. Kena kasi mansuh sudah pun juga tu.

    ReplyDelete
  12. Dakwa mereka yang terlibat!Pertama sekali TUKANG SIKSA ISA di hadapkan ke muka pengadilan!

    ReplyDelete
  13. ba kasi mansuh la ba semua undang2 di Malaysia.. biar Malaysia satu2nya negara yang tidak mempunyai undang2..

    ReplyDelete
  14. Kita tunggu saja perkara selanjutnya.

    ReplyDelete
  15. Itu yang perlu, jika ISA dimansuhkan maka tahanan juga perlulah dilepaskan dan dibebaskan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.