Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba tetek rakan  sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi  bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan  Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.
Dan amat malang dan lucu sekali,  apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita  pembohongan tersebut.Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya  dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi  seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr!
Beriya-iya  benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut  seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini .
Saya  tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan  lain tentu boleh tolong komfomkan nanti. Tetapi gambar budak perempuan  tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah:
kaitan degn isu tersebut. Klik sini
Kantoi  blogger pencacai Umno! Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek  mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan  yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu!
Kita  minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata,  "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM  !" supaya membuktikan kata-katanya itu. Nampak sangat gerombolan  pencacai Umno ini munafiq! -al-husseyn
Ketua  Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog  pro-Umno yang  cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret  kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang “keji serta  tidak bertamadun”.
Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut  bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan  perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik  "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.
“Dalam  zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar,  terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap  hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional,” kata Lim.
Beliau  juga mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan  artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib  ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua  Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.
Khairy yang juga ahli parlimen  Rembau, sebelum itu telah menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia  roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”
"Saya  berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh  melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya  sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama  itu," kata Lim.
"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa  tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami daripada apa-apa  ancaman. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan  memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada  dilakukan sebegitu kejam”.
Lim berkata jika seteru politiknya  mahu ‘menghabiskan’ kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap  dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.
Katanya,  ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah  tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi  membalas perbuatan itu.
“Anak saya resah gelisah dan mengalami  trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari.  Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan  blogger Umno yang bersifat binatang ini,”  kata Lim dengan kesal.
Jelasnya,  anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti  yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang  lebih panjang.
Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.
“Anak  saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah  Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya  bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat  memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.
“Apabila  dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal  penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.
“Anak  saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya  dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan  terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee,” katanya. -mk
Wednesday, October 19, 2011
Fitnah Blogger Umno Terdedah Luas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




ini permainan biasa UMNO sejak 'menjajah' sabah/malaysia. ttp malangnya ramai org 'buta' - kuman di seberang lautan nampak ttp tahi mata di depan biji mata x nampak...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!
Perbuatan fitnah ini tidak patut diteruskan. Ini memang memalukan negara.
ReplyDeleteKalau mahu berpolitik, fokus pada isu negara dan bukan menyerang peribadi pihak lain. Ini perbuatan yang sangat melampau dan kebudakan.
ReplyDeletenampak bodoh sangatla buat fitnah
ReplyDeleteRupanya gambar budak perempuan itu adalah pemenang chess yang berasal dari HongKong!
ReplyDeleteIni terang2 sudah memfitnah ni? hey2 apalah nak jadi dengan rakyat Malaysia...
ReplyDeletewalaupun sya bukan penyokong Guan eng, tapi tak patut melibatkan hal2 peribadi dalam politik.
ReplyDeletekalau semua ini pembohongan, kenapa tidak saman saja bloger yang buat cerita ini?
ReplyDeleteBangang tahap apa mahu fitnah sampai macam tu sekali?
ReplyDeletepandai sangatlah blogger2 ni membuat cerita tapi malangnya tidak menjadi..
ReplyDeleteOnly uncivilized people have time to do such things: spreading rumours and provocations. Duh~
ReplyDeletesekarang ni perkara yang mengaibkan menjadi senjata politik ahli2 politik.
ReplyDeletekasi saman malu ba.
ReplyDeletesetiap pekara yang ingin disampaikan perlulah maklumat yang benar..
ReplyDeletePolitik tidak perlu dibawa dengan keluarga.
ReplyDeleteBetul..Teruskan menyaman kalau tidak benar. Jangan tunggu lama lagi. Kalau maklumat yang diberikan palsu maka tidak salah kita menegakkan keadilan.
ReplyDeleteBloger UMNO sunggu hina dan pemfitnah sama juga macam UMNO like father like son.
ReplyDeletegambar perempaun tue x penting cuma skang anak Guan Eng kene tampil dan menyatakan samada dia buat atau tidak
ReplyDeleteUMNO dan fitnah macam dah dalam darah daging mereka.Lady tu dah buat statement xkenal pun dgn anak lelaki KM PP.Orang BUDUS saja yang percaya berita fitnah ni yg di sebarkan oleh Frogger Umno,
ReplyDeletePemimpin Zalim...Kita Tukar 2012...Free Sabah
perempuan tu bukan ada di negara ini pun, sttment mcmana yg 'pemerhati' mau dengar drpd anak LGE? hikayat pak pandir?????????
ReplyDeleteSebaiknya jika Guan Eng betul-betul menafikan kenyataan ini. Terus bawa kes ke mahkamah dan saman orang itu. Kalau Guan beranilah..
ReplyDelete