Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.
Jelas Hadi (gambar), PAS telah melaksanakan kewajiban untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam dengan menggubal Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 walaupun ia tidak dapat dikuatkuasakan.
“Kita telah tunaikan tanggungjawab kita di negeri, rakan-rakan bukan Islam tidak bersetuju, itu hak mereka... kita tak boleh halang.
“Orang Islam mempunyai tanggungjawab, jika ada masalah semua pihak perlu selesaikan masalah dan PAS sedia untuk selesaikan masalah ini,” kata beliau pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.
Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Kata Mursyidul Am PAS ini, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.
Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.
Walaupun agak sukar untuk dilaksanakan, namun Nik Aziz masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, undang-undang jenayah syariah perlu dilaksanakan kerana ia adalah tuntutan agama dan bukan kehendak PAS.
“Ini tanggungjawab Islam, bukan PAS... ini tanggungjawab orang Islam seluruhnya. Ini adalah undang-undang Allah.
“Jadi tanggungjawab PAS ialah kita bersedia untuk berbincang secara ilmiah dengan semua pihak bukan polemik Utusan Malaysia yang bebal,” katanya.
Hadi turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak tertentu yang cuba mempermainkan ajaran Islam.
“Mereka permainkan hukum Allah, mempermainkan hukum Allah boleh jadi murtad. Orang Islam tidak boleh main-main dan PAS tidak akan bermain-main dalam hal ini.
“Kita telah tunaikan kewajiban dan tanggungjawab kita walaupun ada yang kata kita main-main, Islam tidak pisahkan politik dan agama kerana politik bukan main-main tapi sungguh-sungguh,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian parti itu untuk menolak hukum hudud.
“Pendirian DAP jelas, kita tidak setuju dengan hudud, Umno pun tidak bersetuju... DAP tidak setuju, Umno juga tidak setuju tapi itu tidak bermakna kami tidak bekerjasama.
“Hudud kita tidak setuju tapi kita banyak persamaan dengan PAS, kita menentang perkara yang kita tidak bersetuju tapi kita setuju banyak perkara lain,” katanya. -TMI
Sunday, October 2, 2011
PAS Bertanggungjawab Laksana Hudud, DAP Berhak Bantah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
trpulang pada PAS nak laksanakan hudud atau tidak.
ReplyDeletePKR juga menolak kemungkinan melaksanakan hukum Hudud ini.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat, Hudud ini hanya akan dilaksanakan jika PAS menang PRU nanti. Biar rakyat yang menentukannya.
ReplyDeletemasing-masing pun ada pendirian mereka sendiri dalam hal ini.
ReplyDeletePenubuhan negara Islam yang macama mana PAS nak buat? Bagaimana dengan mereka yang berlainan agama? Adakah PAS mampu tawan hati apara pengundi?
ReplyDeleteJangan mempolitikkan agama.
ReplyDelete3 hari yang lalu kata tidak akan melaksanakan hukum hudud sebab ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan Buku Jingga. sekarang macam PAS mahu juga laksanakan hukum ni.
ReplyDeletekalau memang tiada persetujuan lebih baik jangan laksanakan.
ReplyDeleteapa gunanya duduk dibawah payung yang sama jika tidak boleh duduk berbincang.. adakah PAS pembuat keputusan utama dalam Pakatan? dan tiada siapa berhak menghalang?
ReplyDeleteAnwar sendiri belum bersedia untuk hukum Hudud. Jadi apatah lagi parti bukan islam seperti DAP sudah pasti setuju dengan Anwar.
ReplyDeleteTidak ada larangan untuk bersuara. Tapi PAS baru-baru ini menegur DAP yang membantah hukum Hudud ini.
ReplyDeleteMASALAHNYA MENGAPA TAKUT SANGAT DENGAN HUKUM HUDUD?
ReplyDelete