Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu  bernilai RM1 juta.
Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan  sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan  rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.Lawatan  itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan  Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga  digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.
Menteri  Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika  menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.
Chua  mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke  Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.
Dalam  jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke  Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden  negara itu.
Tian: PM perlu jelaskan
Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.
Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos ingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.Bagaimanapun,  tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar  Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di  sana.
Sementara itu, bercakap dalam sidang media selepas itu, Tian (kanan) berkata, kerajaan perlu menjelaskan perbelanjaannya ke Kazakhstan kerana jumlah itu terlalu besar untuk satu kunjungan.
"Bagaimana kita boleh guna perbelanjaan begitu besar untuk satu kunjungan saja?" soalnya.
Tian juga berkata perdana menteri juga "melawat presiden dan juga besan anak perdana menteri sendiri."
"Ini adalah perbelanjaan besar yang kita perlukan penjelasan daripada pemerintah," katanya. -MK
Tuesday, October 11, 2011
RM1 juta : Mahalnya Lawatan PM ke Kazakhstan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Memang mewah dan mahal lawatan PM dan rombongannya. Perlukah begitu banyak orang ikut sekali?
ReplyDeleteHarap penjelas diberikan mengenai perbelanjaan untuk lawatan ke Kazakhstan ini.
ReplyDeletepenjelasan perlu diberikan, perbelanjaan 1 juta adalah terlalu tinggi.
ReplyDelete'menyelam sambil minum air.'
ReplyDeleteperbelanjaan yang cukup besar dan pastinya sudah dapat membantu rakyat2 yang miskin dan hidup merempat.
ReplyDeletesebaiknya penjelasan diberikan mengenai pekara ini..
ReplyDeleteselain itu jangan tengok yang negatif saja.. perlu dilihat juga berapa banyak pelaburan yang masuk ke Malaysia hasil daripada lawatan tersebut....
ReplyDeleteKenapa boleh sampai RM 1 juta? Orang lain ambil masa yang lama untuk kumpul duit sebanyak itu. Tapi RM 1 juta boleh habis untuk 2 hari saja? Wow!
ReplyDeleteSaya harap ada alasan yang munasabah untuk perbelanjaan ini.
ReplyDeleteklu org UMNO/BN, x salah bah ini kan? SOP mcm biasa la...
ReplyDelete"...5 dokumen ditandatangani..." - klu dokumen MOU utk kerjasama dlm sesuatu bidang, belum tentu ditransformasikan dlm bentuk pelaburan. kita x tahu apa sebenarnya dokumen tersebut n oleh itu, jgn terlampau cepat 1Malaysia-RM rakyat duluan utk disonglap oleh najib...tahniah UMNO/BN!!!
ReplyDeletejelaskan saja la.. nanti bila giliran pembangkang mentadbir negara, minta mereka pula jelaskan setiap butir perbelanjaan ketika mereka berada diluar negara..
ReplyDelete1 penjelasan yg simple - MACC tiada biji klu subjek ialah UMNO!!!
ReplyDeletePAsti jika berkaitan dengan lawatan PM akan memakan jumlah kos yang tinggi? Apa sebab dan alasan PM untuk perbelanjaan mencecah sehingga 1juta.
ReplyDeletePM perlulah menjaga kewangan negara dengan sebaiknya. Rakyat yang terbeban jika Najib berterusan begini. Tengok sendiri, subsidi minyak dikurangkan, lepas itu TNB naikkan tarif elektrik, Telko lagi cuba untuk memberikan cukai kepada rakyat, Astro dan sekarang TM mahu mengenakan cukai kepada pengguna untuk Unifi dan StreamyX..
ReplyDelete