Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.
Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.
"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.
"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.
Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.
Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.
Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.
Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.
Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan. -GB
Tuesday, October 4, 2011
Rupanya Cincin RM24 Juta Wujud
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wah cincin itu cuma bersiar-siar di Malaysia. Cuti cuti Malaysia katakan.
ReplyDeleteJika cincin ini tidak wujud, dari mana angin itu ditiup?
ReplyDeleteHarap pengurusan kewangan negara kita akan dikawal ketat.
ReplyDeleteRosmah salah satu punca rakyat tak suka Najib. Betulkah?
ReplyDeleteKalau tak wujud, macam mana isu ini boleh timbul? Siap ada bukti lagi. Apa lagi yang mahu disembunyikan?
ReplyDeletesusah juga jadi orang yang terkenal ni. apa yang dibeli pun semua orang nak ambil tahu.
ReplyDeletemungkin isu cincin ni salah satu senjata untuk menjatuhkan imej Rosmah dan sudah pasti memburukkan lagi populariti PM.
ReplyDeletecincin tersebut memang wujud tapi tiada pembelian dibuat terhadapnya.
ReplyDeletecincin ini telah menjadi isu..apa pun penjelasan sudah pun dibuat..
ReplyDeletecincin itu hnya dipamerkan sementara sahaja..
ReplyDeleteknp cincin tersebut berada di malaysia bbrp hari tanpa sbb? nazri: klu mau tembirang pun cun sikit la, itu budak tadika pun senang detect.
ReplyDeleteJatuhnya PAK LAH kerana KJ.... Tersungkurnya NAJIB kerana ROSMAH...
ReplyDeleteKami hanyalah rakyat biasa yang dahagakan keamanan dan kemakmuran serta kesenangan ke atas keringat yang kami curahkan...
Jika keringat diperah untuk kepentingan individu tertentu... kami tidak akan berdiam diri... Sudahlah memperbodohkan kami (walaupun nampak kebodohan org yang cerdik pandai itu)... Tunggu dan lihat...
rupanya cincin rm24 juta itu sudahpun dikembalikan kepada syarikat empunya cincin itu.. ingatkan di jari Rosmah..
ReplyDeletebaguslah kalau Rosmah tidak mahu melayannya kalau tidak benar buat apa kita mahu peduli.
ReplyDeleteItu cuma mainan politik semata-mata. Tapi kebenaran masih tidak ada dalam dakwaan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin. Mungkin maklumat yang diberikan kepada badrul adalah palsu oleh pengitip sendiri. Jadi janganlah mahu membuat kenyataan yang tanpa ada fakta kukuh.
ReplyDelete