Seorang ahli DAP mempelawa secara terbuka dua ulama mesra UMNO berdebat tentang isu haram menyokong DAP.
Malah, ahli DAP tersebut turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka yang menjadi sandaran UMNO.
Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus, yang juga pengerusi cawangan, mencabar ulama mesra UMNO Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan) berdebat mengenai status umat Islam yang dianggap berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Syed Araniri melalui sepucuk surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 berkata insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.
“Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.
“Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana-mana saja saudara inginkan dalam tempoh 14 hari,” ujar pemimpin DAP tersebut yang dipetik daripada Facebook.
Saturday, March 30, 2013
Ahli DAP Cabar Ulama Mesra UMNO Debat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yg tinggal dlm umno sekarang ni ,bodo2 belaka- kata mahathir
ReplyDeleteAlhamdulillah ada juga ulama 'mesra pembangkang' juga pembangkang yang berani dan ada dot dot dot mencabar kemunafikkan ulamak-ulamak mesra umno-apco mencari kebenaran,dari menyeleweng dan memutar agenda islam ikut acuan sang penyangak/penyamun tarbus yang mengelirukan umat islam juga rakyat Malaysia ! ABU !
ReplyDeleteencik abdullah samaah dah abis kah peruntukan 2 juta yang hang dapat .tengok cermin dan berkutbah lah depan cermin jgn asik nak membodek aja ingat hang da tua.kubur kata mari rumah kata pegi.ingat ajal tak akan menunggu taubat kita
ReplyDeleteUmat Islam di negara ini hendaklah bersatu demi kepentingan agama Islam walaupun mereka berbeza pendapat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteBeliau berkata kepentingan umat Islam perlu dipertahan di negara ini.
ReplyDelete“Walaupun kita ada perbezaan pendapat, tapi kita carilah cara untuk penyelesaian dan janganlah sampai kita merosakkan kepentingan Islam dan masa depan negara,” katanya
ReplyDeleteNajib berkata kerajaan akan sentiasa membantu pergerakan dakwah di negara ini dengan apa sahaja cara yang boleh dilakukan bagi mempertingkat syiar Islam.
ReplyDelete“Sebab itu, dalam apa jua keadaan, agama Islam mesti kita pertahankan, syariat Islam, kalimah Allah kita sucikan kerana inilah tanggungjawab kerajaan yang memperjuangkan syiar Islam,” kata beliau.
ReplyDelete