Sunday, March 31, 2013

BN perlu baiki diri, jadi pembangkang

BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu. Dalam hati saya “at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament”. Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.

Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat ‘press conference’ untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.

Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari UMNO memberitahu saya, “jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah. Selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu” dalam mood menyindir.

Saya selalu menulis tentang isu ini dalam penulisan saya sejak setahun yang lalu. BN sesungguhnya mempunyai masalah pembahagian kerusi. MCA terlalu meminta-minta kerusi yang lebih sedangkan parti itu tidak mendapat sokongan lagi. UMNO sebenarnya sudah menganggap MCA ini sebagai ‘baggage’ yang besar dan tidak boleh mendapat kerusi yang terlalu banyak. Malahan mengikut pandangan ramai ahli-ahli UMNO sendiri berpendapat membawa MCA bersama merupakan satu beban yang besar.

UMNO sendiri sudah tidak berdaya menanggung bebannya sendiri, tetapi ditambah pula dengan bebanan yang diberikan lagi oleh MCA dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam BN itu. Itu masalah ‘inter-party’. Bagaimana pula dengan masalah ‘intra-party’ dalam UMNO dan MCA itu sendiri? Apa yang saya jangkakan dahulu sudah terbit buktinya. Dulu saya selalu mengatakan kalau hendak tengok macam mana seriusnya perpecahan dalam UMNO itu.

Saya telah memberitahu yang sejurus sahaja nama-nama calon diumumkan UMNO akan berpecah lagi. Sabotaj terhadap parti oleh ahli-ahli dan pekerja pilihanraya mereka sendiri akan memainkan peranan untuk menjatuhkan calon parti mereka. Mensabotaj parti itu merupakan budaya yang tegar dalam UMNO sejak sepuluh tahun dahulu sekurang-kurangnya. Kalau apa yang saya katakan ini tidak benar, masakan Dr Mahathir telah memanggil pimpinan peringkat bahagian seluruh negara datang secara bergilir-gilir untuk mengangkat sumpah tidak mensabotaj parti dalam pilihanraya kali ini.

Apa semuanya ini? Kalau terpaksa mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir yang mereka tidak akan sabotaj parti, itu menunjukkan yang UMNO sudah pada hakikatnya sudah mati keseluruhan semangatnya. Jika UMNO menghadapi masalah di kalangan ahli-ahlinya sendiri, bagaimana parti ini diberikan mandat pula? Jangan sekali-kali memberikan sokongan kepada parti yang bermasalah kerana mereka tidak akan mentadbir dengan betul jika mendapat mandat nanti.

Isu pemilihan calon masih tidak dapat diselesaikan bagi setengah kawasan yang di wakili oleh UMNO dalam pilihanraya ini. Sedangkan masalah UMNO di Perlis, negeri yang terkecil dalam negara itu pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana hendak menyelesaikan masalah UMNO di seluruh negara? Selagi pimpinan UMNO takut kepada ‘war lords’ yang sedang mengambil kesempatan semasa UMNO dalam krisis ini, masalah tidak akan selesai walaupun pilihanraya sudah di umumkan.

Blog ini selalu menasihatkan agar UMNO menumpukan terhadap masalah dalaman mereka sendiri daripada menumpukan tenaga untuk ‘mengerjakan’ pihak pembangkang. Masalah dalam pembangkang tidak menghadapi banyak masalah seperti yang dihadapi oleh UMNO. Lim Kit Siang hendak berpindah ke Gelang Patah dalam pilihanraya kali ini tidak menghadapi masalah.

Penghijrahan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS ke Johor itu menunjukkan yang pemimpin pembangkang berani menghadap risiko semata-mata untuk mementingkan demokrasi untuk kebaikan rakyat dan negara. Menang kalah bukan ‘ultimate’bagi pemimpin-pemimpin ini. Yang terpenting ialah untuk mendidik rakyat untuk melangsungkan demokrasi dengan sepenuhnya. Salahuddin Ayub sanggup meninggalkan kawasan selamat di Kelantan untuk memperjuangkan semangat demokrasi itu.

Kalau dahulu pemimpin-pemimpin dari negeri lain berhijrah ke Kelantan tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin dari Kelantan pula yang kembali ke Johor untuk meningkatkan perjuangan seperti juga yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. PAS dan DAP adalah parti yang hidup dan berkesan. Di sebaliknya UMNO menghadapi masalah-masalah yang masih tidak selesai kerana kali ini merupakan krisis keyakinan yang paling besar mereka hadapi dalam sejarah kemerdekaan negara.

Kedua-dua parti ini telah mengalami puluhan tahun zaman susah mereka kerana tekanan parti pemerintah. Sekarang ini PAS dan DAP sedang menghadapi zaman mudahnya untuk mendekati rakyat dengan lebih hampir lagi. Hanya media perdana sahaja yang belum lagi membuat perubahan untuk lebih terbuka dalam menghadapi demokrasi yang kian hari kian menjadi tuntutan rakyat. PAS dan DAP sedang mengecapi apa yang di sebut dalam peribahasa, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Walau bagaimana pun kehendak rakyat kali ini adalah ‘predictable’. Sama ada Parlimen dibubarkan besok atau penghujung bulan April nanti keputusannya tetap sama. Rakyat mahukan perubahan dan mahukan kerajaan yang baru. Tindakan untuk melakukan perubahan ini, bukannya satu jenayah.

Dalam pada itu UMNO juga boleh mencuba untuk melakukan perubahan tetapi semasa mereka berada di luar kerajaan. UMNO akan merasakan nikmat menjadi pembangkang kerana semasa menjadi pembangkang parti itu akan berkesempatan untuk meningkat jati diri mereka dan menjadi parti yang mempunyai perjuangan yang betul.

PAS dan DAP mengalami berada di luar kerajaan puluhan tahun lamanya. Itulah sebabnya parti-parti itu lebih mantap dari segi perjuangan mereka.

UMNO akan tetap menjadi parti yang lebih baik jika parti itu melalui proses memperbaiki diri dengan berada di luar kerajaan buat satu atau lebih baik dua penggal pilihanraya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

34 comments:
Write comments
  1. MCA dan MIC sebenarnya LIABILITI kpd UMNO dlm BN di mana kedua2 parti itu tidak ada sokongn malah mngharap pulak kerusi melayu utk dihadiahkn pd mereka trutama MIC. Parti2 lain yg ada dlm BN semua serpihan yg tidak bermaya utk bernyawa dlm politik kecuali parti2 politik dr Sarwak. Sebab itu Srawak adalah fix deposit bg BN termasuk Sabah wlau cuaca di Sabah suda mendung bg BN dgn laungan INI KALI LAAHHH. Launag itu amat sukar diterima oleh UMNO. Parti2 kecil dlm BN dr Semenanjung dilihat tidak prospektus dan masa depan apa lagi nilai tambah. Out !!

    ReplyDelete
  2. Pendapat yg bernas n boleh dijadikan panduan utk semua...kebenaran adalah pahit bg pihak yg x menyukai kerana kesalahan yg telah dilakukan sejak dulu lg menjadi barah yg semakin parah

    ReplyDelete
  3. Sekiranya dalam PRU13 Pas memperolehi 54 kerusi dan UMNO mendapat 42 kerusi dan sekiranya PKR bergabung dengan DAP MCA MIC dan menolak PAS, maka kedua dua parti orang Melayu ini akan menjadi pembangkang yang kuat. Persoalannya adakah Islam dan nasib orang Melayu akan terbela nanti? Moral of the story is that UMNO seharusnya merubah perjuangnya kelandasan Islam agar perjuangan Melayunya selaras dengan kehendak Islam. Saya rasa tidak ada ruginya untuk berbuat demikian kerana Melayu itu adalah sinonim dengan Islam.

    ReplyDelete
  4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin Barisan Nasional (BN) mampu menguasai semula beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 ini.

    ReplyDelete
  5. Katanya, keyakinan itu berdasarkan tindak balas positif rakyat terhadap kesemua program transformasi negara selain mereka mula menyedari kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat.

    ReplyDelete
  6. “Kita harap pengundi di Pulau Pinang sudah tahu tentang keikhlasan kerajaan pusat. Kita masih meneruskan pelbagai projek pembangunan di negeri ini sungguhpun diperintah pembangkang.

    ReplyDelete
  7. “Kita tidak anaktirikan negeri ini. Kita yakin sebahagian dari penduduk Pulau Pinang mula sedar tentang kelebihan kita mempunyai kerajaan yang sama di peringkat pusat dan negeri…sebab penyelarasan semakin berkesan, lebih mudah melaksanakan dasar-dasar yang baik,” katanya

    ReplyDelete
  8. Beliau mengulas kenyataan pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang mengulangi keyakinannya bahawa pembangkang dapat menawan antara tujuh dan lapan negeri termasuk Negeri Sembilan, Perlis dan Johor pada pilihan raya umum kali ini.

    ReplyDelete
  9. Mengulas kenyataan itu, Nor Mohamed berkata: “Kita tak boleh haling orang yang ada cita-cita. Tapi dari segi politik yang realistik saya yakin kita (BN) dapat menang, bukan saja Putrajaya malah dapat balik negeri-negeri yang kita kalah pada 2008.”

    ReplyDelete
  10. Sementara itu, mengulas mengenai sepanduk yang tidak mahu beliau bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata perkara itu tidak memberi kesan kepadanya dan ia tidak seharusnya menjadi isu.

    ReplyDelete
  11. “Mereka ni nak keluarkan sepanduk tak apa la. Kita tak rasa apa-apa. Kita pun tahu mereka dan mereka juga tahu yang kita tahu. Tak jadi isu langsung, pihak yang buat tu pun tak ada pengaruh…(perkara itu) cuma ‘mosquito bite’ (seperti gigitan nyamuk) saja la,” katanya.

    ReplyDelete
  12. Beliau berkata tindakan itu jelas menunjukkan satu amalan yang tidak sihat dan ia juga menggambarkan sikap tidak hormat kepada Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  13. Ditanya sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor, Nor Mohamed berkata: “Bagi saya siapa yang akan bertanding itu akan ditetapkan oleh perdana menteri. Mungkin bukan saya, mungkin orang lain. Saya terima keputusan perdana menteri dan jika beliau pilih siapa pun saya akan sokong 100 peratus.”

    ReplyDelete
  14. Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, Barisan Nasional (BN) adalah pilihan terbaik untuk rakyat Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  15. Sambil membayangkan bahawa bahang pilihan raya umum semakin dekat beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, kepentingan dan keselamatan rakyat di negeri ini akan lebih terjamin dan terpelihara di bawah pemerintahan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  16. Tidak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya umum, saya yakin rakyat di seluruh Sabah bijak menilai mana kerajaan dan pemimpin yang prihatin dan baik hati kepada rakyat.

    ReplyDelete
  17. “Oleh itu apabila tiba pilihan raya jangan lupa pangkah calon Barisan Nasional, kerana hanya kerajaan BN yang mampu membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  18. LET'S GET IT!!! BACE JANGAN TAK BACE

    You may write me down in history
    With your bitter, twisted lies,
    You may trod me in the very dirt
    But still, like dust, I’ll rise.

    Does my sassiness upset you?
    Why are you beset with gloom?
    ‘Cause I walk like I’ve got oil wells
    Pumping in my living room.

    Just like moons and like suns,
    With the certainty of tides,
    Just like hopes springing high,
    Still I’ll rise.

    Did you want to see me broken?
    Bowed head and lowered eyes?
    Shoulders falling down like teardrops.
    Weakened by my soulful cries.

    Does my haughtiness offend you?
    Don’t you take it awful hard
    ‘Cause I laugh like I’ve got gold mines
    Diggin’ in my own back yard.

    You may shoot me with your words,
    You may cut me with your eyes,
    You may kill me with your hatefulness,
    But still, like air, I’ll rise.

    ReplyDelete
  19. LET'S GET IT!!! BACE JANGAN TAK BACE!

    Although Angelou wrote this in the context of her protest against White racism, it is almost as if a large portion of this poem was written with Musa Aman in mind. In the recent decade, there has been continuous allegations and abuses hurled at him.
    No invective has been left unused while abusing him. The Pakatan Rakyat and its major and minor cohorts in the media have carefully indulged in a systematic campaign of Musa’s character assassination. Despite this, their efforts have gone in vain because he’s won election after election with a two-thirds majority.
    That’s not all. In the ensuing 2013 13th general elections, there’s every indication that he is likely to be the Barisan National Sabah’s Chief Ministerial candidate again.

    If that happens and UMNO declares Musa Aman as their Chief Ministerial candidate, let no doubt remain that this poses the biggest danger to Pakatan Rakyat, SAPP and Star Sabah. And it is to prevent this exact situation that the fragmented Sabah opposition is working overtime.
    The Assembly Elections scheduled from anytime now till May 2013 will witness yet another victorious Musa Aman. It takes 31 seats to capture the 60-member Sabah State Assembly.
    However, if the Barisan National under Musa Aman manages to garner a tally 35, it will be portrayed as a defeat of Musa Aman. This is why the fragmented Sabah Opposition is willing to stoop down to any level to ensure that the Barisan National bags a figure under 35.
    The electronic media as usual, has become a willing handmaiden to aid the Pakatan Rakyat, SAPP and Sabah Star in its every nefarious move. However, this time around, many have already begun to shed light on these dirty tricks.

    ReplyDelete
  20. LET'S GET IT!!! BACE JANGAN TAK BACE!

    According to a Pakatan Rakyat strategist, PKR has identified two ways to accomplish this. The first is the one it implemented in Selangor and Sabah. In Selangor, the Pakatan Rakyat capitalized on the Umno’s infighting and its in-house traitors thereby wrecking the opposition Barisan National.
    In Sabah, it has already yoked up the disgruntled Umno elements in the form of Lajim Ukin and Ibrahim Menudin, and has pitted them against Musa Aman. The second way is vile way of direct, open character assassination. But why is the Pakatan Rakyat after Musa Aman with such zeal? What is it about him that’s giving it sleepless nights?

    Today, the only state which stands between Anwar Ibrahim and the Prime Minister’s chair is Sabah. Obviously, What is stopping Anwar Ibrahim from becoming Prime Minister is Musa Aman. Anwar Ibrahim needs at least 20 Parliamentary seats out of the 25 Parliamentary seats from Sabah for his dream to become Prime Minister to become a reality.
    Musa Aman controls the bulk of the Parliamentary seats in Sabah. The argument that Musa Aman allows for corruption is shallow and the opposition front is very aware of this fact. Historically, corruption in Malaysia has always been connected to both government and opposition, who are both equally corrupted, a fact that the opposition front is well-acquainted with.
    However, they repeatedly uses the corruption card for obvious reasons. In the present day, using the same card to discredit Musa Aman has become over played, and if we allow such divisive politics to succeed, we can only shudder at the future of this nation.

    ReplyDelete
  21. LET'S GET IT!!! BACE JANGAN TAK BACE!

    The fact is that despite numerous attempts over the last 10 years, the opposition front has been unable to find even one flaw in Musa Aman. Why?

    Well typically, every successful politician or leader or public figure has a team or at least one shrewd adviser who guides and advises the leader on various matters. Tun Mustaffa had a Syed Kecik, Pairin Kitingan had a Dr Jefrey Kitingan before he went under ISA, Dr Mahathir had Daim Zainuddin and Abdullah Badawi aka Pak Lah had son-in-law Khairy Jamaludin, and so on.
    In present day politics, this applies to a Lim Guan Eng who had Daddy Lim Kit Siang and Uncle Karpal Singh, Tan Sri Khalid Ibrahim who had Anwar Ibrahim, Taib Mahmud who had a Bomoh, Anwar Ibrahim who had Azmin Ali, Najib Tun Razak had Rosmah Mansor.
    None of these leaders took any decision without first consulting their advisers and every decision once taken, has the imprint of their adviser in some form or the other.

    If this is the case—an age-old precedent—who is this one person who advises and guides Musa Aman?

    There’s no answer to this question because Musa Aman is his own King and wise counsel. Historically, the opposition front is known to “book” such advisers and exploit the weakness of the adversary through this key person. However, despite painstaking efforts spanning a decade, the opposition front encountered a solid wall in the case of Musa Aman because—apart from having no adviser, he is clean.
    Of late, the opposition front has explored the avenue of trying to tarnish him through his family and distance relatives—for example, a distance relative Manuel Amalilo aka Mohammad Suffian Syed who scammed 15,000 Filipinos of 12 billion pesos (RM895 million) in a ponzi scheme in Philippines is purportedly engineered by Musa Aman.
    However, even this turned out to be a dead end. The handlers and the dirty tricks department of the opposition front apparently found out that Musa Aman isn’t in politics for selfish ends, and was forced to accept the fact that Musa Aman’s interest lay in Sabah’s interest. It’s left to our imagination as to the future of Sabah if a man like this becomes Chief Minister again for the 4th term.

    This is the reason Musa Aman has captured the imagination of the Sabah masses.

    ReplyDelete
  22. LET'S GET IT!!! BACE JANGAN TAK BACE!

    He comes across as an introvert. It’s hard to predict when he speaks or when he doesn’t. By himself, he’s a great strategist. In the 2008 Sabah assembly polls, he steered the Barisan National to more than two-thirds majority winning 59 of the 60 seats contested, without calling in any central leader from the party to the campaign trail.
    This is because of the confidence that comes from demonstrating performance and delivering clean governance. Thus, it’s clear that he’s the only leader in Malaysia who can mount an effective opposition to Anwar Ibrahim becoming Prime Minister.
    One of the easiest slurs to assassinate the character of a person is to brand him corrupt and a womanizer. So the Chinaman Micheal Chia’s story will be recycled over and over again stooping to a new low. And that’s not all—according to Pakatan strategist, the Pakatan Rakyat is pulling no stops. It has created an entire “stop-Musa” machinery by roping in all sorts of activists, media persons, and disgruntled UMNO Sabah elements.
    Yet, as Maya Angelou says:

    Just like moons and like suns,
    With the certainty of tides,
    Just like hopes springing high,
    Still I’ll rise. You may shoot me with your words,
    You may cut me with your eyes,
    You may kill me with your hatefulness,
    But still, like air, I’ll rise.

    Let Musa Aman rise, vanquish his opponents and lead Sabah towards progress and prosperity.

    ReplyDelete
  23. Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

    ReplyDelete
  24. Statistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan.

    BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.

    ReplyDelete
  25. Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  26. Keyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.Sikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.

    ReplyDelete
  27. Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.

    ReplyDelete
  28. Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  29. Boleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.

    Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.

    Begitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M, KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan - Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.

    ReplyDelete
  30. BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan - ekonomi, politik dan sosial - daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.

    ReplyDelete
  31. Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  32. Pembangkang ada agenda sendiri, yang pasti bukan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  33. Kerajaan BN telah berjaya menaikkan nama Negara dan ekonomi juga semakin stabil.

    ReplyDelete
  34. Rakyat yakin dengan kerajaan BN selama menjadi kerajaan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.