Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi. Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.
2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].
3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.
4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.
5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.
6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.
7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.
8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.
9. Saya kira, rabu depan bersamaan 27 Mac 2013, YAB PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.
10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan, kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak, YAB PM akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Monday, March 25, 2013
Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak pernah berlaku dalam senarai PM yang terdahulu
ReplyDeleteselagi BN melambat-lambatkan pru13, selagi itu la mereka BN akan kalah teruk....
ReplyDeleteini kali la kau parti saitan....
BAYUMURNI......
selagi BN melambat-lambatkan pru13, selagi itu la mereka BN akan kalah teruk....
ReplyDeleteini kali la kau parti saitan....
BAYUMURNI......
selagi BN melambat-lambatkan pru13, selagi itu la mereka BN akan kalah teruk....
ReplyDeleteini kali la kau parti saitan....
BAYUMURNI......
Belum cukup ramai orang asing dapat IC untuk mengundi sebab itu Najib lengah-lengahkan pru
ReplyDeletePM dan UMNO langsung tiada keyakinan diri..... gelombang ini kalilah sedang menghentam mereka....
ReplyDeletePM sebenarnya masih belum lagi cukup menghentam pembangkang dengan menggunakan kuasanya sebagai PM. Sana sini buat itu buat ini kononnya untuk menunjukkan janji ditepati kepada rakyat. Kalau dah x jadi PM mane dpt lagi buat mcm tu....nak bagi peruntukkan ini dan itu....kenapa semua itu nak buat last minit...kenapa x dari mula2 duduk kerusi PM tu?
ReplyDeleteTun Daim beri isyarat Najib cepat bubar Parlimen lagi lambat UMNO/Bn.makin tak ada harapan langsung.lingkup dan berkubur.
ReplyDeleteLagi lambat lagi banyak terbongkar
ReplyDeleteDuit yg PM hantar ke Swzland blm clear. sekejap lagi la... Apa-apapun, PM Najib PM tiada KEYAKINAN, TIADA TELUR.... BN tatap kalah!!!
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) yakin sokongan dan kepercayaan kaum Cina tidak akan berubah pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeletePengerusi Penyelaras BN Beaufort Isnin Haji Aliasnih berkata dakwaan bahawa kaum Cina mengalihkan sokongan dan kepercayaan mereka sengaja dihebah-hebohkan oleh pembangkang.
ReplyDelete“Pembangkang sengaja membuat dakwaan itu kerana mahu mengelirukan rakyat dan seterusnya mencetuskan perbalahan antara kaum,” katanya .
ReplyDeleteIsnin berkata pembangkang juga cuba memperkecil-kecilkan kaum Cina dengan cuba memberikan gambaran negatif terhadap kaum itu di mata kaum yang lain.
ReplyDeleteKatanya pembangkang mahu kaum lain melihat bahawa kaum Cina lebih percaya dan menyokong pembangkang.
ReplyDelete“Apa yang dihebah-hebohkan oleh pembangkang itu sebenarnya mahu mencetuskan perbalahan antara kaum sedangkan kaum Cina masih yakin,percaya dan terus memberikan sokongan kepada BN.
ReplyDelete“Kita berharap rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan pembangkang dan begitu juga dengan kaum Cina, kita mahu mereka tidak diperbodohkan dan diperalatkan oleh pembangkang,” katanya lagi.
ReplyDeleteMenurutnya pembangkang sengaja berbuat demikian kerana mahu mencapai impian dan cita-cita sendiri.
ReplyDeleteKatanya pembangkang bukan berjuang untuk rakyat tetapi untuk kepentingan diri sendiri dan seterusnya memenuhi cita-cita serta impinan pemimpin mereka.
“Apa yang telah diperjuangkan oleh BN sejak dahulu sehingga sekarang telah dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira anutan agama dan juga suku kaum…malah BN juga tidak pernah mengabaikan kaum yang lain dan mengamalkan sikap pilih kasih.”
ReplyDeleteDengan pembubaran Dewan Rakyat tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), persoalan yang berlegar di setiap kepala sama ada ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali dengan mandat yang lebih utuh berbanding pilihan raya umum 2008?
ReplyDeleteTerpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi untuk menentukannya, seorang ahli akademik yang menjejaki perkembangan politik di negara ini percaya arus politik semasa memihak kepada BN.
ReplyDeleteIni analisis peribadi Prof Dr Kamaruddin M Said, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) dalam wawancara khas dengan Bernama di sini baru-baru ini.
ReplyDeleteKamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN.
ReplyDeleteDengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR).
ReplyDeleteOleh kerana itu beliau menjangka BN dapat merampas semula semua atau sebahagian besar daripada 30 kerusi parlimen yang jatuh ke tangan PR pada PRU12. Untuk rekod, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga pada PRU 2008 dengan memperoleh hanya 140 kerusi parlimen sementara PR memenangi 82 kerusi parlimen. Di peringkat DUN, BN memperoleh 307 kerusi sementara PR 198 kerusi.
ReplyDeleteApabila Kamaruddin menyatakan BN akan menang besar, beliau menyandarkan analisis yang optimis ini kepada kepimpinan kerajaan dan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteKepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik mencirikan kepimpinan Najib.
ReplyDeleteBeberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN.
ReplyDeleteKepimpinan Najib yang lebih dinamik dengan pelbagai program transformasi serta inisiatif 1Malaysia dilihat sebagai kunci utama yang akan mengembalikan kemenangan besar BN pada PRU13.
ReplyDeleteMenurut Kamaruddin, Gagasan 1Malaysia yang dianggap sebagai sangat strategik seakan mahu memujuk bukan Melayu dan memberi harapan kepada orang Cina dan India. Ia juga berjaya kerana diumumkan pada masa orang Melayu tidak takut lagi kepada persaingan.
ReplyDeleteKamaruddin, yang juga pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), berkata terdapat banyak unsur kebijaksanaan dalam dasar-dasar baharu yang dibuat Najib. Beliau mengambil contoh kepada pemansuhan Akta Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negeri.
ReplyDeleteJika ada orang beranggapan PRU13, pilihan raya penentu, Kamaruddin berpendapat sebaliknya. Pengundi atas pagar yang disebutkan ini ialah golongan muda dan profesional.
ReplyDeleteDua faktor dikaitkan dengan kemenangan besar PR iaitu kepimpinan BN yang lemah serta simpati bagi Anwar Ibrahim yang keluar daripada tahanan dan diangkat sebagai wira.
ReplyDeleteBukan sedikit yang menjadi taruhan pada PRU13. Pembangunan negara, keamanan dan masa depan yang cerah untuk generasi muda khususnya. Ini yang perlu dijaga dan keputusan untuk membuat pemilihan yang tepat bagaimanapun bukanlah sukar. Perkara ini turut ditekankan Kamaruddin. Menurut beliau, pengundi sekarang bukan berada dalam keadaan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak' seperti senario 2008.
ReplyDeleteMenurut beliau, sebenarnya tidak ada keserasian politik antara PAS, DAP dan PKR berbanding kerjasama yang agak mantap dalam kalangan parti-parti komponen BN. Bagaimanapun, beliau berkata penyokong pembangkang tegar parti pembangkang tidak akan mengubah pendirian mereka untuk terus menyokong pembangkang pada PRU13.
ReplyDeleteSemakin tidak apa pula?
ReplyDeleteIt is better to wait and see.
ReplyDeleteAdakah pembubaran parlimen satu penungguan?
ReplyDeleteMungkin ada kejutan yang hendak dibuat.
ReplyDeleteMalaysia more than halved its poverty statistics over the past three years, bringing down the number of poor people to a little under 110,000 nationwide
ReplyDeleteHe said the achievement, made possible by the Government's efforts to raise the country's overall household income and keep inflation down, also brought down the overall poverty rate to 1.7% in 2012, compared with 3.8% in 2009.
ReplyDeletePembubaran akan tetap dijalankan juga tu.
ReplyDeleteOnce Parliament is dissolved, a general election need not be held immediately. The Constitution permits a delay of 60 days from the date of dissolution.
ReplyDeleteUnder Article 55(3) of our Constitution, the life of Parliament is stated to be five years from the date of its first meeting. As that date was April 28, 2008, the existing Parliament will automatically dissolve when the sun rises on April 28, 2013.
ReplyDeleteThis means that contrary to popular expectations of early polls, the next election can be held as late as the last part of June 2013
ReplyDeleteBekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, pembangkang tidak berminat memerintah negara demi rakyat tetapi hanya mahu menjadi pemerintah demi memenuhi 'nafsu' segelintir pemimpin politik mereka.
ReplyDeleteTunku Abdul Aziz mendakwa, beliau juga melihat pembangkang hanya berminat memporak-perandakan negara supaya agenda ke Putrajaya tercapai.
ReplyDeleteRakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita.
ReplyDeleteAnwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) khususnya, tiada pelan jangka panjang, hanya 'gila' mahu ke Putrajaya. Jangan lupa dengan rekod moralnya," katanya di hadapan lebih 300 penduduk Taman Sri Keramat Tengah dalam sesi ceramah.
ReplyDeleteCeramah itu dianjurkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bertemakan Lahad Datu; Negara Terjajah dan Rakyat Tergadai.
ReplyDeleteSaya pun tak sabar parlimen dibubarkan sebab tangan ni dah gatal sangat nak mengundi.
ReplyDeleteSaya yakin Najib punya alasan sendiri kenapa belum membubarkan parlimen namun sebagai rakyat kita kenalah hormati keputusan PM kita.
ReplyDeleteSabar sajalah, semuanya akan kita ketahui juga tu nanti.
ReplyDeleteLambat atau cepat keputusan rakyat untuk undi siapa tu tetap sama juga. hehe
ReplyDeleteJusteru rakyat tidak perlu risau akan bila parlimen dibubar kerana itu hanya Najib yang boleh umumkan.
ReplyDeleteSudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.
ReplyDeletePropaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.
ReplyDeleteWalhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?
ReplyDeleteBagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.
Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.
ReplyDeleteTapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.
ReplyDeleteHakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.
ReplyDeleteMenariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.
ReplyDeleteTarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir? Ada muslihatnya.
ReplyDeletePR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.
ReplyDeleteDengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain. Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.
ReplyDeletePerkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.
ReplyDeleteSebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.
ReplyDeleteWalau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.
ReplyDeleteSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat laporan mendakwa terdapat berita palsu berkaitan pembubaran Parlimen yang disiar. Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu dengan kerjasama polis sedang menyiasat laporan itu.
ReplyDelete"Jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
ReplyDeleteMereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, katanya.
ReplyDeleteOrang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian
ReplyDeleteIa boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya.
ReplyDeleteNajib pecah rekod dalam politik Malaysia.
ReplyDeleteBanyak juga maklumat disebar memalui internet, SMS dll, bukan mudah untuk membezakan kebenarannya.
ReplyDeleteIm sure Najib is planning something behind.
ReplyDeleteNajib tiada pilihan lain dan akan mengumumkan PRU akan datang.
ReplyDeleteWalau bagaimanapun, PRU harus dilaksanakan dalam tempoh, yang penting, EC memastikan Pru yang bersih dan adil dan transparent.
ReplyDeletePRu pasti akan diadakan tak lama lagi.
ReplyDelete