Monday, March 25, 2013

Ahli Kabinet Lampaui Tarikh Luput?

MANTAN Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakaSabahn tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.

Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat. Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau."

Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri.

"Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya.

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.

Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.

"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau – apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.

"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.

Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri akan datang, Daim berkata: "Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia."

Daim berkata beliau akan menyokong Najib tetapi Perdana Menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.

Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.

"Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak 'orang lama' dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi 'tarikh luput'," katanya.

Mengenai peluang BN pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.

"Umno mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA, kira-kira satu juta dan MIC, kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.

"Kini, anda hanya perlukan mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.

Daim berkata sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik sepertimana yang berlaku pada 2008.

"Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan 'tangan' yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu.

"Kita telah berjaya mengharungi krisis demi krisis, dan kembali pulih dengan cepat. Kita perlu beritahu orang China yang kita tidak boleh melakukan eksperimen. Lihat sahaja Jepun. Lihat di sekeliling kita. Lihat sahaja Britain. Kaji apa yang berlaku," katanya.

Daim berkata Anwar telah berulang kali menyatakan akan berlaku demonstrasi ala Arab Spring sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana apa yang mereka anggap sebagai 'penipuan'.

"Beliau (Anwar) telah mewujudkan pentas untuk mewajarkan kekalahan mereka sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Pakatan telah menyediakan rakyat supaya mereka boleh menyalahkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Pertamanya, kita bukannya sebuah negara Arab. Dan keduanya, sekiranya wujud 'penipuan' pada pilihan raya umum sebelum ini, bagaimana Pakatan boleh menang di lima negeri pada 2008?

"Arab Spring telah bertukar menjadi Arab Fall (kerana kalangan pemimpin tidak bersatu dan kestabilan terjejas)," katanya. (Bernama / Sabahkini)

84 comments:
Write comments
  1. Daim nih mengada-ngada.... biar rakyat yang menentukan bukan ramalan you... ramalan daim kali ini akan terkubur untuk selama-lamanya... bukan semuanya akan berlaku seperti you fikir.... dulu lain sekarang lain.... ini kalilah....

    ReplyDelete
  2. Siapa popuan dalam gambar tu? Kepunyaan yb sabah ka?

    ReplyDelete
  3. aduh!!!daim ne...becakap sebab kena bayar ka?

    ReplyDelete
  4. Daim takut.... bila DSI jadi PM kes rasuah dia akan dibongkar oleh DSI. DSI dipecat dulu kan ke sebab DSI membentangkan pindaan akta rasuah bila M.Kutey ke luar negara. Pindaan tu menteri2 boleh didakwa apabila sudah besara sekiranya semasa jadi menteri terlibat dgn. rasuah. Tapi dah x ada cara buat le kes tipu konon lewat. Inilah hidup org tamak kan dunia. Allah akan balas juga di hujung hayatnya. Insyaalah. Mari kita sama2 berdoa agar org2 celaka menerima hukuman Allah sejak didunia ni lagi... dan akhirat nanti kekal mereka dlm jahanam... mereka ni tolak hukum Allah, sbb tamakkan dunia

    ReplyDelete

  5. Mana ada Najib ini baik dan adil tengok kenaikan gred penjawat awam hanya PDRM dan ATM saja naik, Jab. Penjara dan Bomba diketepikan padahal ianya berangkai utk kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Daim......toksah ulas panjang lebar...nampak BODO... PRU13 ni antara Rejim Zionist UMNO dan PR serta rakyat......ni bukan pasal Najib atau Anwar.. tapi mengenai halatuju negara....

    ReplyDelete
  7. UMNO/BN DAH 17 HARI TARIKH LUPUS. NAJIB CIPTA GUINESS RECORD APABILA PM PERTAMA MELEPASI MANDAT DEMOKRASI 5 TAHUN. NAJIB JUGA DIJANGKA MENCIPTA REKOD SEBAGAI PM TERAKHIR REGIM UMNO/BN!!!!!! KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!!!

    ReplyDelete
  8. Sungguh x sangka, org sehebat daim yg pernah menjadi menteri kewangan, sanggup dipergunakan & diperalatkan, demi survival politik bn yg dah smpai kepenghujung. Antara najib & Anwar dia pilih najib? Jelas sekali statement mengampu najib/bn. Nak tgk sape lebih layak x payah antara Najib & Anwar. Ds Anwar, semasa menjadi tpm merangkap menteri kewangan, itulah masanya prestasi ekonomi malaysia ditahap yg paling membanggakan. Hutang menyusut ketahap paling rendah, defisit pun sama menyusut ketahap paling rendah. Inilah satu2 masa dimana malaysia mencatat hutang yg paling minima. Camne pula prestasi najib? Baru 3 thn memerintah, hutang negara meningkat ketahap melepasi 500 bilion (tahap yg dibenarkan). Najib sj telah buat hutang yg samada melepasi hutang dibuat semua PM sbelumnya, ataupun sama jumlah yg dibuat kesemua mereka. Inikah yg nak dinamakan, Najib lebih baik dari Anwar? Common la daim, jgn menjatuhkan imej u ketahap yg paling hina, semata2 nak ampu bn! U r better than this. U better shut up, intead of showing how idiot u are right now....

    ReplyDelete
  9. Biarpun bakal berhadapan dengan cabaran besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Barisan Nasional(BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin menang dan terus mentadbir negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    ReplyDelete
  10. Muhyiddin yang Timbalan Pengerusi BN dan Umno berkata, keyakinan itu diambil kira berdasarkan persediaan yang begitu rapi dan tersusun parti komponen BN, selepas hilang majoriti dua pertiga pada PRU-12.

    ReplyDelete
  11. Katanya selain anggota komponen BN yang telah disuntik semangat kerja berpasukan, persatuan-persatuan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan sukarelawan turut berganding bahu dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN, sekali gus merampas negeri-negeri yang hilang kepada pembangkang pada PRU12.

    ReplyDelete
  12. "Situasi kini umumnya bertambah baik. Banyak pakar-pakar, 'think tank' (kumpulan pemikir) dan penganalisis berkata BN akan menang. Mereka mesti ada fakta dan perkiraan. Saya melihat bahawa trendnya bertambah baik.

    ReplyDelete
  13. "Jangkaannya, kita (BN) boleh dapat pertahankan kedudukan kita. Cuma kita nak perkukuhkan di kawasan-kawasan tumpuan," katanya

    ReplyDelete
  14. Selain itu, katanya, pembaharuan dan transformasi yang giat dilakukan kerajaan dalam usaha menjamin masa depan rakyat dan negara ternyata disedari dan diterima rakyat secara terbuka.

    ReplyDelete
  15. Muhyiddin berkata sebagai pemimpin berwawasan tinggi, Najib sememangnya sedar pembaharuan secara menyeluruh dan holistik membabitkan semua lapisan masyarakat perlu dilaksanakan bagi mempertahankan dasar dan pembangunan kerajaan yang dibina sejak negara mencapai merdeka lagi.

    ReplyDelete
  16. "Kita nak mempertahankan ini kerana kita telah membentuk sebuah negara yang boleh dikatakan aman, selamat dan telah maju untuk satu tempoh yang panjang.

    ReplyDelete
  17. Mungkin tidak mudah untuk membandingkan mana kah negara-negara lain yang telah mencapai tahap kejayaan dan kecemerlangan seperti Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  18. Since when Shafie is being used again?

    ReplyDelete
  19. Ahli kabinet lampaui tarikh?

    ReplyDelete
  20. I believe more good things to come.

    ReplyDelete
  21. Keputusan akan ada.

    ReplyDelete
  22. There are many others to talk about.

    ReplyDelete
  23. Semua orang nak berbicara pasal pembubaran.

    ReplyDelete
  24. This news is going to impact the people.

    ReplyDelete
  25. Msalah politik semakin berkabut.

    ReplyDelete
  26. This is too much to bear.

    ReplyDelete
  27. Anwar is not suitable to be a pm. His promises are often unrealistic.

    ReplyDelete
  28. Anwar will make all sorts of unrealistic promises for the sake of getting the people to support him.

    ReplyDelete
  29. Different people different opinion.

    ReplyDelete
  30. I believe the people are wise enough to make their own decision when election comes.

    ReplyDelete
  31. The chances for BN to win in this coming election is high just as long as they stay unite and does not sabotage each other.

    ReplyDelete
  32. bekas Menteri Kewangan Malaysia pastinya membuka pekung mengapa Anwar tidak layak diangkat menjadi PM .

    ReplyDelete
  33. Isu krisis ekonomi 1997 membuktikan Anwar bukan arif untuk menguruskan
    ekonomi negara bila mana beliau lebih suka mendapat bantuan kewangan
    daripada IMF .Ikuti pesanan beliau kepada rakyat Malaysia agar berfikir
    sebelum mengundi Pakatan yang akan menjahanamkan ekonomi negara.

    ReplyDelete
  34. Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana
    beliau telah melepasi “tarikh luput” dan zaman ketua pembangkang itu
    telah datang dan berlalu.

    ReplyDelete
  35. Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang
    berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak
    dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.

    ReplyDelete
  36. Bekas menteri kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang
    yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.

    ReplyDelete
  37. Daim berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika
    itu benar-benar marah dengan krisis itu kerana beliau tidak sanggup
    melihat apa yang telah beliau bina sejak bertahun-tahun lamanya musnah
    akibat sikap tamak spekulator dan penyangak mata wang.

    ReplyDelete
  38. Bekas menteri kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar
    tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri
    kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak
    Amerika.

    ReplyDelete
  39. Banyaknya skandel seks.

    ReplyDelete
  40. Serahkan kepada rakyat sendiri untuk memilih sama ada Bn atau pembangkang.

    ReplyDelete
  41. Masing-masing membuat janjian, mana antaranya yang benar dapat direalisasikan.

    ReplyDelete
  42. Shafie masih dicalonkan?

    ReplyDelete
  43. Saingalah dengan cara yang baik dan bersih. Jangan guna tektik kotor semata-mata untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  44. Skandal sex sering dimainkan dalam politik Malaysia.

    ReplyDelete
  45. "Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri,"

    Its not he want or not but "we", the people to decide.

    ReplyDelete
  46. Perjanjian semata-mata untuk memancing undian akan ditolak akhirnya.

    ReplyDelete
  47. Adakah kali ini ANwar berjaya masuk PutraJaya?

    ReplyDelete
  48. Isu rasuah adalah isu yang paling serius dalam politik Malaysia. Banyak pihak dikaitkan rasuah tetapi masih bebas dari tindakan.

    ReplyDelete
  49. State Barisan Nasional (BN) component leaders have been unanimous in calling for the present leadership, especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Chief Minister Datuk Seri Musa Aman to be retained.

    ReplyDelete

  50. Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan said the people have no other choice but to support BN under the leadership of Najib and Musa who have brought so much development.

    ReplyDelete

  51. “We must ensure that the fixed deposit remained in BN,” said the leader of the second biggest BN party in Sabah.

    ReplyDelete

  52. “We need to hold steadfast to our belief in BN. The Prime Minister is willing to go to the ground and consider all of our requests.

    ReplyDelete

  53. “Najib is the only Prime Minister who was concerned about the illegal immigrant issue in Sabah and agreed to set up the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants in Sabah.

    ReplyDelete
  54. “Another aspect is security and we have long requested that security in Sabah is beefed up … but it couldn’t be done with the excuse Sabah’s coastal line too long.

    ReplyDelete

  55. “But in the recent Lahad Datu incident, we have seen the Federal Government not only beefing up security but also set up the East Sabah Safety Zone (Esszone) with immediate effect showing the Prime Minister’s utmost concerned to Sabah,” he said.

    ReplyDelete

  56. Pairin said it was also important that while waiting for the announcement of the candidate list for Sabah BN for everyone to listen to the advice of the leaders.

    ReplyDelete

  57. “Even though we have many winnable candidates, we only can field one candidate for the state and parliamentary seat.

    ReplyDelete
  58. “Therefore it is important for us to be united and heed the decision of the leadership so that we can win a landslide victory whoever is the candidate,” he said.

    ReplyDelete

  59. He believed the Prime Minister would never renege on his pledges in the BN manifesto.

    ReplyDelete

  60. Liberal Democratic Party president Datuk V K Liew said there was no valid reason for Najib and Musa to be changed as Prime Minister and Chief Minister respectively.

    ReplyDelete
  61. “The opposition often said they want to change but to change for what. It means changing the leadership. Do we want to change our Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak?” he asked.

    ReplyDelete

  62. “The opposition is also fighting who should be the Prime Minister in the event they conquered Putrajaya,” he said.

    ReplyDelete
  63. “Even in Sabah the opposition are squabbling among themselves who should be their leader. Therefore is none other qualified to lead the state other than Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete

  64. “We can see so much development in Sabah through the BN Government under the leadership of Musa,” he said.

    ReplyDelete

  65. Upko president Tan Sri Bernard Dompok said the Prime Minister of today is among the best in the world.

    ReplyDelete

  66. “The profile of Malaysia is increasing and he has been doing good things so that we are proud being Malaysians,” he said.

    ReplyDelete

  67. For Sabah MIC, it believed it was important for Musa to continue leading the state as Chief Minister to keep the development momentum going.

    ReplyDelete

  68. “He offers the right leadership to propel Sabah to greater heights in all aspects of development,” said its chief Datuk V Jothi.

    ReplyDelete
  69. He said under the able leadership of Musa, Sabah had progressed by leaps and bounds over the last 10 years.

    ReplyDelete
  70. “Our state budget has increased significantly. This year’s budget of RM4.08 billion is the biggest ever in Sabah’s history.

    ReplyDelete
  71. “Under Musa strong financial management, our state reserves is now more than RM3 billion,” he said, adding therefore Musa needs to be given the opportunity continue leading the State Government if BN is given the mandate back by the people on May 5.

    ReplyDelete

  72. He was confident that Sabah BN would do well in the 13th General Election because it is made up of experienced leaders who recognise the importance of working as a cohesive team.

    ReplyDelete

  73. “One of the key reasons behind the BN’s landslide victory in 2008 was due to our ability to work as a team with excellent good understanding and cooperation,” he said.

    ReplyDelete
  74. Meanwhile, Sabah Gerakan Chief, Datuk Gordon Leong concurred with Jothi that Musa has proven his capability as Chief Minister and should be maintained once the BN State Government is returned in the coming the election.

    ReplyDelete
  75. “With his proven track record of relentless service to the peoples of Sabah and with the united support of all the BN Component leaders, he should be the right person to continue as the Chief Minister of Sabah.

    ReplyDelete
  76. “In this repect, Gerakan Sabah strongly and fully supports the leadership of Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman and has full trust and confidence in his leadership.

    ReplyDelete
  77. “Gerakan Sabah is with Musa all the way to ensure a big lanslide victory for BN Sabah in the coming 13th GE,” he said.

    ReplyDelete
  78. Leong said Musa had done much for the peoples of Sabah through his moderate capable and able leadership, through which, Sabah has and is still experiencing vast and massive development since 2003.

    ReplyDelete
  79. In line with the Prime Minister’s concept of 1Malaysia ”People First Performance Now” Musa had shown tireless and sincere care and concern for the interest of peoples of Sabah irrespective of race culture and religion, such as continuously giving financial assistance and aids to various communities and organisations such as churches, temples, mission schools, community associations and NGOs.

    ReplyDelete

  80. “Indeed the diversity in culture race and religion is Malaysia’s and especially Sabah’s most treasured asset and we must do our utmost best to protect and preserve that and to ensure that Malaysia as a whole and Sabah in particular continue to enjoy the unity, peace, harmony, development and progress that we have been enjoying all this while.

    ReplyDelete

  81. “Musa has set a vision for Sabah under the Halatuju and Sabah Develoment Corridor Blueprint, to be a develop state. Under his able and capable leadership, he is able to get more funding from federal government to bring development to various part of Sabah.

    ReplyDelete

  82. “He has strengthen the state reserve, to the tune of more than 3 billion Ringgit Malaysia and presented the commendable 2013 state budget of more than 4 billion Ringgit Malaysia.

    ReplyDelete
  83. “To top it all, the auditor general also recognised the state financial management by awarding triple A certification,” he said

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.