Wednesday, March 27, 2013

Rakyat Bentong Bangkit Tunai Janji Adnan?

Rakyat Bentong tidak kira apa kaum kini bertekad bangkit mau melihat agar Tok Nan Yaakub menunaikan janjinya mau potong telinga dan terjun Sg Pahang jika DAP/PR mampu menang Parlimen P89 Bentong pada PRU 13 nanti.

Kesungguhan ini dibuktikan apabila ribuan warga Bentong, Pahang turun ramai-ramai memberikan sokongan padu pada ceramah anjuran DAP/PR di Benus, Bentong Pahang untuk mendegar ceramah yang disampai oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan calon DAP/PR Parlimen Bentong Sdr Wong Tack.

Parlimen P89, Bentong kini disandang oleh Timbalan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai.

Jika dilihat pada mood rakyat kini yang mau melakukan perubahan maka peluang untuk rakyat melihat Tok Nan potong telinga dan terjun Sg Pahang amatlah cerah sekali. -omakkau

64 comments:
Write comments
  1. Datuk Nan, MB Umngok yg paling sopan sekali

    ReplyDelete
  2. hidup ini jangan bersikap takbur ALLAH tidak suka

    ReplyDelete
  3. Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, mengikut kajian yang dilakukan, hampir keseluruhan manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) hanyalah janji kosong yang dijadikan umpan untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  4. "Banyak janji-janji PRU-12 tidak ditunaikan oleh pakatan pembangkang dan ia membuktikan mereka tidak mampu untuk menjadi pentadbir yang baik.

    ReplyDelete
  5. "Manifesto yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang baru-baru ini juga nampaknya memakan diri mereka sendiri, mereka hanya memainkan cerita lapuk yang sama dengan sesi ceramah mereka," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

    ReplyDelete
  6. Menurut Mohd. Zin, yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Selangor, pakatan pembangkang tidak boleh menjadikan negeri ini sebagai contoh kejayaan mereka untuk mentadbir negara kerana sudah terbukti pentadbiran mereka di Selangor gagal.

    ReplyDelete
  7. Ujar beliau, trend pelaburan kerajaan negeri mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2011 secara keseluruhannya menunjukkan dividen yang diterima dari 2007 hingga 2011 adalah berjumlah RM5.91 juta daripada kos pelaburan.

    ReplyDelete
  8. "Kadar pulangan dividen berkenaan adalah sangat rendah dan sangat tidak memuaskan, namun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menggunakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai helah mahu menutup kelemahan pengurusan pelaburan di peringkat kerajaan negeri," katanya.

    ReplyDelete
  9. Selain itu kata beliau, terdapat perkara yang dimuatkan dalam manifesto tersebut yang sebenarnya tidak mampu dilaksanakan, sebagai contoh janji untuk melaksanakan pendidikan percuma.

    ReplyDelete
  10. Jelas beliau lagi, BN juga pernah mendesak agar janji itu ditunaikan terlebih dahulu di institut pengajian tinggi yang terdapat di negeri tadbiran pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  11. "Namun sebaliknya yang berlaku, di Selangor sendiri masalah IPT seperti Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) masih belum diselesaikan.

    ReplyDelete
  12. "Malahan Laporan Ketua Audit Negara 2011 turut mengkritik tatacara pengurusan Unisel yang dilihat tidak profesional dan membawa kepada kerugian," katanya.

    ReplyDelete
  13. Sementara itu katanya, pakatan pembangkang juga berjanji dalam manifesto baharu mereka untuk memelihara 141,000 hektar tanah Orang Asli, namun sebaliknya berlaku di Selangor apabila kira-kira tujuh hektar tanah golongan berkenaan di Kuala Langat dipindah milik kepada orang lain.

    ReplyDelete
  14. Menurut Mohd. Zin, satu lagi janji dalam manifesto pakatan pembangkang ialah kononnya ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan suruhanjaya antimonopoli.

    ReplyDelete
  15. Saya fikir, tindakan ini sepatutnya dilaksanakan di Selangor terlebih dahulu apabila industri perlombongan pasir yang berharga berbilion ringgit hanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd," katanya.

    ReplyDelete
  16. Apa saja yang hendak dilakukan pemimpin Pakatan Pembangkang untuk menarik perhatian dan sokongan pengundi pada PRU-13 hakikatnya mereka (Pakatan Pembangkang) tidak pernah menunaikan janji.

    ReplyDelete
  17. Itu sudah pasti dan sedang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang. Mana ada di mana-mana negara mahupun negeri, rakyatnya menyaman Kerajaan Negeri? Nampak sangat rakyat kini mula sedar dan terdesak untuk dikotakan janjinya. Hanya satu yang boleh dilakukan sekarang iaitu tukar Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  18. Terdahulu, PAS menerusi Presidennya, Abdul Hadi Awang memberi jamninan bahawa Pakatan Pembangkang akan menjalankan pemerintahan secara kolektif dan mengelakkan pentadbiran kuku besi.

    Bagaimanapun jaminan itu nampaknya boleh dipertikaikan kerana Kerajaan Negeri Selangor misalnya, Menteri Besarnya pemimpin PKR manakala ‘orang’ yang bertanggungjawab dan pembuat keputusan ialah pemimpin DAP. Manakala, PAS hanya Pak Turut sahaja.

    ReplyDelete
  19. Ini lagi boleh dipertikaikan kerana sehingga kini siapa sebenarnya mengetuai Pakatan Pembangkang? DAP, PKR atau PAS? Dalam satu-satu kumpulan mesti ada ketua yang akan mengepali dan memimpin, tetapi Pakatan Pembangkang ada tiga kepala dan tiada ketua. Ini pastinya menyukarkan mereka membuat keputusan.

    ReplyDelete
  20. Jika mereka mengatakan Anwar Ibrahim sebagai ketua, pastinya PAS dan DAP tidak setuju kerana pemimpin mereka juga berhak untuk menjadi ketua. Pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang juga hanya ‘alat’ sahaja kerana banyak keputusan tidak dipersetujui pemimpin DAP dan PAS.

    ReplyDelete
  21. Persoalan kini, banyak lagi janji-janji yang pernah dibuat sebelum ini sama ada diperingkat negeri mahupun Parlimen dan DUN yang masih belum ditunaikan dan sekarang ini mahu berjanji baharu.

    ReplyDelete
  22. Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa manifesto parti pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu ‘bukan satu perjanjian’ membuktikan sikap munafik pakatan pembangkang.

    Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Abdul Khalid itu bukan sahaja membuka tembelang Kerajaan Negeri bahkan membuktikan manifesto yang dilaungkan pada pilihan raya umum lalu sehingga berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Selangor tidak boleh pakai.

    ReplyDelete
  23. “I agree entirely. Lots of deadwood should be chopped down and thrown away and new trees grown,” he told reporters after launching a corporate event here.

    ReplyDelete
  24. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has warned that nascent reforms cannot be done “overnight” and that Malaysia’s economy risks slipping backwards if he does not win a strong majority in an election he must call within weeks.

    ReplyDelete
  25. Najib said a reduced parliamentary majority could weaken his drive to curb Malaysia’s budget deficit and raise investment, and even cost him his job.

    “A strong government is necessary for us to accelerate the process of transformation in this country,” Najib, who is also finance minister, told Reuters.

    ReplyDelete
  26. The election, shaping as the closest in more than 50 years of post-colonial history, must be called by the end of April.

    “A weak government means instability and uncertainty and a country can ill afford that kind of scenario for the next five years given the external economic situation that’s going to be between weak and rather uncertain.”

    ReplyDelete
  27. Convincing Malaysians that his government is “transformational”, as 59-year-old Najib puts it, is crucial to the ruling coalition’s chances.

    ReplyDelete
  28. The ruling Barisan Nasional is facing a confident opposition alliance led by former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, who says Najib’s reforms have stalled and who is tapping into a potent desire for change after 56 years of rule by a coalition led by the dominant Umno.

    ReplyDelete
  29. PASTIKAH MEREKA DENGAN TINDAKAN NI? KENAPA PERLU TERLALU TAKSUB? SUDAHKAH MEREKA TAHU YANG INI?

    BREAKING NEWS LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN ... apa respon anda?


    SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

    Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

    Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

    Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

    SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

    1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

    2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

    3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

    4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


    SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

    1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

    2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

    3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

    4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

    4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

    5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

    Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

    Kedua, kami menyeru supaya siasatan turut dibuat ke atas Lajim Ukin yang menerima wang rasuah sejumlah RM20 Juta dari Anwar Ibrahim semasa melompat parti. Selain daripada Lajim membeli surat penjara Anwar secara "Cash" bernilai RM50,000, wang selebihnya yang sangat besar itu dipercayai diberikan kepada sel-sel Militan Kiram melalui anak Lajim. Kami mendapat maklumat Lajim turut dipergunakan Anwar!

    ReplyDelete
  30. Barisan Nasional (BN) Pahang yakin dapat menguasai semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

    ReplyDelete
  31. Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keyakinan itu berdasarkan sokongan padu rakyat keseluruhannya tanpa mengira peringkat umur dan kaum.

    "Sokongan yang ditunjukkan rakyat kini berbeza daripada dahulu dan saya yakin Pahang akan menguasai semua kerusi yang dipertandingkan.

    ReplyDelete
  32. "Jika dahulu kita hanya menang 39 daripada 42 kerusi DUN dan Parlimen menang 12 daripada 14 kerusi, tetapi sekarang rakyat mahu dan mengharapkan kita menang di semua kerusi," katanya.

    ReplyDelete
  33. "Seperti amalan biasa, BN Pahang akan membariskan 20 hingga 30 peratus calon-calon muka baharu," jelasnya.

    ReplyDelete
  34. Tambah Adnan, beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada BN ekoran kerja kuat yang dilaksanakan dalam menjaga kebajikan rakyat di setiap lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  35. "Jentera gerak kerja BN di setiap peringkat kini berada dalam keadaan siap sedia dan hanya menunggu lampu hijau untuk menghadapi PRU 13.

    "Apabila bubar sahaja Parlimen, kita akan terus melakukan gerak gempur seperti mana yang telah ditetapkan," jelasnya.

    ReplyDelete
  36. “Mereka ini sarkas politik,” kata bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim ketika ditanya pandangannya mengenai pengumuman parti itu meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum nanti.

    ReplyDelete
  37. “Mereka pergi ke suatu tempat dan dirikan khemah dan bila habis persembahan sarkas, mereka kemaskan khemah dan berpindah ke tempat lain, inilah yang mereka lakukan,” katanya.

    ReplyDelete
  38. DAP baru-baru ini mengumumkan veteran parti berusia 73 tahun itu yang juga anggota Parlimen Ipoh Timur akan dicalonkan bertanding merebut kerusi panas itu yang turut menjadi idaman pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor Datuk Chua Jui Meng.

    ReplyDelete
  39. Sejak pilihan raya umum 1969, tokoh DAP itu bertanding di beberapa kawasan parlimen antaranya Bandar Melaka, Petaling, Kota Melaka, Tanjong dan Bukit Bendera.

    ReplyDelete
  40. Bercakap kepada Bernama, Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International Malaysia, berkata amalan DAP itu membawa implikasi negatif terhadap pengundi dan juga negara.

    ReplyDelete
  41. “Pengundi pilih mereka dan mereka langsung tidak buat apa-apa di semua kawasan itu, kemudian mereka berpindah tempat…ini tidak bagus.

    ReplyDelete
  42. “Jika anda perhatikan pergerakan Lim Kit Siang, perkembangan politiknya…ini cerita sama yang berlaku pada setiap pilihan raya,” katanya.

    ReplyDelete
  43. Tunku Abdul Aziz turut mengingatkan pengundi supaya membuat pilihan menggunakan akal bukan ikut rasa hati.

    ReplyDelete
  44. Sambil menggelengkan kepalanya, Tunku Abdul Aziz berkata DAP sepatutnya menasihatkan anggota parlimen mereka supaya berkhidmat untuk rakyat yang telah memilih mereka sebaik mungkin, baik ketika senang atau susah.

    ReplyDelete
  45. Salah seorg MB yg hanya mnhanyutkan UMNO dr sokongan melayu selain dr MB Tganu dan Johor serta Khir Toyo sebelum trsungkur dimedan pilihanraya.

    ReplyDelete
  46. Dewan Undangan Negeri Pahang akan terbubar secara automatik 8 April ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

    ReplyDelete
  47. Ia mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah Perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada tempoh itu.

    ReplyDelete
  48. Mesyuarat pertama DUN Pahang berlangsung pada 7 April 2008, kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

    ReplyDelete
  49. Beliau memberitahu Bernama, mengikut prosedur apabila terbubar secara automatik, Wan Mohamad Razali akan memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Pahang, menyatakan bahawa penggal DUN telah mencapai tempoh matang.

    ReplyDelete
  50. DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS dan satu Bebas. Calon Bebas di kawasan DUN Tanah Rata, Ho Yip Kap, kemudian menyertai parti Gerakan.

    ReplyDelete
  51. janji harus ditunaikan

    ReplyDelete
  52. Paying tribute to successful women principals, he singled out Datuk Mary Yap Kain Ching for her achievement (in having turned around a one-time failing school in Tawau).

    ReplyDelete


  53. Meanwhile, the CM said good begets good, and if the Government and its leaders are good-hearted, the people, including womenfolk, should reciprocate by supporting the Government.

    ReplyDelete

  54. "We recognise the fact that generally, women are grateful for the help given by the Government.

    ReplyDelete

  55. There is no reason for women not to stand solidly behind the Government," he said to applause.

    ReplyDelete


  56. At this juncture, Musa said Malaysian women are fortunate to have a caring Prime Minister like Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak who have listened to women's voices and acceded to their requests within the Government's capacity.

    ReplyDelete
  57. The CM later presented tokens of appreciation to members of the outgoing Council who were present - Datuk Mariati Robert, Datuk Margaret Fung, Datuk Mary Yap Kain Ching, Dr Maria Suleiman, Dr Lungkiam Dambul, Hjh Rosmawati Lasuki, Norliah Abdul Jalil and Baiyah Awang Mahmon.

    ReplyDelete
  58. The police today assured the security of residents in four of the five areas that were affected by the clashes between armed intruders and the security forces in Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  59. Bukit Aman Federal Police Director of Internal Security and Public Order (KDNKA) Datuk Salleh Mat Rasid said the four villages were Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu, Kampung Labian and the Tanjung Bilis area.

    ReplyDelete
  60. "The subsequent plan is to bring back the residents to their respective homes and live as usual," he told reporters after the handing over of contributions from the Ministry of Information Communication and Culture to eight families of the police personnel who were killed in the clashes, at the Police Training Centre, here Friday.

    ReplyDelete
  61. The contributions amounting to RM10,000 to each of the widows, 19 netbooks and RM200 for the children of the police personnel killed, were handed over by Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim. Also present was Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar.

    ReplyDelete
  62. In his speech, Ismail said the contributions showed the deep concern of the ministry for the sacrifices made by the security forces in ensuring that national sovereignty and security were protected.

    ReplyDelete
  63. Anonymous March 28 2013 11.56 AM, sebagai penyokong kuat kerajaan, sepatutnya kamu patuh kepada pihak keselamatan Polis & Tentera supaya tidak percaya dengan khabar-khabar angin. Kamu dapat maklumat dan tuduhan yang berat hanya melalui SMS, siapa pun boleh reka cipta cerita macam itu lebih-lebih lagi dekat PRU13 ini, macam-macam cerita fitnah keluar. Tapi kami masih yakin majoriti pembaca bijak menilai mana berita yang benar dan mana yang palsu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.