Friday, March 22, 2013

Mantan SB Sabah : Tukar Kerajaan Untuk Pulihkan Wibawa Polis

Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

Mantan pengarah polis Cawangan Khas Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.

"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).

"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

'Kenapa bacul bertindak?'

Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.

"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.

"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu.

Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.

"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.

Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.

"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.

"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.

Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'

Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.

Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.

Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.

"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.

"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.

Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.

"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.

"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.

Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan. -mk

7 comments:
Write comments
  1. Saya fikir Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid menyatakan yang sebenar dan lebih betul dalam hal ini.

    HABISLAH KAMU NI KALI.......

    HABISLAH BN....

    Kesian juga BN....

    Biarlah.....Habiskan....macam menghabiskan Berjaya dulu...

    ReplyDelete
  2. Apabila POLiS, ASKAR, MARITIM, & seangkatan itu tiada campurtangan politik maka professionalisma memikul tanggungjawab akan jadi lebih baik

    ReplyDelete
  3. Pasukan KESELAMATAN dinaungi oleh Yang Dipertuan Agong, bukan Najib atau beEND atau mana - mana parti politik termasuk PR jika membentuk kerajaan kelak

    ReplyDelete
  4. betul9999999999999....

    ReplyDelete
  5. Nampaknya seorang lagi bekas peg tinggi kerajaan akan brsama PR dan brtambah lagi le yg cerdik ke dalam PR manakala yg bangsat masih dlm UMngok.

    ReplyDelete
  6. Kita harus terima fakta bahwa PDRM bukan seratus peratus mnyebelahi dan brsetuju dgn politik UMNO pun. Hanya mereka yg diperguna oleh UMNO dgn melantik mana Ketua Polis yg mudah dibentuk oleh mereka. Jika nampak susah,pegawai trsebut akan dicantas. DS Anwar pun mngakui bahwa ramai2 peg kanan polis yg bersedih dgn perilaku UMNO ke atas beliau sewaktu dlm tahanan pun. Sebab tu kalau kita tengok...Ketua Polis Negara tidak akan dilantik dr kalangan mereka yg berasal dr Negeri Serambi Mekah atau negeri2 yg terkenal dgn cahaya Islam. Mereka yg trlantik semestinya dr negeri yg totok UMNO spt Neg Sembilan,Melaka,Johor dan Sarawak. Itu juga satu fakta. Tidak pelik lah kalau trdapat ramai peg2 kanan polis yg brpencen..brsetuju dgn politik PAS atau PR.

    ReplyDelete
  7. di sini aku amat bersetuju dgn arafat said,memang benar tidak semua kalangan anggota dan pegawai polis bersetuju dengan apa yang umno lakukan.cuma LIDAH terlalu kelu untuk bersuara bila masih dalam pasukan.tetapi percaya lah UNDI ADALAH RAHSIA

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.